SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 27 September 2012

Senangnyer nikah...


Assalamualaikum.....

Semalam aku g umah sorang jiran ni menolong apa yang patut untuk kenduri anak dia yang nak nikah ujung minggu ni........mak aaiii...meriah betul barang2 hantaran yang dah disiapkan. Suka aku tengok...

Balik dari umah tu, tetiba aku teringat masa orang datang minang adik ipar aku dulu. Bapak mertua aku dan ipar duai aku jer yang urus majlis pinangan itu....xde panggil orang kampung pun. Masa wakil lelaki datang tu dorang siap berpantun....maklum ler orang Johor...he3. Keluarga mertua aku ni pulak jenis yang tak pandai nak berbalas2 pantun, lagipun sebab tak sempat nak rangka......jadi abang ipar aku pun cakap, "straight to the point". Pihak lelaki pun jawab, "kami datang nak meminang"...

Ayah mertua aku kata, "ye, saya tahu..."

Wakil lelaki pulak kata, "macam mana kira ni?"
Ayah mertua aku pulak kata, "oklah, saya terus buat keputusan jelah ye.....kadar mas kahwin tu ikut budaya setempat la ye.....tapi hantaran kami tak letak......kalau nak bagi, kami ambil.....kalau tak bagi pun kami tak kisah......kalau rasa tak cukup duit, bagitahu kami, nanti kami tolong tambah"....

wakil lelaki semuanya jem...terkedu kejap...diam hampir 5 minit...saling tengok muka masing2. pastu bapak mertua aku kata, "kami nak ikut islam, kami tak nak ikut budaya melayu".....

seorang pak haji dari wakil pihak lelaki kata, "Senang nyeee...macam tu jerrr??"

Bapak mertua aku jawab, "Islam suka yang mudah-mudah....jgn susah2kan....kalau si lelaki rasa takde duit, bagitahu pihak kami.....nanti kami  cuba bantu sekadar yang mampu"..

Perbincangan itu tidak sampai 15 minit pun dan lepas tu makanan pun dihidangkan......aku bantu apa yang patut kat dapur jer ngan ipar2 yang lain....yelah, kalau bukan kami sapa lagi sebab x panggil orang pun.

alhamdulillah, sekarang adik ipar aku tu dah ada dua orang anak.....aku bangga.....sebenarnya senang je nak nikah ni.....




#Note : bapak mertua aku cakap dalam loghat kelate ler tapi aku dah translate kan loghat tu...hikhikhik


p/s : Agak ironi sebenarnya kalau asyik komplen mas kahwin dan hantaran mahal tapi dalam masa yang sama makan di Secret Recipe/ restoran mahal lain sampai beratus-ratus dan bergayut dengan kekasih sampai beratus-ratus bil telefon. Takkan kat mas kahwin/ hantaran je nak berjimat kot? Jimat di situ tapi kalau keseluruhan hidup memang jenis membazir, tak guna jugak.

Sabtu, 22 September 2012

Tonton Dan Menang Adam & Hawa : Raikan Peminat


Assalamualaikum...

Nampaknya drama bersiri Adam dan Hawa semakin menambat hati dikalangan penonton Astro termasuk ler aku...he3 (memang aku dh giler pun ngan drama ni...)


Semalam, aku ada ternampak satu promo best yang Astro ada meraikan peminat2 fanatik Drama Adam da Hawa ni dengan menganjurkan satu peraduan khusus yang dikenali sebagai Tonton Dan Menang Adam & Hawa. 

Bagi yang nak sertai peraduan ini, kita cuma perlu tonton drama bersiri Adam dan Hawa mulai episod 17 hingga 24, yang mana episod-episod tu akan mula ditayangkan pada 24 September hingga 4 Oktober 2012 di Astro Mustika HD saluran 134 (makna nya start Isnin ni lah...). Bagi yang xde Astro Mustika tu, korang boleh jer tgk secara online kat DAILY MOTION yang akan update dari episod 1 hingga terkini.

Kita cuma perlu jawab 8 soklan mudah yang mana satu soalan akan disiarkan setiap hari di laman web astro - peraduan adam & hawa sejurus selepas episod pada malam tersebut habis. Kumpul sume soklan2 tu dan jawab mulai 4 Oktober 2012 jam 10.30 malam hingga 14 Oktober 2012.

So, apa lagi??? Jom kita sama2 try....mana tahu ada rezeki boleh menang kan???....huhuhuhu
Hadiah yang ditawarkan antaranya:-
  • Hadiah Utama     : 2 tiket pergi balik ke Perth, Australia tajaan Pusat Pelancongan Australia.
  • Tempat Pertama  : Ipad 2 64gb
  • Tempat Kedua    : Ipod Touch 64gb 

Jadi, kenapa nak lepaskan peluang kan???








Jumaat, 21 September 2012

Kenapa sibuk berdemo tapi masjid kosong?? ....


Assalamualaikum...

We filled the streets with rage and anger because our hearts are empty when it should be full of love and fear.

Explains why sibuk berdemo mengamuk pertahan nabi tapi subuh masjid kosong senyap sunyi. Apa guna berbangga dengan 1 billion angka kosong?

Empty hearts mean empty life.

aku setuju dengan ambil ruang yang ada ini untuk menunjukkan cinta kita pada kekasih kita baginda Nabi Muhammad s.a.w...tapi bukan dengan cara menunjukkan kebencian.....berhimpun untuk mempamerkan bantahan tu memang hak....tapi rasanya pendekatan yang lebih baik itu tetap ada.....kalau di negara luar seperti mesir contohnya, naturalnya mereka memang brsifat keras......jaga al-quran, jaga sunnah2 rasul. bila kekasih mereka Rasulullah dihina.....(kekasih kita juga)....maka tidak hairanlah mereka berkasar.....tapi di malaysia??

aku bukan penghukum untuk meletakkan iman seseorang tu ditahap mana......tak semestinya mereka yg tidak join demo itu mereka yg imannya lemah....dan aku tak fikir umumnya orang Islam terlalu bodoh utk terpengaruh atau jadi lemah dgn filem "Innocence of Muslims" itu. wallahu'alam bisswab

#p/s: The change begins with you, people say. Sebab tu dunia masih porak peranda, nampak kutu dekat kepala orang sedang gajah dekat belakang tak perasan. Usahlah terlalu banyak berbuihkan mulut sedang diri masih takuk yg sama. Macam Allah sebut dalam Ar Ra'du ayat 13, the change begins with me, in my heart. Let's begin our revolution.



Rabu, 19 September 2012

wajarkah kita berdemo??? Kecoh pasal "Innocence of Muslims"....

Assalamualaikum....

aku agak sedih tengok keadaan demo bantahan filem "innocence of muslims" kat luar negara..kita ni terlalu ikut nafsu amarah sampai lupa pertahankan akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w.....

Bila ada filem atau isu nabi dihina, umat Islam bertindak dengan demonstrasi. Bagaimana pulak dengan mereka yang mengaku Islam tapi tak solat, tak berhijab, khurafat, rasuah, syirik dan pelbagai lagi? Siapa yang hina Nabi lebih dari orang barat yang berkemungkinan sememangnya jahil?

Dakwah Nabi s.a.w bukan sahaja tidak diterima malahan beliau dilontar batu sehingga berdarah kaki baginda. Nabi mempunyai pilihan untuk menghancurkan penduduk Taif namun baginda memilih untuk memohon keampunan
bagi kejahilan mereka dan berdoa agar ada keturunan mereka yang akan memeluk Islam. Hari ini, penduduk Taif adalah beragama Islam.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali Imraan 3:31)



 
 Demo anti-penghinaan Nabi Muhamamad S.A.W


Kita ni kalau sayangkan Nabi bukan sekadar hiasan di bibir. Sayangkan Nabi bukan setahun sekali menyambut Maulid. Sayangkan Nabi bukan dengan berdemonstrasi. Sayangkan Nabi adalah mengikut perintahnya dan mengikuti sunnahnya. Bukan memilih sunnah yang kita suka dan buang sunnah yang kita tak selesa atau tak suka. Imam Syafie berkata; "Sunnah Nabi s.a.w itu ibarat bahtera Nabi Nuh a.s. Siapa yang menaikinya (mengikut sunnahnya) akan selamat". Kalau kita sayangkan Nabi, buktikan melalui kehidupan seharian kita dan bukan setahun sekali atau apabila isu timbul.... Wallahualam....



Khamis, 13 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Jeddah


Salam semua..


Episod terakhir aku di tanah haram. Fuhhhhh berentry-entry nak habiskan. Al-maklum stay di sana 12 hari maka banyaklah cerita-cerita dan gambar-gambar nak dipaparkan di sini. Banyak lagi cerita lain yang pending sebab aku nak habiskan dulu entry di tanah haram ni.

Hari terakhir kami di tanah haram. Malam tu kami ada briefing untuk penerbangan balik esoknya. Ketua rombongan kami, Ustaz Yahya ada penerangan sikit pasal air zam zam, beg kami yg berat sarat barat tu, jadual bertolak dan pasal tawaf widak esoknya. Flight kami jam 3 petang keesokan harinya tetapi jam 8 pagi kami dah kena berangkat meninggalkan tanah haram. So, pagi-pagi tu kami perlu melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal......meninggalkan tanah haram. Kepada yang keuzuran, cukuplah hanya melakukan doa selamat tinggal sahaja.

Lepas kami ada briefing pasal flight malam tu...aku sempat lagi turun ke kedai kat bawah hotel tu untuk membeli apa-apa benda yang patut untuk kali terakhir sebab esok selepas melakukan tawaf dan doa wida' kami dah tidak boleh membeli-belah apa-apa.
Pagi tu selepas solat subuh dan melakukan tawaf wida', kami terus pulang ke hotel dan berkumpul di bawah lobi hotel bersama-sama dengan beg kami.

dari celah-celah tempat saie ini aku boleh melihat kaabah dan pintu multazam. Aku berdoa selamat tinggal di sini. Tanpa disedari air mata aku menitis lagi di sini....sebak rasanya hendak meninggalkan kaabah dan tempat suci ini. 


sumber gambar: google 

perjalanan ke Jeddah mengambil masa sejam setengah. Kami sepatutnya berhenti di Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak Zuhor-Asar tetapi disebabkan bas sampai agak lewat di hotel untuk mengambil kami semua, jadi Ustaz terpaksa batalkan untuk singgah di masjid terapung tu dan terus ke airport Jeddah.

Airport Jeddah dari kejauhan

 keadaan di airport Jeddah sebelum check-in....memang kepanasan sikit kami kat sana

Mr. Hubby pun tak tahan dengan kepanasan kat airport tu. Disebabkan kami sampai awal di Terminal Haji Jeddah tu, masa memang banyak lagi....so hanya melepak aje kat luar. Sempat la jugak kami solat Zohor dan jama' sekali kat situ.


Alhamdulillah urusan check-in kami di sini berjalan dengan lancar.

Di dalam flight perjalanan selama 8 jam....aku hanya tidur ajer. Tidur tak sedar diri...bangun hanya untuk berbuka puasa ajer. Siap steward tu kejutkan aku nak bagi makanan...hahahaha. Alhamdulillah semua dah selesai ibadah aku di sini. Aku juga dah selamat sampai ke tanahair. Sampai kat KLIA terus kami ambik teksi ke rumah abang ipar untuk ambik kereta yang kami tinggalkan kat sana dan terus balik kuantan sebab esoknyer pulak kami akan terus balik ke kampung untuk beraya. 
Alhamdulillah....insyaAllah, jika dipanjangkan umur aku akan ke sana lagi bersama keluarga aku lagi. 



Rabu, 12 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Part 6



Salam semua.
Secara tiba-tiba aku jadi rindu apabila melihat baitullah ini. Rindu sangat-sangat. Di sinilah tempat yang paling indah di dunia tempat-tempat lain. Di sini jugalah tempat yg paling aku rindu hingga terbawa2 dalam mimpi. Di sinilah tempat yang sentiasa dalam ingatanku walaupun di mana saja aku berada. Ya Allah semoga ada rezeki ku untuk sampai ke sini lagi mengunjungi rumah Mu.
Setiap kali aku menelek album gambar kenangan umrah ini....gambar inilah yang membuatkan aku tidak jemu-jemu memandang. Di sinilah kiblat kita. Di sinilah kita bersolat menyembah Allah dan berdoa padaNya. Setiap kali jika selepas solat di sini...aku pasti akan singgah sebentar untuk melihat rumah Allah ini. Perlahan-lahan airmata pasti menitis sebak. Aku jadi sebak sebab perasaan gembira tidak terkata kaabah betul-betul berada di hadapan mata aku. Kita lihat betapa ramainya umat Islam bertawaf mengelilingi kabah dan berseru nama Allah Yang Esa. Perasaan yang kita tak boleh dapat di mana-mana melainkan di sinilah tempatnya.

dengan hanya memandang kaabah pun kita sudah mendapat pahala ibadah. Alhamdulillah. Ada 5 perkara apabila kita menatap atau memandang akan mendapat pahala iaitu: 1. Al-Quran 2. Kaabah 3.Air Zam Zam 4. Ibubapa 5. Alam semulajadi dan orang alim

umat Islam menunaikan umrah ketika ini dah mcm musim haji. Alhamdulillah

masa ni tak ramai sangat......rasanya di awal pagi selepas subuh

di dalam Masjidil Haram


selepas solat subuh sementara menunggu untuk melakukan solat dhuha yang mana selepas solat aku akan sentiasa berada di pagar ini untuk melihat kaabah sambil berdoa.

ini tempat saie...

saie - berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Nampak tak lampu hijau pada gambar di atas....jemaah lelaki disunatkan berlari2 anak di kawasan tersebut.

tempat ni sejuk ajer...kita akan rasa relaks sangat

pastikan sentiasa memegang buku doa kerana setiap kali kita berada di kawasan tertentu ada doanya.


kawasan saie ini juga terletak dalam Masjidil Haram


pengalamaan yg tidak boleh dilupakan ketika pulang dari solat Jumaat.....penuh umat Islam dari segenap sudut. Pertama kali pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram

ni pulak jalan di tingkat dua.....menurun terus ke bawah.

apabila tengok suasana macam ni aku jadi seronok sebab seluruh umat Islam dari satu dunia berkumpul di sini. Macam2 jenis bangsa dari pelbagai negara kita boleh lihat. Seronok sangat melihat senario mcm ni. Pengalaman yg kita tak boleh jumpa di mana2 negara kecuali di tanah haram ini.


Aku nak berkongsi lagi pengalaman menarik ketika aku berada di tanah suci ini. Ada sekali tu aku pergi menukar wang Riyal di Money Changer. Aku sajer tukar utk standby kalau kena excess masa nak balik di airport nanti. Masalahnya kat sana....tak banyak tempat money changer. Pelik pulak. Nasib baik Ustaz tolong bgtau aku kat mana nak tukar. Masa ni aku tukar di pintu hadapan bangunan Bin Dawood ada satu Money Changer. Punyalah ramai orang masa ni. Untuk jemaah wanita ada satu lane ajer....yg lain semua lane utk jemaah lelaki. Dalam money changer tu kelam kabut betul...huru hara. Orang money changer tu sambil dia mengira duit aku...dia duk berbual dengan rakan sebelah. Akhirnya nak tau apa jadi?

Aku menukar RM300 dan sepatutnya dia bagi 360Riyal. Tetapi dia bagi aku 560Riyal. Masa tu aku dah keluar dari barisan....aku duk mengira duit aku...ehhh!!! kenapa berlebih ni? Ishhhh tak baik ambil duit yg bukan hak kita....depan Masjidil Haram pulak tu. Anytime Allah akan ambil hak kita pulak nanti. So, aku kembalikan duit yg lebih tu. Pak Arab tu pun tercengang-cengang. Aku terus blah. Kita kena jujur sebab itu bukan duit kita.

So, keesokan harinya nak dijadikan cerita. Aku mendapat rezeki lain yang tidak disangka-sangka dari seseorang atas sesuatu urusan. Aku tak boleh cerita di sini sebab ia satu amanah yang hanya aku sahaja yang tahu benda ni. Nilai yang aku dapat itu sama dengan nilai duit lebih yang aku pulangkan malam tadi masa tukar duit Riyal tu. Ya Allah....inilah agaknya ganjaran yg aku dapat. Syukur sangat rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Apa yang kita boleh pelajari di sini....kalau kita jujur atas apa jua keadaan...kita akan mendapat balasan kebaikan juga. Kalau kita niat tak baik di sana.....time tu juga kita akan mendapat balasan yg tidak baik jugak. So, kena hati-hati di sana. Berbanyakkan membuat kebaikan di sana. Jangan lupa selalu bersedekah....Insya Allah murah rezeki kita nanti. Kat sana ramai pekerja2 am masjid yg memakai baju biru dan hijau.....setiap hari bersedekah lah pada pekerja2 tu atau pada pengemis-pengemis yg ramai kat luar masjid tu. Rezeki kita takkan putus kalau kita selalu bersedekah. Jangan kedekut dengan rezeki yang ada.

ok...sambung lagi wahai kawan-kawan. Next entry Insya Allah entry terakhir ttg kembara umrah ini.


UPDATE:


Selasa, 11 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Part 5


Salam semua..


Bersambung lagi entry berikutnya. Kali ni aku nak update tentang satu lagi ziarah yang kami pergi.....kali ni nak pergi ke Masjid Hudaibiyah untuk bermiqot bagi sesiapa yang nak buat umrah lagi dan ke ladang unta. So, after Subuh kami bersiap di depan hotel untuk naik bas. Semasa di dalam bas, aku mengambil kesempatan mengambil gambar Kota Mekah. Aku perhatikan bangunan-bangunan dan penempatan di kota Madinah agak teratur berbanding di kota Mekah. Atas kajian aku sendiri mungkin disebabkan muka buminya yang berbeza. Kota Madinah bentuk muka buminya agaknya rata dan mendatar berbanding di Kota Mekah yang berbukit bukau penuh dengan batu batan. Sebab itu kita boleh lihat di Mekah ni kebanyakannya rumah penempatan di sini di celah-celah dan atas bukit dan kena mendaki agak tinggi juga.
Menurut mutawif yang menetap di sini....ikutkan kalau duduk lama di sini memang sangat boring sebab permandangan di kelilingi oleh batu batan, bukit dan padang pasir....memang permandangan tak indah sungguh tanpa pokok-pokok kehijauan dan laut yg kebiruan. Tetapi bila mengenangkan baitullah yg sentiasa dekat di hati...menyebabkan para mutawif di sana boleh kekal tinggal lama di sana. 

beginilah keadaan rumah di kota Mekah

kat sini ada banyak terowong bawah bukit.....

lihatlah penempatan rumah mereka......kena mendaki jauh dan agak tidak teratur. Sebab itu sekarang kerajaan Saudi sakan merobohkan kawasan-kawasan tertentu dan membina semula pembangunan yg lebih teratur dan selesa.

Masjid Hudaibiyah untuk bermiqot

Masjid ini terletak di daerah Al-Hudaibiyah yaitu daerah yang berada di perjalanan antara Makkah ke Jeddah. Jaraknya kurang lebih 25 km dari Masjidil Haram. Daerah itu sekarang dikenal dengan nama daerah Al-Syumaisyi. Dinamakan Hudaibiah karena berasal dari nama seorang laki-laki menggali sumur di tempat tersebut, kemudian dinisbatkan daerah itu kepadanya dan diberi nama dengan nama daerah Hudaibiah begitu pula sumurnya. Di dekat sumur terdapat pohon yang cukup rindang, namanya pohon Hadba’.

Di tempat inilah dan di bawah pohon telah terjadi bai’at, tepatnya pada tahun 7 H. Bai’ait ini disebut juga dengan bai’at al-Ridhwan yang dilakukan Rasulallah saw di bawah pohon. Diriwayatkan bahwa Rasulallah saw mengundang orang orang Islam yang bilangannya pada saat itu kurang lebih 1400 orang untuk berbuat bai’ait kepada Rasulallah saw di daerah Hudaibiyah, dan bai’at ini terjadi  di bawah pohon sebagai mana tertera dalam Al-Quran surat al-Fath:18
Ù„َّÙ‚َدْ رَضِÙŠَ اللَّÙ‡ُ عَÙ†ِ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِينَ Ø¥ِØ°ْ ÙŠُبَايِعُونَÙƒَ تَØ­ْتَ الشَّجَ
”Sesungguhnya Allah telah rida terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon”
Di daerah ini pula dan di tahun yang sama telah terjadi perdamaian antara Rasulallah saw dengan orang orang kafir Makkah selama 10 tahun. Yang menulis perjanjian perdamaian pada waktu itu adalah Imam Ali bin Abi thalib ra. Setelah perdamaian berjalan selama 2 tahun, orang orang kafir Makkah melanggar perjanjian trb. Perdamaian ini terkenal dengan nama perdamaian Hudaibiyah.


ini pulak ialah tapak lama Masjid Hudaibiyah (terletak di belakang masjid pada gambar di atas). Cuba tengok batu-batan bangunan ini masih berdiri kukuh - sejak zaman Rasululluh.

ramai pulak yg duk menulis sesuatu pada batu tapak bangunan ini. Ajaran mana tu aku pun tak tahu.



aku suka pic ini...ketika seorang warga Turki bersolat di kawasan tapak lama Masjid Hudaibiyah

lepas jemaah bermiqot di Masjid Hudaibiyah.....bas bergerak ke ladang unta pulak. Alahai mcm malas ajer unta ni.


 
 mari kita bergambar dengan unta......adohai busuknya unta ni tak mandi.



bergambar dengan Mr Hubby tercinta

tempat tidur pengembala unta....

nampak tak tempat berkumpul tu....dorang tengah membeli air susu unta



susu unta yg fresh dari ladang. bagi yang nak beli, dorang akan letak dalam botol. so, masa berbuka baru ler boleh rase...
aku tak beli pun susu unta ni sbb tengok pun dah takde selera. Pakcik aku jer yang beli. Katanya takde rase apa-apa pun....macam air sejuk jer....cuma yang aku dengar orang bagitahu, susu ni bagus kalau kita ada asma atau lelah sebagai ubat. betul atau tak, aku tak pasti la pulak.

ok stop dulu....sambung lagi esok.


UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Kota Mekah (Part 6)

Isnin, 10 September 2012

Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz : MUARA HATI


Assalamualaikum...

Tak tahu nak update apa entry hari ni sebenarnya....huhuhuhu
Okeylah....disebabkan penangan cerita Adam & Hawa yang tengah meletop kat Astro sekarang ni, aku tersuka pulak dengar lagu Muara Hati Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz ni. Bagi aku yang bukanlah seorang fanatik dengan muzik2 ni, aku sendiri tak pasti kenapa aku suka dengar lagu ni...kejap rase lagu ni sedih, kejap macam biasa je tapi muzik dia yang best....apa2 pun, kita layan jelah video ni....


 


Lirik Muara Hati – Dato Siti Nurhaliza & Hafiz

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..





Ahad, 9 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Part 4


Salam semua..


Bersambung lagi. Panjang sangat entry tentang Kota Mekah ni kan??. Almaklumlah stay kat sana hampir 2 minggu....so macam-macam aktiviti ibadah kami kat sana. Tujuan aku update entry ni untuk sama-sama berkongsi pengalaman dengan sesapa yang belum pernah menunaikan umrah dan di samping itu mengajak kawan-kawan semua tanam keinginan untuk sampai ke sana dan beribadah di sana. Ada yg bagitau aku....ada yang belum terbuka hati ke sana....alasannya belum sampai seru. Tak boleh cakap mcm tu.....bila bab-bab ibadah takkan nak tunggu sampai seru kot. Kalau gi US, Europe, London, sydney ......boleh plak sampai seru ehhh. Kalau ada duit lebih, rezeki lebih...cepat-cepat ler register kat travel agency buat umrah atau haji. InsyaAllah satu jer keinginan aku yang belum kesampaian iaitu menunaikan Haji rukun Islam ke lima.
Ok kali ni aku nak citer pasal shopping di sana plak. Cuma satu yang aku nak ingatkan kepada jemaah-jemaah yang hendak ke sana. Tanamkan niat datang tanah haram untuk memperbanyakkan ibadah dan jangan pulak tanamkan niat nak shopping semata-mata. Kalau niat kita dah salah......nanti sampai sana asik nak shopping ajer setiap masa. Sehinggakan nak gi solat kat masjid pun liat.....dalam hati kata ahhh solat di bilik jelah. Jangan mcm tu yea. Rugi rasanya kalau datang sana tapi bersolat di bilik ajer. Satu lagi....jangan asik gi shopping sampai kepenatan...lepas tu nak gi masjid pun dah tak larat. 

ini ialah tempat diraja kat sebelah masjidil haram

 masa ni lepas balik solat subuh.....cuaca memang agak sejuk...banyak pulak merpati kat tepi jalan ni


sangat merindui tempat ini dan rindu nak solat di sini

lakaran peta Masjidil Haram. Pastikan dari hotel masuk ke pintu nombor apa...supaya senang masa nak keluar dari masjid. Jika tersilap pintu...anda akan keluar di tempat lain..... tak mustahil boleh sesat. Mohon pada Allah supaya dipermudahkan beribadah di sini. Masa di dalam masjid ambil peluang meneroka di segenap sudut masjid....timba pengalaman. Alhamdulillah, sepanjang kat sana tak pernah lagi kami tersesat pintu masuk ataupun pintu keluar.

bangunan hotel pencakar langit di kawasan berdekatan Masjidil Haram

di hadapan pintu Abdul Aziz ini ialah bangunan Al-Safwah....bawah tempat shopping dan atas ialah hotel

Al-Safwah

di hadapan ni punyalah ramai peniaga kaki lima

Gambar ni diambil waktu lepas solat subuh di kaki lima jalan dari Masjidil Haram menuju ke hotel aku tinggal. Kebanyakan dorang ni ialah penduduk tanpa sah di sini...dorang ni meniaga curi-curi jer. Kalau polis ada kat situ....jangan harap dorang dapat meniaga. Ada sekali aku nampak ada yg kena tangkap semasa dorang sibuk meniaga sebab tanpa disedari polis datang.

tidak dinafikan harga yg dijual di sini lebih murah berbanding beli dalam shopping complex

Ni dalam menara Safwah.
 segala jenis dan jenama jam ada di sini. Aku sempat tengok jam Guess dengan harga 500riyal (RM425). Kalau di KL harganya ialah RM550. Murah weiiii....tetapi dengan syarat kena pandai tawar menawar. Dorang akan letak harga sangat tinggi....jadi pandai2 lah kita nak tawar hingga berapa. Pastikan anda tahu berapa harga jam tu di Malaysia. Jam yg berharga beribu2 pun banyak. Jangan risau....semuanya adalah dijamin original. Perfume dan minyak attar pun melambak2....

kedai2 dalam ni terlalu banyak. idak ler sempat kami nak jelajah semua.
penjual di sini ramai warga asing yang pandai cakap Melayu.....tetapi taukehnya ialah orang Arab

Sepanjang berada kat sini bulan puasa, kita kena pandai2 ler susun masa. Jangan asik memerap dalam bilik jer. Aku biasanya akan ambil kesempatan lepas subuh dan selepas zohor untuk merayap2 sekejap sekitar Masjidil Haram dan Menara Safwah biasanya sebelah petang. Lepas tu ke masjid semula untuk baca quran sementara masuk waktu solat. Keluar selepas asar dan solat magrib serta terawih di dataran. Terawih pulak biasanya kami buat 8 rakaat jer sebab lepas tu boleh rehatkan badan sekejap sementara nak solat tahajud malamnyer pulak. Kalau tak pandai arrange masa mmg flat ler badan korang jawabnyer.

ok aku stop dulu....sambung lagi esok.


UPDATE:

Baca sini -->> Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Kota Mekah (Part 5)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...