SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 27 Februari 2012

JANGAN JADI PEMALAS

ASSALAMUALAIKUM..


Rasenya dah agak lama aku x membebel dalam blog ni. 
So, hari ni aku nk membebel sikit pasal orang2 kita nih. Sebenarnya lebih buat "kawan" aku yang sorang nih..
Yelah, mana tidaknya, kalau kita tahu yang kita ni memang tak boleh kerja dengan orang,
makanya ambil lah peluang buat kerja di rumah. Buatlah apa sahaja asalkan halal, mengasuh anak orang ke, mengajar tuisyen ke, upah dobi ke, memasak ke, upah lipat baju ke, ambillah apa sahaja.
Jangan bagi alasan tak ada kerja. Jangan jadi pemalas.

kalau rasa kita ni mengidam nak beli emas beso lengan, carilah kerja sikit
jangan tahu mintak ngan somi jer....kesian kat somi nanti membebankan dia pulak
kerja aje lah kat rumah tu kalau somi izin
kalau somi tak izin bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang ada dan somi bagi.

jadilah qana'ah



Jumaat, 24 Februari 2012

TENANGLAH KAMU DI SANA WAHAI ANAK...


ASSALAMUALAIKUM...


Sepi terasa dunia ni setelah mendapat tahu tentang kehilangan Faris selama2nya....selepas update entry terakhir semalam, air mata ni x mampu lagi dibendung....sering teringat wajah2 arwah yang ceria wpun Faris itu bukan anak aku namun naluri ibu ini tetap tersentuh.

akhirnya kamu pergi jua wahai anak.....menamatkan segala penderitaan yang kamu tanggung. Allah lebih tahu itu yang terbaik buat kamu. Semoga kamu aman di sana.... Allah sudah pasti menjanjikan syurga untukmu wahai sayang......buat keluarga Abah banyakkanlah bersabar......redha dan tabahlah atas ujian ini kerana sesungguhnya tiada yg kekal bersama kita di dunia ini. Ada yg diberi olehNya, dan sudah pasti ada yg diambil olehNya semula.

 Allah lebih menyayangi diri arwah....Semoga arwah tenang di sana dan tergolong dalam golongan orang2 beriman... Syurga Firdausi menanti kamu di sana Sayang...



perginya sebutir permata...tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata......walau warnanya semerah darah

tidak mengapa wahai ibu....... tidak mengapa wahai ayah
Faris menantimu disyurga......dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak....dengan senyum dan tawa

innalillahiwainnailaihirojiun

ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan Faris ya Allah
kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu danbapanya
dan kau teguhkanlah iman mereka........
Semoga dugaan maha hebat ini dapat mereka tempuhi bersama

salam takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel.
PERGINYA SEBUTIR PERMATA..




Al Fatihah...

Khamis, 23 Februari 2012

ALLAH LEBIH MENYAYANGI FARIS


ASSALAMUALAIKUM...



Pagi ini menitis jugak airmata bile tahu adik Faris telah pergi untuk selama-lamanya sebentar tadi setelah 23 hari menanggung derita.....Allah lebih sayang kan adik faris dari kita semua....Dari dia kita datang dan dari dia jugalah kita kembali.....Ya Allah kau tempatkan lah adik Faris ini di dalam golongan org2 yang beriman dan tempatkan lah ia di dalam surga firdaus mu......Buat keluarga abah, semoga kalian tabah & redha atas pemergiannya...Amin.



ALLAH telah memberi ujian yg berbeza kpd kita tp itulah tanda ALLAH syg kn umat-Nya yg redha dan yakin akan ketentuan-Nya.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Bersama-sama kita doakan agar arwah Faris tenang di sana. Amin.

Rabu, 22 Februari 2012

STATUS FARIS TERKINI (MAMPUKAH DIA KEMBALI TERSENYUM??)


ASSALAMUALAIKUM....


Alhamdulillah...menurut ayah Faris, petang isnin kelmarin Faris telah mampu membuka mata dan menganggukkan kepala. "Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris"....kata abah menerusi FB miliknya.

gambar Faris petang isnin

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan....

Gambar terbaru yang direkodkan adalah selepas adik Faris menjalani chemo kali ke-4 petang semalam.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'. Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Setelah 21 hari faris dimasukkan ke SJMC, bil rawatan telah mencecah hampir RM100,000.00.
Status terbaru di FB abah pagi ni pula menyatakan Faris dalam keadaan kritikal. Oksigen ke tubuhnya telah drop ke 28%. Ya Allah, kau tabahkanlah hati sahabatku dan keluarga.


Just imagine...if we are in their shoes....Tak salah kita berkongsi masalah menerusi medium ini. Jika ada yang sudi membantu, silakan. Jika kita tidak mampu, doakan agar adik Faris segera sembuh.
Yang baru mengetahui tentang kisah ini, boleh baca kat sini DOAKAN KESIHATAN ADIK FARIS.



Isnin, 20 Februari 2012

DOAKAN KESIHATAN ADIK FARIS


ASSALAMUALAIKUM...

Punya lah lama aku tak update blog.....sibuk sangat dengan mcm2 program dan badan pun tak berapa bermaya untuk mengadap PC start dari cuti raye cina tempoh hari. Demam, batuk, selsema dan mcm2 hal yang timbul. Suara pun baru kembali asal dua tiga hari ni. Sebenarnya sejak aku tahu berita tentang adik Faris 2 hari lepas, aku nk update cerita dia tapi aku tak berdaya bila tengok gambar2 dia masa sihat. Asal nak tulis je, air mata aku menitis. Tapi hari ni, aku kuatkan semangat agar dapat update tentang adik Faris.

Hati seorang ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat tubuh anak kecil berusia 6 tahun ini menanggung derita. Serious, aku sebak dan menangis bila tengok gambar2 Faris kat FB ayah dia. Wpun aku dan ayah Faris ni bersama2 dalam satu kelab, namun aku x begitu mengenali beliau dan keluarga malah Faris sendiri. Tapi aku sangat2 sedih bila terpandang gambar2 Faris.

Menurut ayah Faris, dia dimasukkan ke wad Sime Darby Medical Center Subang Jaya (SDMC) sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, BARAH DARAH. Masa mula2 Faris dihantar ke SDMC, ayah Faris x tahu punca sebenar sakit tu dan dicover oleh insurance. Tak sampai 2 minggu kos perubatan dah mencecah RM75K.

Masa aku dapat tahu sabtu lepas, doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak dan dia bergantung 100% pada bantuan oksigen sebab x dapat bernafas sendiri. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mula gugur...YA ALLAH....

Menurut ayah Faris yang kami panggil ABAH, mereka dah x mampu menanggung bil rawatan Faris yang begitu tinggi dan memang telah bercadang utk transfer Faris ke hospital kerajaan minggu lepas tapi disebabkan keadaan Faris yg sgt kritikal & atas nasihat doktor serta tak mahu mengambil risiko, buat masa sekarang dia terpaksa kekalkan faris di SDMC sehingga keadaan dia mengizinkan utk dipindahkan ke hospital lain....

Oleh itu, bersama2 lah kita berdoa agar adik Faris ini segera sembuh. Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Berat mata memandang, berat lagi penderitaan adik faris ni. Sayup dan sebak melihat air mata adik Faris yg hampir jatuh ke pipi dalam menahan kesakitan dan dugaan yg Maha Esa.

Untuk abah dan keluarga, teruskanlah berdoa, berdoa dan berdoa. Tabahkan hati, kuatkan semangat kalian! jika aku yg tak pernah bersua muka dgn adik Faris boleh menitis airmata....apatah lagi kedua ibu bapanya...
  
Berusaha dan berusaha, bertanya kepada mereka yg pernah mengalaminya...aku dan keluarga mendoakan yg terbaik kpd adik Faris, Allahuakbar!!

Entah mcm mana lah yg dirasa oleh adik Faris, berikan dia semangat, janganlah kalian tunjukkan linangan airmata di depan adik Faris....Kau kuatkanlah semangat sahabatku ini ya Allah...


Kita mungkin tidak mampu mendermakan wang ringgit untuk membantu tapi doakan lah kesihatan untuk adik Faris semoga dapat kembali ceria seperti sediakala.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...