SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 26 September 2011

selesai sudah....


alhamdulillah....
walaupun sederhana, selesai sudah majlis pernikahan
anak mak sedara aku....
walaupun dia orang indonesia yang bernikah ngan orang kita
namun, majlis di buat ikut adat dan cara orang kita...

yelah, wpun orang luar, tak ada bezanya mereka dengan kita...
mcm makcik aku tu sendiri, wpun orang indonesia tapi
tetap diterima oleh kaum keluarga pakcik aku...

antara tetamu yang hadir

pasangan pengantin baru

hantaran pihak lelaki hasil gubahan tangan aku

hantaran pihak perempuan hasil gubahan tangan aku jugak

keluarga pengantin perempuan (keluarga aku ler nih)

jiran2 yang banyak membantu keluarga kami







Rabu, 21 September 2011

bestnyer dapat kek...


tima kasih bebanyak pada kak niza
sebab bagi aku kek coklat dan kek polkadot tu...
memang best...next time kalau boleh nk lagik...

aku ni memang pantang jumpe kek....
sebab tu ler badan aku nih kembang semacam...
tapi
sejak berkurun lamanya aku mencuba
kek yang aku buat memang x penah menjadi...
kak niza, kek akak tu memang power..



Selasa, 20 September 2011

penat giler....Hardware open house


mak aaiii....letih giler buat persiapan majlis sebenarnya..
nampak cam simple je tpi tuhan je yang tahu....
sume kena perfect...
tapi alhamdulillah....sume berjalan lancar
sume puas hati.....
makanan, persiapan, boleh kata sume bagus x mcm tahun lepas....
dalam letih2 pun aku tetap bangga ngan staff yang banyak membantu
terutama sekali staff event management...thanks a lot guys..







Juadah yang disediakan mmg class gitu...





penat menjaga makanan pun masih sempat tersenyum...




1 malaysia





bertungkus lumus pastikan yang terbaik...



Pengarah JKR pahang turut serta


Bersama kakitangan yang terlibat dalam memastikan majlis berjalan lancar

Isnin, 19 September 2011

Gala Dinner DPMM 2011....


Gala Dinner DPMM tahun 2011 ni buat kat Grandball Room,
Zenith Hotel....
eceli aku bukannya suke sgt majlis2 protokol nih
tapi pergi sebab terpaksa dan memang WAJIB pergi....
so, pergi la jugak
ikut hati lebih baik aku makan kat umah je lagi best....

dh tu siap red carpet lak tu...naik segan aku...
apapun malam tu boleh kata best la jugak sbb ada artis
cam Jac, anuar & adibah noor
wpun aku ni bukan minat sgt kat diorang...tapi bolehlah setakat suka2...

ramai yang ternganga tengok anuar zain nyanyi...

ramai peminat dia malam tu

Ayahanda turut menyumbangkan lagu

Sultan Pahang turut nyanyi ngan Adibah

Jac & Anuar malam tu

pujaan ramai

with mr hubby...

mr hubby

Grandball Room, Zenith Hotel yang meriah

with Neng

menu malam tu

Haji Chang & Dato' Amir

anak sedara MB Pahang pun join meja kami

sup yang "hampeh"

dessert



Ahad, 18 September 2011

Open house...oh open house...

Salam

masa bulan pose ari tuh berat aku turun 4kg...
sukenya aku mase tuh....tapi
lepas raye nih aku rase dah berkilo2 berat aku naik...
mana idaknya...sana sini open house
kalau x pergi nnti orang kata aku ni sombong pulak
ishh...ishh...isshh...
kenal lah aku dulu sebelum kata aku sombong....huhuhu

bila sebut pasal open house nih, aku pun pelik gak bila tiap2 tahun
orang tertunggu2 open house rumah aku....kuikuikui
nk kata aku gelemer cam artis tu idak ler aku rase...
nk kata aku ni pakar masak pun idak jugak tapi jiran2, kengkawan
suke sesangat bila aku sebut nk buat open house...
pelik tapi benar....wkakaka
apapun, bila orang suke aku eceli lagi happy sebab tiap kali
buat open house makanan x penah membazir....
so, nampak gaya tiap2 tahun aku memang kena buat open house...

ketua chef yang ditugaskan jaga makanan.....takut x cukup

ayam bakar yang dapat permintaan ramai....asal masak je habis...

mungkin sebab mamat2 yang bakar ayam nih encem kot....huhuhu

antara juadah yang disediakan

rakan taulan dan jiran yang hadir menjamu selera

kesian....smpi x cukup tempat makan...duduk lah mana yang ada ruang

mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang open house semalam....





Isnin, 5 September 2011

Salah siapa sebenarnya...


 bukan berpihak pada sapa2....
dan ini cuma hanyalah pendapat ikhlas...
ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda?
 
selepas dilantik menjadi Rasul pun, ketika itu, agama Islam baru sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentulah orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani.
Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka?
Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikir2kanlah sendiri.
 
Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul, Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasuk Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu.
Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya.
 Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu.
 
Perkara pokok yang perlu dibincangkan sebenarnya bukanlah soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut?
 
Namun demikian, umat Islam kita sendiri juga patut dipersalahkan kerana ‘membenarkan’ orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini.
 
Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu.
 
Sama juga soal dakwah. Mengapa kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam dan hanya menunggu mereka datang menyerah diri ke pejabat agama atau PERKIM untuk memeluk Islam? Dakwah sebenarnya melalui banyak cara bukan pergi dan berdialog mengenai agama semata2. Perbuatan kita, tingkah laku kita, berdamping dengan mereka dengan cara yang baik...itu semua adalah dakwah. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi?
 
Bagaimana kita berbeza dengan kristian?? Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik.
Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tanggungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya.
Sama seperti tanggungjawab kita menyebarkan agama kita.
 
Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi Perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa. Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni Peribumi, walaupun dilindungi Perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain.
 
Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita didatangi seorang penyelamat yang menghulurkan bantuan, tidakkah kita rasa terhutang budi? Nasihat yus, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, kita semua pasti akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya.

Sepanjang aku dan teman2 seperjuangan menjalankan kerja2 NGO tanpa bantuan mana2 pihak kerajaan, kami sebenarnya sedih sangat melihat masih ramai orang Islam kita yang hidup dalam keadaan yang begitu daif walaupun negara kita amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai..masih ramai sebenarnya yang masih keciciran tanpa dipedulikan oleh mana2 pihak.

meh aku tunjuk sikit antara golongan Islam kita yang begitu daif dan amat memerlukan bantuan dan masih dipinggirkan. Jadi mari kita fikir-fikirkan di mana sebenarnya silap kita...


rumah yang dihuni oleh pasangan suami isteri

rumah yang disewa RM50 sebulan tanpa bilik dan bilik air yang sempurna

rumah yang didiami oleh 6 orang ahli keluarga daif

rumah didiami oleh warga emas dan anak

mengapa keadaan ini masih ada dalam masyarakat kita??? Tepuk dada tanya selera..




The Painted Veil (2006) Part 1


Wpun tak ada masa sangat tapi aku sempat gak tengok cerita "The Painted Veil".
Ada banyak pengajaran yang boleh dipelajari.
Antaranya ialah bagaimana mubaligh Kristian yang sanggup pergi ke ceruk cina untuk sampaikan ajaran agama kristian.
Kalau kita retrospeksi diri kita, nak duduk  satu hari di kampung orang asli pun macam tak sanggup. Macam mana kita nak sampaikan ajaran Islam atau nak tarik orang mendalami agama Islam??

Ya Allah ampunkan kami.
Yang pastinya Allah akan bertanya dan kita pastinya perlu menjawab.



mereka celebrate...aku ambik gambar...: Hungry ghost festival


Ermm...dah agak lama aku tak menulis dalam blog nih...
dalam fb pun sama..agak susah untuk aku luangkan masa sepanjang ramadhan yang lepas...
memang aku tak punya cukup masa....buat apa???
bukan shopping atau buat kuih pun..
tapi alhamdulillah...aku sibuk dengan aktiviti2 dengan fakir miskin....
kalau berkesempatan akan aku upload gambar2 aktiviti tu kat sini...

masa ramadhan hari tu mesti ada antara kita nampak satu festival yang orang2 cina sambut kan??
tapi mungkin ramai yang tak tahu dan rase betapa tak pentingnya untuk kita ambik tahu kan???
meh aku citer sikit.....tahu banyak tu tidak ler tapi sebab aku ada gak belajar pasal perbandingan agama nih so, sikit sebanyak tu aku tahu ler jugak...

Kalau kita perasan,.....umat islam sambut sebulan ramadhan dengan membuat ibadah puasa menunjukkan taqwa mereka kepada Allah tapi masyarakat cina pula menyambut "Hungry Ghost Festival" iaitu pesta menghalau hantu selama sebulan jugak.

Bukan ke syaitan yang sebenar dah diikat dan dirantai kaki dan tangan mereka supaya manusia yang beriman mudah melaksanakan ibadah puasa dan ibadah yang lain. Yang tidak dirantai ialah syaitan dari kalangan manusia yang mencuri motor dan kereta ketika orang islam sedang solat tarawikh.

Betapa hebat Allah merancang hidup manusia. Ada yang beriman dan ada yang tidak.
Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada semua manusia tak kira bangsa dan etnik.






Apa itu Ghost Festival?? Sila baca artikel di bawah:

*****************************

Ghost Festival

The Ghost Festival, also known as the Hungry Ghost Festival, is a traditional Chinese festival and holiday celebrated by Chinese in many countries. In the Chinese calendar (a lunisolar calendar), the Ghost Festival is on the 15th night of the seventh lunar month (14th in southern China).

In Chinese tradition, the fifteenth day of the seventh month in the lunar calendar is called Ghost Day and the seventh month in general is regarded as the Ghost Month (鬼月), in which ghosts and spirits, including those of the deceased ancestors, come out from the lower realm. Distinct from both the Qingming Festival (in Spring) and Chung Yeung Festival (in Autumn) in which living descendants pay homage to their deceased ancestors, on Ghost Day, the deceased are believed to visit the living.

On the fifteenth day the realms of Heaven and Hell and the realm of the living are open and both Taoists and Buddhists would perform rituals to transmute and absolve the sufferings of the deceased. Intrinsic to the Ghost Month is ancestor worship, where traditionally the filial piety of descendants extends to their ancestors even after their deaths. Activities during the month would include preparing ritualistic food offerings, burning incense, and burning joss paper, a papier-mâché form of material items such as clothes, gold and other fine goods for the visiting spirits of the ancestors. Elaborate meals (often vegetarian meals) would be served with empty seats for each of the deceased in the family treating the deceased as if they are still living. Ancestor worship is what distinguishes Qingming Festival from Ghost Festival because the latter includes paying respects to all deceased, including the same and younger generations, while the former only includes older generations. Other festivities may include, buying and releasing miniature paper boats and lanterns on water, which signifies giving directions to the lost ghosts and spirits of the ancestors and other deities.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...