SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 24 Jun 2011

Tegurlah aku.....


Tegur aku jika aku mulai sombong…   
Tegur aku jika aku mulai angkuh…   
Tegur aku jika aku mulai salah…   
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu…   
Hari ini, esok dan selamanya

Persahabatan itu seperti tangan dgn mata...   
Saat tangan terluka, mata menangis...   
Saat mata menangis tangan menghapuskannya ...    

 "SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"   

Khamis, 23 Jun 2011

pelik lah....kenapa mcm nih????


Anda Berada Dalam Kawasan Menutup Aurat

Serius, entah kenapa dan apa punca dunia jadi macam ni.
Padahal zon menutup aurat tu keluasannya satu ukur lilit bumi.
Bukannya ada sikit-sikit tempat.
Sejak bila ada kawasan tertentu untuk buka aurat?
Kalau melepasi zon ini boleh buka aurat balik?
Jadi, kenapa perlu untuk tutup aurat di zon ni?
Kenapa jadi begini ya? Salah siapa sebenarnya?

 Inspirasi entri ini terbit setelah yus tiba2 teringat program tanyalah Ustaz TV9 jam 7.30 pagi di satu pagi. Tajuknya ialah mengenai pengurusan masjid.
Salah seorang peserta tanya kenapa hanya di masjid sahaja ada zon menutup aurat. Ustaz pun menjawab dan bersetuju kenapa hanya di masjid sahaja ada larangan menutup urat.

Untuk orang yang belum islam kalau di UK dan US memang AJK masjid tak melarang mereka untuk menutup aurat. Malah digalakkan mereka datang ke masjid tanpa memaksa mereka pakai pakaian menutup aurat supaya kita boleh sampaikan islam kepada mereka.

Malah zaman Rasulullah dan zaman omar orang belum islam di bawa ke dalam masjid tanpa sebarang masalah. Aurat hanya untuk orang islam. Kalau tak percaya sama-samalah kita yang tak berapa pandai ini rujuklah Sirah rasulullah dan tanyalah Ustaz.

Di malaysia ini kadang-kadang AJK masjid yang tidak dilantik oleh orang ramai agak pelik sikit apa yang mereka praktis dalam hal ini. Kalau bukan melayu mereka berlaku tidak adil dalam menyatakan yang hak dan dalam menyampaikan risalah islam.
Tapi ini hanyalah pandangan peribadi yus je...

amirrul dah 3 tahun...


Salam..
baru hari ni aku sempat masuk blog ni semula....sibuk sgt minggu nih...
program x habis2....besday amirrul pun lambat di celebrate....
kesian dia asik nk tiup lilin besday x dpt2...akhirnya 18.06.2011 baru buat majlis harijadi dia
serta program KRT pun malam yg sama....habis program tu yg penat sgt...tu x campur program
kat pejabat lagi.....apapun, semuanya berjalan lancar....alhamdulillah...
meh aku upload skit gambar2 yg sempat dirakam masa besday anak teruna aku tuh..

kek besday amirrul


atok baca doa utk amirrul

dgr nasihat dari atok


amirrul bersama abang2 sepermainan


ngan kengkawan


anak mama yang sentiasa ceria

doa mama untuk amirrul agar jadi anak yang soleh, bijak dan berguna di masa depan..amin





Ahad, 19 Jun 2011

ini juga dakwah....



Papan Tanda Masjid Yang Mesra Kepada Mereka Yang Belum Islam....ini juga sebahagian dari dakwah

Papan tanda yang ditujukan khas kepada mereka yang bukan islam atau lebih mesra yang belum islam yang terdapat di masjid Besar Kota Bahru. Barulah ramai mereka yang belum islam boleh masuk masjid dan insyaAllah barulah islam boleh disampaikan dengan cara ini.
Tahniah AJK... Masjid Besar Kota Bahru.

Agaknya wanita yang belum islam kena pakai tudung tak? Cuba teka.

beginikah "Negara Islam"???


Masjid Abu Bakar, Johor Bharu

Kompius bila kita tengok notice board ni,salah ke non muslim masuk masjid, apa ruginya pada pihak masjid, nak kata takut kecurian..rasanya org islam lagi ramai kot kat dalam penjara tuh!

Benarkah islam melarang bukan islam masuk masjid? mana dalilnya!? amat memalukan masjid yang dibanggakan rakyat Johor dengan seni bina kerajaan Turki Uthmaniyah ini kini 'menutup pintu' untuk bukan islam mendekatinya..come on la..nilah salah satu faktor islam lambat berkembang kat Malaysia ni..berikut petikan dari
web uzar berkenaan larangan non muslim masuk masjid.

Sudah 53 tahun wilayah islam ini 'berdikari' tanpa bantuan British(merdeka?) tetapi non muslim masih lagi 'blur' tentang agama wahyu ini. Sepatutnya makin hari mereka semakin faham islam tetapi ini tak semakin hari semakin bermusuh pulak mereka dengan kita. Jelaslah di sini keberdikarian pemerintah kita hari inilah yang menyebabkan semua ini berlaku. Ketidakfahaman non muslim tersebut sengaja dibiarkan mereka.

Inikah yang dikatakan 'negara islam' sebagaimana yang pemerintah kita labelkan? atau negara yang islamnya hanya untuk mengambil hati penduduk majoriti(melayu) sedangkan nilai islamnya langsung tidak menampakkan hal tersebut?


Selasa, 14 Jun 2011

aku seekor semut??



Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh." (Surah Semut 27: 19)

first entry..



alhamdulillah
akhirnya blog pertama ini berjaya di'lahir'kan setelah hampir 2 tahun mencari idea.
Yelah aky bukan suka sangat bab2 tulis menulis ni. aku sebenarnya lebih banyak membaca daripada menulis..haha..setelah sekian lama aku asik menjenguk2 entry kengkawan yang x penah aku kenali...akhirnya tergerak hati utk buat blog sendiri...
aku kagum dengan coretan blog2 yg penah aku jenguk....mcm2 cerita dapat aku baca
dan kongsi....ada sesetengah tu boleh dijadikan panduan juga....syukran

aku harap aku dapat bersama2 berkongsi cerita dengan kengkawan.....
aku memohon kepada Allah agar apa yg aku catatkan dapat menyedarkan diri aku dan sesiapa yang membacanya..sekiranya terdapat kesalahan penulisan atau fakta maka aku mohon keampunanNya dan berharap ada rakan2 dapat membetulkannya. Dan dalam kedua-dua keadaaan aku mohon ganjaran daripada Allah Taala.

blog nih??? x tahu lah apa kesudahannya nnti...samada terbiar bersawang
atau aku jadi rajin menyapu segala sawang2 tu....
mudah2an segalanya berkekalan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...