SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 19 Januari 2012

NGAPE NK JADI GAY/ LESBIAN


ASSALAMUALAIKUM

Ngapa ada orang nk jadik Gay/Lesbian ? Ngapa memilih untuk meniduri pasangan sama jenis ?Adakah kamu ni khunsa? Ada dua kemaluan? Telah jelas penciptaanmu, kalau ada zakar itu LELAKI, kalau ada rahim itu PEREMPUAN.

..Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?" Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri."
(7:80-82)


GAY ATAU LESBIAN ATAU HOMOSEKSUAL bukan ajaran ISLAM. Tidak ada pihak boleh mempersoalkan hal ini. Sedangkan binatang yang berjantina jantan pun mendatangi yang betina, ngapakah sebahagian kita yang manusia, yang ada akal, yang merupakan khalifah dibumi ALLAH, yang berjantina lelaki mendatangi lelaki  atau pompuan mendatangi pompuan untuk melampiaskan nafsuewwww ?
Why is this happening ?



Kenapa begini sifat manusia


ASSALAMUALAIKUM...


Cuba kita buat satu tanda titik hitam pada benda berwarna putih, lalu lihat padanya, apakah yang menarik perhatian kita? Sudah tentu titik hitam itu. Demikian sebaliknya, kita buatkan pula satu tanda titik putih pada sesuatu benda berwarna hitam, perhatian kita pasti tertuju kepada tanda titik putih itu, bukan?

Begitulah sifat kebanyakan manusia. Seorang insan yang baik, apabila dia melakukan satu je kesalahan yang tidak disengajakannya, manusia pasti akan melihat kepada kesalahan itu sahaja. Seolah-olah seluruh kebaikannya tenggelam sama sekali di lautan keburukannya yang sedikit itu. Manakalah orang yang terkenal dengan keburukannya, apabila melakukan satu je kebaikan, kebaikan itulah yang sering disebut-sebut dan ditonjol-tonjolkan, seakan-akan mereka lupa sifat keburukan yang mendominasikan dirinya.

Renung-renungkanlah....



Selasa, 17 Januari 2012

TERIMA KASIH PM


ASSALAMUALAIKUM..

aku ni tak pernah jumpa mana2 Perdana Menteri (atau mantan) dari jarak dekat...
kalau ada program2 yang melibatkan PM, dari jarak jauh biasalah.

Jika berkesempatan untuk jumpa PM, aku cuma nak ucapkan TERIMA KASIH.
Aku berjaya tamat sekolah kerana bersekolah di sekolah kerajaan yang yurannya tak
membebankan mak bapak aku untuk menyekolahkan aku adik beradik.
Tak lupa waktu anak sedara aku tinggal di hospital kelas 1 selama 9 hari kerana H1N1,
keluarga aku tak perlu bayar satu sen pun..
Tak lupa pada juga Yayasan Al Bukhary yang menyediakan makanan untuk pelajar sewaktu
kelas tambahan kat sekolah anak sepupu aku.
 Buku2 teks yang aku dapat secara PERCUMA dari sekolah rendah sampai sekolah menengah dan banyak lagi bantuan yang aku dan keluarga aku serta orang lain turut sama dapat. 

MashaALLAH. Bila dikenang2, rasa nak menitik air mata.
Banyak sangat bantuan yang aku terima dari kerajaan rupanya.
Isu peribadi kita letak  ketepi.

Yang penting kita menjadi manusia yang bersyukur terhadap manusia lain.

Kita ni kadang2 kurang berfikir. Hai, kita kata kita benci pemerintah.
tapi bila dapat baucer buku, bila dapat bantuan itu, bantuan ini, kitalah nombor satu yang ambik.
Pastu kita tuduh pemerintah zalim. Hai, tak bersyukur punya manusia.

kita ini kan orang ISLAM. sesiapa yang memerintah maka aku mentaatinya....x gitu???
 berterima kasih lah pada manusia lain, dan bersyukurlah pada Dia..

ma lam yashkurinas lam yas kurillah (sesiapa yang tak bersyukur pada manusia dia tidak mensyukuri ALLAH) [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaiki Silaturrahim]


TUDUNG OH TUDUNG


ASSALAMUALAIKUM


Nak citer sikit gaya2 pemakaian tudung zaman sekarang...
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.”(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

♥ Tudung ‘Mickey Mouse’ ♥
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

♥ Tudung Lilit ♥
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

♥ Tudung ‘See Through’ ♥
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

♥ Tudung Jambul ♥
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

♥ Tudung ‘Singlet’ ♥
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

♥ Tudung Saji ♥
Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi




Sharing is caring ..
... Renung2kan la dan selamat beramal ..
Insya Allah

Ahad, 15 Januari 2012

BERPISAH ITU PAHIT


ASSALAMUALAIKUM


Xde sapa pun minta untuk berpisah....x kira dengan sapa jugak.
 Dengan isteri atau suami, tunang atau kekasih....x kira apa bentuk perpisahan sekalipun.
Sapa yang pernah melalui perpisahan mahupun penceraian akan tahu bahawa ianya adalah
sesuatu yang  tidak mudah.

Ia adalah satu masa yang menyedihkan dan sukar
bahkan ada masa ia boleh memusnahkan hidup sesorang.
Namun hidup perlu kita diteruskan.

Berharaplah pada ALLAH. Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.
sebenarnya pengakhirannya kita akan menemui ALLAH dengan sendiri.

Melakukan amal2 soleh, bersedekah, berkata baik tentang bekas suami/isteri
akan dapat memberi kelegaan yang bukan sedikit.

Ingatlah, walau perpisahan telah berlaku, walau si dia telah meninggalkan kita,
kenanglah kebaikan yang pernah dilakukan oleh mereka nescaya hati kita tidak akan begitu sakit.


Sabtu, 14 Januari 2012

CUMA NASIHAT DARI PENGALAMAN

 
ASSALAMUALAIKUM
 
Aku ni ada satu nasihat....nak bagitau kalau nak dengar
Jangan tumpangkan seseorang kat rumah kita melainkan kita ni jenis yang tak kisah.
Menumpangkan orang itu mudah tapi nak suruh mereka keluar dari rumah kita, memang susah.

Kalau mereka menyewa lain citer.
Kalau dah kenal lama, lain citer (tapi ada juga yang kenal lama jadi makin banyak citer).

Kesimpulannya, kalau nak menumpangkan orang kat umah kita, pikir berkali2.
Jangan nnti dok menghabiskan hari2 memikirkan camner nak bagi orang ini keluo dari rumah kita itewww.



 

NI NAK SURUH SAPA KEMAS???


ASSALAMUALAIKUM..


hah, ni lagi satu citer....demo satu hal, kotor pun satu hal
bila dah jadi gini, nak suh sapa kemas nih???? Nk demo ke, hapa ke, janganlah sampah dibiarkan.
Seelok2nya panggil mokcik2 yang dok beriya nyanyi tu pakat bersihkan.



ini lah mentaliti rakyat Malaysia yg sangat menyedihkan.....
dimana2.. bila2 masa.. waima di sekolah.....selepas rehat kantin macam tempat buang sampah....
x kira demo ke, lepas konsert ke, lepas sambut tahun baru ke, sume nyer kotor...


Jumaat, 13 Januari 2012

MALU LAH KITA...


ASSALAMUALAIKUM...


Air mata aku gugur dengor ni.
Malulah kita kalau ada Al Quran tapi biar jer berdebu atas almari ataupun dalam laci
 kita bangga sebab fasih bahasa inggeris
 tapi malulah kita kalau nak buat satu ayat dalam bahasa arab pun kita tak mampu
Malulah kita kalau kita cuma baca Al Quran pada waktu kita sakit dan tidak berdaya
Malulah kita ....




Khamis, 12 Januari 2012

KERANA NILA SETITIK


ASSALAMUALAIKUM...


Aku nak ulang video nih sekali lagi...dan sekali lagi. Sebab apa??? sebab sedap pulak nada lagu ni. LOLOLOLO
aku cadangkan kita anto mok cik2 ni sume ke negara isketambola.
Kat mana??? aku pun x tahu gak....dalam citer tiga abdul ada negeri nih...hikhikhik.
Mungkin kat sana lebih aman dan damai dari Malaysia.

tapi yang penting, kerana mokcik2 ni sume, habih orang yg pakai tudung labuh terpalit sama...aduuyaaii
sebab nila setitik, habih tudung labuh kena....bercampuk2

aku tak pernah rasa sesemangat ini nak mengundi. LOL
Lepas nengok video nih, terus rasa nak mengundi. siapa pilihan aku?? jawapannya

Undi anda adalah resia ok.

jom kita layan video nih kejap. kalau rase best nada nih, korang putar lagi sekali...


Isnin, 9 Januari 2012

Segmen Review Blog


ASSALAMUALAIKUM


Sejak baru berkecimpung dalam dunia blog ni, selalu gak jenguk2 blog lain
tapi sekadar komen2 dan intai2 jer....
aku ni masih x pandai nak join segmen2 atau nak buat segmen sendiri
kang buat segmen sendiri, x menjadi kena marah pulak kat orang...
kita buat blog nak cari ramai kawan, bukan nak cari ramai musuh....x ke gitu???

so, malam ni rajin2 kan diri click2 sahabat2 yang dah jadi follower blog nih...
mana lah tahu, orang dah follow kita tapi kita sendiri x follow atau jenguk2 blog dorang....

so, terjumpa blog sahabat kita ni. Azzah ada buat segmen Review Blog.....
jadinya, aku try lah join
xceli x paham sangat pasal segmen nih tapi saje mencuba.....
aku pun x tahu betul ke idak cara aku ni.



kalau korang nak join gak, CLICK kat [SINI]




Aku cuma insan biasa


ASSALAMUALAIKUM..


Dgn mengeluarkan kata2 agama,
tidak semestinya aku nak jadi seorang ustazah ataupun alim sangat.
Dgn menasihati orang lain, tidak pula bermaksud aku ini adalah sebaik-baik manusia.
Aku cuma insan biasa, yg mempunyai keinginan & kelemahan seperti yang lain.
Cuma ingin berkongsi, apa yg aku pelajari dan apa yg aku tahu....
Dan mengingati diri sendiri dan sahabat2 yang lain, supaya menjadi lebih baik..
Bila aku menulis pasal agama kat blog ni bukanlah sebab aku nak jadi pengacara di TV Al Hijrah
ataupun sebab nak masuk arena politik ataupun pemerintah tu tok sedara aku,
tapi kerana aku ingin insyaAllah memperbaiki sedikit sebanyak Aqidah kita semua sebanyak mana yang aku mampu berdasarkan apa yang telah aku pelajari.

Kalau aqidah kita semua benor, takde lah masalah kita takut hantu time nak gi tandas
takde lah anak-anak kita pakai tangkal supaya tak nangis, takde lah kita gantung ayat seribu dinar dengan harapan jadi azimat
takde lah kita jadi fanatik terhadap ustaz-ustaz, takde lah kita dok menyintai manusia melebihi kecintaan kita pada ALLAH dan RasulNYA.

Jadi, tolong jangan kaitkan aku ngan politik. Sama2 lah kita perbaiki agama kita dengan menuntut ilmu.





Jumaat, 6 Januari 2012

Kecoh Pasal Amalina

Salam...


Lagi2 pasal Amalina....dalam FB, dalam blog, dalam Twitter sume citer pasal Amalina.
Aku xnk menyokong sapa2....tapi komen2 yang aku baca tu betul2 mengaibkan dia.
Kesian kat dia. Kenapa kita nak cerca dan hina dia sebegitu rupa???
memang betul dia dah berubah.....jauh ke jalan yang salah....tapi kita ni betul sangat ker sampai hina dia macam tu sekali???

Kadang2 kita ni bila bercakap langsung xleh terima pandangan orang lain. Mcm ada sorang hamba Allah nih...Dah la dok bercherita, mengumpat pasal Amalina ni kat tepi longkang, bila di tegur, marah2 kita semula. Katanya, kita nih kalau x nk ambik tahu jgn dok sibuk.

Ya, betul...jangan sibuk. Tapi kalo rasa ikhlas nak bagi nasihat, gi lah beli tiket kapal terbang gi ke London sekarang jumpa ngan Amalina. Nasihat depan depan gitu.
Jangan dok kutuk2 tepi longkang.
Jangan mengutuk dia, jangan melaknat dia kerana dia tidak menutup aurat.
Yang kita nih tutup aurat tapi mengumpat dan melaknat orang sana sini apa cerita pulak??

Ya, kita benci perlakuan tidak menutup aurat, tidak menutup aurat adalah haram
tapi bukan sesuka hati ngko boleh laknat orang.

Ngko kena ingat sikit hadis yang Rasulullah saw yang tak bagi para sahabat melaknat seorang peminum arak.

‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terdapat seorang lelaki yang bernama ‘Abd Allah, manakala nama gelarannya pula adalah “Keldai”. Dia lazim (berjenaka) sehingga membuat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertawa.
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah merotannya (sebagai hukum hudud) kerana kesalahan minum arak. Pada satu hari dia dibawa menghadap baginda atas kesalahan yang sama, lalu dikenakan hukuman rotan.
Melihat yang sedemikian berkata seorang lelaki: “Ya Allah! Laknatlah dia! Betapa banyak kali dia telah dibawa menghadap Rasulullah atas kesalahan yang sama!”

 Namun Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:
Jangan melaknatnya! Demi Allah! Aku tidak tahu bila ternyata dia mengasihi Allah dan Rasul-Nya
(Hadis Shahih Bukhari)


kita ni utk menjadi sesat, tak payah mintak......tapi utk mendapat hidayat pulak kita kena mintak, walaupun bergelumang dosa, dlm hati mintak pada Allah utk keluarkan diri dari dosa,
InsyaAllah, Allah akan keluarkan, sebenarnya banyak lg saudara muslim kita yg tersasar,
bukan dia je...hatta keluarga kita yg terdekat pun mungkin terlibat.

sebab tu, jgnlah kita dok ngutuk2 dan cerca dia....doakan utk semua saudara muslim kita.
Amalina hanyalah 1 dari berjuta2 saudara kita, kita sendiri pun kena sentiasa cari diri kita.
belum tentu selalu gi mesjid, akidah dah betul, riyak, bersuci pun blom tentu sempurna.
siapa yg heboh2 menjaja cerita Amalina ni, harap2 niat tu betul la. 
jgn sebab nak kasi org datang tengok kat blog utk tinggikan traffik, dapat jugak sesen dua semata2....lepas tu jaja keaiban orang.....

ini pun tak betul. takde sape nak masuk neraka, cuma kantoi dgn ujian.
sebesar2 gunung pun dosa, Allah akan ampunkan, jika bertaubat, kecuali dosa syirik.
 kita ni pulak sesedap rasa je hentam org......
nilai seorang yang ade syahadah dlm diri dia adalah mulia dari seorang yang baik dari golongan yg tidak mengaku yang Allah swt adalah Waahidul Qahhar, dan Muhammad saw adalah pesuruhNya...
pikir2kanlah...


Jom kita dengar apa kata UFB.



Khamis, 5 Januari 2012

Kan Best Kalau....


Salam..

Ada diantara kita kalau tengok orang kaya maka kita pun akan cakap bestnya kalau jadi kaya macam dia,
kalau tengok orang cantik, bestnya kalau kita cantik macam dia,
kalau tengok orang pandai, bestnya kalau kita pandai macam dia,
bestnya.....kalau......

Bukan semua yang kaya, cantik, pandai itu baik.
Ada masa pengakhiran hidup mereka buruk, maka pada waktu itu kita mungkin berkata seperti mana orang orang dizaman Qarun sewaktu melihat Qarun terbenam didalam tanah; "mujurlah......."

Jadi belajarlah bersyukur dan jangan mengharap apa yang ada ditangan orang.
Ada sebab mengapa kita bukan macam mereka dan mereka bukan macam kita.

ALLAH Maha Mengetahui.



Isnin, 2 Januari 2012

Si buah hati dah masuk sekolah


Assalamualaikum

errrmm...sedar tak sedar kita dah di tahun 2012.
Maka, di tahun ini juga bermula lah dunia baru si buah hati aku yang sorang ni.
Memula tu ingat nak hantar taska jer tapi bila fikir balik dan setelah berbincang dengan cikgu taska tu, elok jugak rasanya hantar dia ke tadika.

Memula tu macam risau jugak tapi tengok dia relax jer masa hantar pagi tadi....hihihi
dah besar rupanya buah hati aku ni.

Harap2 jangan hari ni je rajinnya. Moga berterusan la hendaknya.
Walaupun tadika dan taska depan rumah aku ada tapi setelah menengok keadaan kat situ, kira kansel jelah...aku lebih rela antar anak aku kat tadika yang jauh sikit. Kenapa??? kalau ada masa nnti aku cerita...huhuhuhu

1st day at Tadika Seri Permata Gemilang....macam pendiam jer buah hati aku kan???

masa ni malu-malu kucin lagi nih...

bulatnyer buah hati aku sorang ni....sayu pulak hati nak tinggal dia kat sekolah ni. eerrmmm...mama dia pulak yang emo lebih..

Kat sekolah ni buah hati aku akan start masuk kelas tadika pukul 8 pagi sampai 12 t/hari....pastu makan dan tido. Pukul 3 bangun mandi dan mengaji....then, cikgu akan hantar pergi taska sementara tunggu parents ambik. Okey lah tu daripada stay kat rumah makcik aku dan asik main jer...
 
Harap2 oke lah dia kat sini. huhuhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...