SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 31 Oktober 2011

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum...

nama kek tu je pun dh cukup menyengat...rase dia pun....
mak aaiii....memang peerrrggghh....sedap giler..
hari nih aku dapat kek lagi dari kak niza....memang bestt...
amirrul makan sampai 4 potong....last2 tertido kekenyangan...

so, meh aku kongsi resepi yang kak niza bagi nih....
aku x tahu ler dia dapat dari mana...
tapi yang pasti kek tu memang wallaahh..



Bahan-bahan utk 1 layer kek : (kek tu dibuat 2 layer)

Sumber: Kak Niza

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan cocoa powder
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir
65g mentega
2 biji telur (gred C)
1/4 cawan buttermilk
1/2 cawan air suam


Cream Cheese Frosting:

250g cream cheese
125g mentega
1/4 cawan gula ising
1 sudu teh esen vanila
(Putar cream cheese dan mentega sampai creamy, tambah gula ising dan esen vanila, terus sapu kat kek)

Chocolate Ganache:

200ml whipping cream
250g dark coklat
sedikit garam
(Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat dan sedikit garam. Kacau rata. Bila semua dah cair, angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache di atas.)


Cara-cara:
  1. Set oven 170C. Griskan loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur satu persatu. Bila semuanya dah sebati masukkan bahan2 kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan esen vanila . Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
  2. Kek buat 2 lapisan. Bila kek dah sejuk, baru keluarkan lapisan pertama dari loyang dan sapukan cream cheese. Kemudian letak lapisan kedua dan sapu cream cheese sekali lagi. 
  3. Selepas itu baru siram chocolate ganache..
  4. Simpan kek ni dalam peti sejuk sebelum dipotong.
Hasilnyer, memang best...









SYUKURLAH...





PEPATAH LAMA :
"Aku pernah mengadu bahawa aku tidak mempunyai kasut sehingga aku melihat seorang lelaki yang tidak mempunyai kaki."

~✿..Kita sering CEDERUNG untuk melihat orang-orang di atas, dan BERKEINGINAN untuk menjadi seperti mereka..tetapi Islam MENASIHATKAN kita supaya LEBIH MELIHAT orang-orang di bawah kita dan merasa BERPUAS HATI dengan apa yang Allah telah berikan..merasa SYUKUR atas segala limpah kurniaNya..✿~

Setiap hari di dalam solat, kupanjatkan syukur kepada Ilahi kerana diriku masih BERPELUANG untuk hidup..masih diberikan kehidupan yang baik..
terima kasih Allah..(✿◠‿◠)


Ahad, 30 Oktober 2011

PUDING OREO BERPERISA CAPPUCINO


Salam..

Selepas seharian mengemas rumah di hujung minggu ni
terasa penat lah sangat...
amirrul pun dah keluar dengan mr hubby...
g tengok race kereta agaknya...

dalam kebosanan, meninjau2 blog masakan blogger2 lain
mencari idea...last2 ternampak pulak
blog pujaan aku ni...kak Azlita Aziz
yang dipuja dalam diam...he3
Disebabkan blog dia lah aku jadi terminat pulak dalam mencuba
resepi2 baru...kalau sebelum nih, masak main cincai jek...

terpandang dessert yang best hasil air tangan kak Ita nih
nak pulak aku try....so, inilah hasilnya....
minta izin kak ita ambil resepi ye...




PUDING OREO yang x berapa nak jadik....huhuhu
x jadi sebab apa??? sebab aku dah pandai2 tukar itu dan ini....
menderhaka pada cikgu la lebih kurang....
kalau korang nak lebih detail resepi sebenar, korang kena tengok blog kak Ita tu sendiri ye...



Bahan-bahan:-


1 paket serbuk agar-agar
10 keping biskut Oreo dihancurkan (termasuk krim putihnya sekali)
2 cawan air
1 tin susu krimer
4 sudu susu pekat manis
daun pandan
2 sudu besar serbuk cappucino


Cara-cara masak:
 Masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan.
Biarkan agar-agar betul-betul larut.
Sementara itu blender biskut oreo,
masukkan susu krimer, susu pekat manis dan serbuk cappucino, kacau sebati
masukkan biskut oreo ke dalam acuan dan curahkan agar2 yang telah sebati ke dalam acuan
setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais,
agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya,
kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.

Sedap dimakan sejuk2 tambahan dalam cuaca panas macam hari ni....
nak tambah perasa, makan bersama susu krimer yang telah dimasak bersama sedikit tepung kastard
 (macam kita buat kuah koktail)...

jom try....













p/s: jangan sesekali menderhaka.....




MEE GORENG SIMPLE...


Pagi nih x tahu nak masak apa
so, jengok2 dalam peti jelah apa yang ada
alamak.....nampak sangat dh lama x beli barang dapur nih
hisshh2....sibuk sangat ngan keje
sampai barang2 kat dapur pun hampir habis....

so, pagi ni aku masak mee goreng jelah...
itupun mee yang x cukup bahan...huhuhu



MY RECIPE'S

Bahan-bahan:
mee kuning satu bungkus
4 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
cili kering - dikisar
1biji tomato - dipotong 8 bahagian
sos tiram
sos cili
sos tomato
fishball
fishcake
udang
gula secukup rasa
serbuk lada sulah
serbuk perasa



Cara masak:

panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih yg dikisar hingga garing dan harum
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambah gula, lada sulah dan serbuk perasa
masukkan udang dan gaul sehingga udang masak
 Akhir sekali, masukkan mee, fishball dan fishcake dan tomato yang telah dipotong
kacau sampai rata dan mesra.

taadaa......Siapp.....
taburkan daun sup/ daun bawang serta potongan lada besar
nak lagi sedap makan dengan keropok dan perah asam limau....






Sabtu, 29 Oktober 2011

KERANA MULUT JAHAT...


Salam...




Bercakap tentang sesuatu yang kita sendiri tak pasti kesahihannya.
Hanya dengar dari sebelah pihak sahaja. Bila dah dengar sebelah pihak je, silap-silap boleh jadi fitnah.

Bila dah jadi fitnah, akan timbul rasa curiga dan syak wasangka buruk
mulalah kita nak menilai seseorang itu hanya disebabkan dengar kata-kata atau gambaran negatif dari si mulut busuk.

Kalau kita menilai sesorang, janganlah hanya berdasarkan gambaran atau mulut orang semata-mata.
Pernah tak kita bayangkan, orang lain menilai diri kita???


Khamis, 27 Oktober 2011

Tok Guru & Nasi bungkus...




Sekadar renungan untuk semua.

Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan.
Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP untuk Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan.
Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara.
Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam.
Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit,
 untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Tok Guru tetap Tok Guru.
Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu.
Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.


p/s : aku bukanlah seseorang yang berpihak pada mana-mana parti politik cuma kagum dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz.

Rabu, 26 Oktober 2011

Teringat masa dulu...


bumi kuantan sekarang dah masuk musim hujan....
eerrrmmm.....bila hujan2 cam gini
bestnyer kalau dapat makan....
teringat pulak masa arwah mak aku masih ada...
kalau dh tiba musim2 hujan nih, sibuk lah mencari ubi kayu
sedapp giler kalau musim2 hujan nih makan ubi kayu rebus
ngan Tea O panas atau kopi O kaww....

eerrrmmm....meleleh air liur wehh...



Sabtu, 22 Oktober 2011

Jangan tolong....nanti korang kene...


Korang tau tak kenapa xde sapa  tolong budak 2 tahun yang digilis di China tu???

aku yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Sejak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni...
Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah....
Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. (sumber dari seorang kawan aku).
Kalau korang nak tau sekiranya jumpa atau ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul atau dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,......Sila jangan tolong..

APASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa?
Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya.
Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup dia kena tanggung akibatnya seumur hidup.....so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup.
So, sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina ......

kawan aku pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !
JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So.....terjawab lah persoalan yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.


Jumaat, 21 Oktober 2011

sakit hati bila orang mengungkit....


Mengungkit ni banyak jenis kan? Mengungkit bila pernah buat baik, mengungkit kenangan lalu, mengungkit kesalahan lampau, dan bermacam-macam lagilah kan?

Mula-mula macam mulia semacam bila dia selalu tolong kita dan memberi tanpa kita mintak. Siap dia tanya lagi nak dia tolong kita apa? Indah kan?? Tapi yelah manusia ni banyak jenis dan perangai? Bila kita buat silap sikit, ohhh dia mula mengungkit!!!! Siap bawak buku kira-kira 5 sen lagi nak bagitahu apa yang dia dah buat untuk kita.

"Orang yang menerima apa yang kamu hulurkan tu bukan tak menghargai kamulah der, dia kan selalu ucap terima kasih banyak-banyak. Tapi balasan yang kamu ingin tu kadang-kadang orang tak mampu nak bagi. Jadi jelas kan selama ni kamu sembunyikan udang besar kat bawah maggi..."

Lepas tu setiap kali gaduh, bila dah berpunca daripada kesilapan dia, dia sibuk nak ungkit satu kesalahan kita di zaman tadika. Kire kesalahan dia yang ke-100,001 itu ditimbal balik dengan satu kesalahan kita di zaman tadika.
Menarik kan??....sakit hati tak?
Taklah, i'm okay... (tipu!)


bila teringat orang yang suka mengungkit nih.....sedih sampai kita nak menangis sebab kita
tak se"terror" dia dalam bab mengungkit2 ni...

p/s: aku nak kena study banyak-banyak tentang ikhlas ni....







Kata orang....



Kata orang SUSAH:
“Apa kita nak makan hari ni…?”

Kata orang SENANG:
“Di mana kita nak makan hari ni..?

Kata orang JAHAT:
“Siapa kita nak makan hari ni..?”

Kata orang MATI,
"aku dah tak boleh makan lagi" :)


fikir- fikir kanlah....




Isnin, 17 Oktober 2011

kalau kentut ada warna..




Dengan nama Allah yang maha mengetahui akan setiap ciptaanNya..
Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan tanpa alasan..
adakalanya ia adalah hidayah bagi orang-orang yang mahu memikirkannya..
maaf kalau entry kali ni agak keterlaluan....
cuma sekadar hiburan dan cetusan bagi yang memikirkan..
Mungkin ada yang pernah memikirkan mengapa Allah jadikan kentut tanpa berwarna..
dan mungkin juga ada yang tidak pernah menghiraukan ciptaannya..
Andai kentut itu berwarna.....


dunia ini akan menjadi huru hara.
bayangkan kalau kita terkentut di perhentian bas....
semua orang akan lari bertempiaran nak mengelak dari terkena
warna kentut tu..

pusat membeli belah akan huru hara..
bayangkan masa tengah syok beli baju raye, kita didatangi
warna-warna di udara mencari mangsa...

kelas akan menjadi huru hara..
sedang cikgu mengajar, ada warna-warna pelangi
disekelilingnya dan menuju ke arah kita dengan rakus
hmm..apa akan jadi ye..?

amal ibadah dimasjid/surau akan huru hara..
sedang kita mengerjakan solat, ada warna-warna yang tidak
diketahui asal usul dan tuannya datang mengelilingi kita
dengan penuh dendam..atau melintasi setiap jemaah..
pakej dengan bau-bauan yang agak mengelirukan untuk menafsirnya..
apa akan jadi ye..?

keadaan di dalam bas/keretapi/kapal terbang akan huru hara..sedang kita berbual dengan rakan-rakan di dalam pengangkutan awam
yang mana tiada jalan keluar untuk melepaskan diri..
tiba-tiba kita diziarahi oleh sekumpulan warna-warna yang tidak kita ingini kehadirannya..
dan ia berlegar-legar di dalamnya dengan meratah mangsa dengan kejam sekali..
apa akan jadi ye..?

tempat paling banyak diwarnai ialah tandas..
bayangkan kiranya kita sedang bermusafir jauh dan tiba-tiba kita ingin qada' hajat..
bila kita nak masuk ke tandas, kita dibayangi pelbagai warna..
kita membayar untuk perkhidmatan tandas awam semata-mata
untuk menghayati warna-warna pelangi yang menggerunkan..
apa akan jadi ye..?

Sesuatu yang remeh, tidak semestinya tiada bermanfaat..
terpulang kepada orang-orang yang mahu memikirkannya..

dan kita tidak pernah berfikir di sebalik kejadian kita...
alangkah indah ciptaan Allah...
Lihat sahaja manusia, kenapa Allah tidak ciptakan kaki di muka, muka di kaki...
pasti kita tidak ingin lihat bagaimana rupa kita di waktu pagi...tetapi kita ini sehebat-hebat ciptaan..
seindah-indah ciptaan....
siapakah yang bersyukur setiap pagi selepas bangun dari tidur...

credit to.....iLUVISLAM

macam-macam oh dunia....




hurm.... tak tau lak aku ekonomi negara kita nih dah teruk sangat 
sampai kentut pun skarang nak kena bayar.......
ni ape cer???
 hissshhh...... nak marah sape sekarang nih?
penjaga tandas? tukang kentut? atau.... ?

pikir-pikir lah sendiri...
sekadar jenaka malam hari...

Ahad, 16 Oktober 2011

Kalau kita nak ikut kata orang...


Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI...
Bila jadi baik, ORANG MELUAT...

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM...
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA...
Bila kita langgar peraturan.....

 ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS...
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR...

Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'...
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'..
ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free...

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata....

 "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
Bila kita sindir-menyindir....

 ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."...

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata.....
"YANG SIBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"...
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata....
 "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita.
Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka..

Kalau buat salah sudah tentunya salah,
tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata....

 cuma ingat pesanan ini :-
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula....
 perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita....
bukan pandangan manusia


Ikan Keli Masak Lemak Cili Api


ntah nape ari ni mr hubby tiba-tiba jadi rajin pulak...
awal pagi dah kuar dengan amirul pergi pasar..
nak cari barang katanya....
balik je rumah, aku nampak dia bawak balik ikan keli...
inilah masalah orang lelaki...
bawak balik ikan je suruh kita masak....bahan lain??? kita jugak
kena pergi cari....

katanya nak suruh masak lemak cili api....
dah lama tak makan ikan keli katanya...
tapi paham-paham ler bila dah ada budak kecik dalam rumah
bukan boleh makan yang pedas-pedas sangat....
tapi dh nak makan, aku buat jugak ler....
nak kata pandai, tak lah jugak tapi bak kata orang
SECUKUP RASE....hihihi


resepi yang biasa- biasa aje...meh aku share sikit

MY RECIPE'S
Bahan-bahan utama:

- 4ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
- 10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
- 8 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 inci kunyit hidup
- semangkuk santan (lebih kurang 500ml )
- garam, sedikit gula dan perasa secukupnya
- sedikit serbuk kunyit
- 3 keping asam keping
- 1 biji buah tomato & daun kunyit 


Cara-caranya:-
1. Ikan yg telah dibersihkan ketepikan. Ada jugak sesetengah orang suka goreng dulu tapi jgn terlalu garing
    (ikut citarasa sendiri, nak goreng atau tidak)
2. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, serai dan kunyit hidup.
3. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (sampai pecah minyak).
4. Masukkan santan, sedikit air, asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap.
5. Campur garam, gula dan perasa secukup rasa.
6. Masukkan ikan keli tadi bersama buah tomato dan daun kunyit.

taaddaaa.......dah siap..best kalau makan dengan nasi panas... 



Sabtu, 15 Oktober 2011

aku nak kuruskan badan tapi....


baru ari ni nk update entry....
busy dengan keje dan macam2 karenah manusia kat tempat keje...

NAK KURUS....
sapa yang taknak kurus cik kiah oooiii....
penipu besar ler kalau ada mana-mana pompuan yang kata
dia taknak kurus....

aku pun nak kurus jugak...
tapi aku rase lemak-lemak kat badan nih dah tepu lepas beranak....
15kg yang melekat kat badan nih
dah tak boleh disental dah....
dah puas aku diet segala....turun sikit jek...
masa posa ari tu adalah turun 4kg....pastu raye je naik balik...
tension aku weehhh....

nak try makan ubat kurus sume aku takut....
anak baru sorang....hajat hati nak tambah lagi....
tunggu masa jelah.....ada rezeki, adalah tuh....

bila sebut pasal NAK KURUS nih
teringat aku kat sepupu aku.....habis berpuluh ribu tapi macam
gitu gak....kalau turun pun mungkin sikit....

aku sayang duit beb.....tak nak lah aku habiskan duit kat Slimming centre
semata-mata nak kurus nih....




pada aku yang penting disiplin....
kalau duit habis beribu tapi tak ikut apa yang disuruh
makan tak hingat dunia jugak...lebih baik lupakan....
rugi....

baik bagi duit tu kat aku jek....hikhikik


Khamis, 13 Oktober 2011

cinta???





begini lah dunia aku di tempat keje...


baru seminggu aku tak masuk opis hardware......
asal masuk je opis nih keje aku mesti bertimbun
meja dan tray aku nih tak penah surut
dengan segala kertas......

itu baru seminggu....kalau sebulan dua
tak tahu camner ler gamaknyer....
ada sampai bawah meja segala benda nih
tak cukup ruang....

itu yang kadang2 nak beranak pun aku kena
pikir dua tiga kali....keje bertimbun tapi takde orang
nak tolong cover keje aku....
kesian kat aku.....wwwaaaaaaaaaa




ini baru kat hardware....belum tengok meja aku kat HQ lagi...
tension kepala nih....
dapat cari staff baru yang boleh cover tempat aku nih
aku boleh lah ambik cuti setahun....
nk g holiday la pulak.....hikhikhik


Sabtu, 8 Oktober 2011

TOLONGLAH HORMAT ORANG LAIN JUGAK....



sekadar nak exercise minda......
kerdil sgt ke orang yang berbasikal tua,
rendah sangat ke taraf orang yang berkereta murah???
 normal! orang sekarang kalau dapat naik keta beso tu bangga sangat dah.....
pada halnya kereta hutang lagi...
kadang2 mereka rasa org yg berkereta murah nie tak ada duit mcm dia.....
nak berlagak pun biar la bertempat..... kita nie ukur baju biar lah kena pada badan sendiri......
memadai ler dgn apa yg kita ada.......tak perlu ada sikap menunjuk2....

walaupun mereka berbasikal tua, berkereta murah
sekurang2nya mereka punya harta....mereka punya duit....
mereka punya kemampuan tahap itu,
kenapa haruskah dipandang senget???
walau apa pun benda...walau berapa pun harga sesuatu itu...
walau siapa pun empunya...sikap menghormati haruslah ada....


Jumaat, 7 Oktober 2011

seronok tengok blog orang....


eerrmmm.....
best kalau aku jadi cam diorang....
pandai masak...pandai buat kek dan mcm2 lagi

aku ni masak pun cincai2 je....
asal mr hubby dan anak kenyang....
kalau nak masak sedap-sedap sikit kenalah tunggu
pulak hari aku tak kerja......

tapi...
aku suka makan....huhuhu
pantang ada tempat makan best mesti aku jejak
asal ada orang pandai buat kek atau kuih mesti aku order
itu yang tak tahan....

nak kata tak pandai masak langsung tu takde lah pulak...
hubby kata akus masak sedap....kengkawan pun kata aku pandai masak
cuma tak tahu tahap mana kesedapannya tuh....
cuma yang aku tahu
aku memang tak pandai buat kuih-muih dan kek...
itu kelemahan aku yang pasti...






cup cake faveret yang yus selalu order.....orang yang buat kek ni
merendah diri orangnya....
TQ so much....next time nak order lagi...







Rabu, 5 Oktober 2011

aku dapat hadiah??? cam tak percaya....

alhamdulillah....
aku dapat hadiah???
macam tak percaya.....sbb aku tak pernah daftar masuk
apa2 pertandingan pun....tapi bila aku dapat
pesanan sms kat telepon pagi tadi..tersengih2 jugak ler sesorang dalam bilik opis tuh....
mula-mula memang tak percaya jugak....tapi...jeng..jeng...jeng




aku search la pulak kat website rhb nih pagi tadi....manalah tahu
sekarang ni mcm2 kes tipu ada....so, memang sahih dan pasti
yang nama aku memang ada tersenarai.....dalam senarai pemenang bulan
ogos 2011....




alhamdulillah....rezeki katakan.....

Isnin, 3 Oktober 2011

Undilah....jangan tido





yus suka video ini. Tahniah kepada semua yang menjayakan video ini. Sesuai untuk orang muda dan juga sesuai kepada warga emas. Tetapi kenapa mereka banned daripada disiarkan di TV utama Malaysia. Aaahhh yus pun tak faham. Sayang 2 ribu kali sayang. 



Cukup senang nak menangis....syahdunya



Ada masa cukup susah kita nak menangis dan ada masa cukup senang nak menangis. Alhamdulillah aku sempat menitiskan air mata selepas melihat video yang menarik. Dulu dah tengok dah tapi yang versi ini lebih syahdu lagi.

Ahad, 2 Oktober 2011

Nak kata takde adat, kita orang melayu....


letih dan penat....
bukan nak mengaibkan sesapa
cuma yus pelik....sepanjang hidup aku, aku tak penah
pulak jumpa orang yang macam nih....
nak kata tak tahu adat, kita orang melayu....
orang malaysia lagi....

macam yg aku citer minggu lepas tu....
anak makcik aku yang dari indonesia tu kawin ngan orang kita
ORANG MALAYSIA
yang punya adat resam....bak kata orang dulu2
"biar mati anak, jangan mati adat"

jadinye, seperti yang telah dijanjikan...
hari ni kami dan beberapa jiran terdekat pergilah
hantar pengantin perempuan ke rumah pihak lelaki...

terkejut....
tak ada apa2 persiapan langsung di pihak sana
nak kata keluarga tak suka, keluarga mereka sambut kami
pelik tapi benar....
cuma dihidangkan AIR SIRAP DAN ROTI


gambar dari google (sekadar hiasan)

sekadar hiasan


eerrrmmm....
tak apalah....mungkin itu cara mereka
on the way balik ke kuantan, kami singgah ler makan dulu kat pekan
isi perut jiran2 yang sudi meneman sebagai tanda terima kasih...

sebagai tanda menghantar, kami takdelah
pergi tangan kosong...bawak jugak lah buah tangan
sebagai tanda...




cup cake yang ditempah khas dengan adik kak niza....

takpelah....kami doakan pasangan tu bahagia...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...