SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 29 Oktober 2013

Tahniah Fizo Omar & Mawar


Salam semua..

Semua orang dah tahu bertapa bertuahnya si cantik manis, Mawar menerima lamaran romantik dari pelakon kacak Fizo Omar di dalam sebuah panggung wayang semalam. 
Pasangan ini dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 10 November ini.
Tahniah buat pasangan ni.

sumber gambar : oh artis


                               


p/s:  Walau macam manapun, kita ni ada budaya dan adat resam. Janganlah di ikut sangat dengan budaya Barat macam nie. Kalau nak rasa kemanisan dalam percintaan dan perkahwinan, ikutlah cara Islam budaya kita. bukan terikut-ikut budaya barat dan budaya asing.



Jumaat, 25 Oktober 2013

Korang nak duit tak??


Salam semua...

macam surprise je soklan kan?? dalam dunia sekarang ni sape yang tak nak duit kan?? 

Pernah tak korang berada di dalam situasi ni??...."dah gaji, alhamdulillah pastu tolak itu tolak ini tinggal brapa je..kena buat sesuatu ni"

Rata-rata antara kita ni buat part time untuk dapat duit lebih.  Kalau zaman dulu, orang buat part-time kena keluar rumah lepas kerja, balik rumah lewat- lewat malam. Tinggal keluarga, tinggal anak-anak. Kengkadang tu sampai anak pun dah tak kenal rupa, pagi esoknya pergi kerja lagi. 
Lepas kerja, pergi jumpa- jumpa orang pulak. 

Tapi sekarang ni kita dah ada cara baru. Kita buat extra income hanya daripada bilik tidur sahaja pun boleh. Menggunakan prasarana IT yang semakin pesat, amatlah merugikan kepada mereka yang tidak menggunakan peluang ni untuk tambah income. Selain daripada dapat duit, dapat free trip pulak.
  Tahun ini dah bagi Free Trip Australia, tahun depan 2014 bagi Free Trip Bali + wang saku 500 ringgit !!! 



Nak tahu macamana aku buat? Taadddaaa...



Kalau kita tak join pun, memang kita pakai handphone, duit habis jugak, daripada pakai handphone tak dapat apa-apa, lebih baik pakai handphone dapat duit. Cuba fikirkan berapa ramai ahli keluarga kita yang pakai handphone, rakan karib kita yang pakai handphone, rakan sekerja pakai handphone, berapa pulak duit yang mereka keluarkan setiap bulan hanya untuk beli prepaid atau bayar bil telpon.
Kesemua mereka ini merupakan bakal pelanggan kita.

Tapi kena ingat...kita bukan jual TOP-UP ye....kita cuma agen SIM KAD jer. Kita jual sim kad tapi bila orang top-up kita dapat komisen...

Nak tahu lebih lanjut boleh tengok sini --->> DUIT SAMPINGAN
atau pm kat FB aku YUSLINA ataupun boleh terus jer call/ sms aku kat no ni-->> 01118540632

aku dah dapat....korang bila pulak???
tepuk dada, tanya selera.....keje senang tapi income lumayan..



Kejadian malam tadi..


Salam semua..


Semua orang2 Kuantan sedia maklum tentang program malam tadi sempena Sambutan Keputeraan sultan pahang. So, kita layan gambar2 dari teman2 yang pergi ke Taman Esplanade malam tadi.











p/s: walau cantik macam mana sekalipun, aku x sanggup bersesak dengan orang ramai....dah ler jem giler...huhuhu





Khamis, 24 Oktober 2013

Daulat Tuanku..


Salam semua..


Malam ni ramai2 penduduk kuantan berkumpul di Esplanade untuk melihat kemeriahan pertunjukkan bunga api berirama sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.
Dirgahayu tuanku,semoga Allah panjangkan umur tuanku.....Amin


Pegawai Ambank Mati Di Bilik Kebal Ambank Subang Jaya. Kejam!


Salam semua..

Pagi2 lagi hari ni dah dikejutkan dengan berita kekejaman manusia. Norazita Binti Abu Talib telah menjadi mangsa seterusnya kekejaman & kerakusan manusia yang tidak berhati perut.  Harapkan pagar, pagar makan padi. Sedih…sedih itu yang mampu aku ungkapkan melihatkan seorang wanita yang semestinya mempunyai anak2 yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu diperlakukan sebegini rupa…

 arwah dikatakan di tembak dari jarak dekat mengakibatkan kepala kirinya bersepai.

sumber gambar: Mazidul Akmal
suspek utama , Ardi Hamza, 37 tahun dikatakan berasal dari Tawau, Sabah

 sumber gambar: utusan online

 Aku harap kerajaan JANGANLAH PANDANG kes-kes seperti ini sebelah mata sahaja lagi. Kelihatan rakyat sudah terlalu terdesak sehingga sanggup membunuh untuk mendapatkan wang.
 

  P/S: Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un, & salam takziah kepada keluarga mangsa.



Rabu, 23 Oktober 2013

Cameron Highlands di landa banjir dahsyat....


Salam semua..

Nampaknya negeri pantai timur sekarang ni dah tiba ke musim tengkujuh. Setiap petang hujan lebat sesangat.
Hari ni dapat berita cameron highlands pulak dilanda banjir teruk.
Bila bumi bersuara.....Allahuakbar!! tiada yg mustahil bila Allah mahu tunjukkn kuasaNya...
semoga kita semua nampak hikmah disebalik kejadian ni....dunia sudah kepenatan menanggung bala bencana yg kita buat.













Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha


Salam semua...
punye lah lama x hapdet blog ni...hahahaha
kesibukan yang teramat sangat menyebabkan blog ni terabai buat seketika.
nnti aku update semula segala aktiviti yang dah ter"miss" sepanjang kesibukan aku tu dalam blog.


Salam aidiladha untuk semua.




Selasa, 25 Jun 2013

Berakhir sudah derita Angah pada hari Nifsu Syaaban


Salam semua...

 Angah dalam ingatan kami semua

Angah bersama Along n Sara

Salam takziah buat sahabat kami saudara Khairulnizam Mohd Noor dan keluarga adik Muhammad Amin Fahmi atau Angah yang telah kembali menemui pencipta pada hari Nisfu Syaaban, pukul 3.45 petang semalam setelah menderita kanser sejak berusia 2 tahun. Aku telah mengikuti perkembangan turun naik kesihatan penghuni syurga ini sejak 3 tahun lalu sebelum doktor mengesahkan tiada lagi harapan untuk menyembuhkan Angah mulai 32 hari yang lepas. Sesungguhnya anak kecil ini begitu kuat dan tabah mengharungi kesakitan. Mulut anak ini tak henti-henti menyebut zikir dalam kesakitan sepanjang masa. Kesakitan yang ditanggungnya sememangnya amat perit, tak boleh dibayangkan oleh kita. Permata ini akan menanti ibu bapanya dipintu Syurga. Kasih sayang dari semua yang mengikuti perkembangannya akan sentiasa bersamamu duhai anak. Dalam setiap ingatan kami padamu akan sentiasa kami iringi bacaan Surah Yassin dan Al-Fatihah walaupun kami tiada pertalian persaudaraan. Kekuatanmu, senyumanmu & mulut yang tak berhenti dari zikir akan sentiasa kekal dalam ingatan diri kami. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kasih sayang dan rahmatMu, Angah pergi dengan senyuman. Berakhir sudah segala penderitaan yang ditanggungnya. Allah lebih menyayangi Angah.
 

 penghuni syurga yang pergi dengan senyuman.


Pesanan ayah Angah untuk semua:-




# terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan keluarga ahli syurga yang sangat kuat dan tabah menghadapi ujianMu. Ingatanku kepada Angah tetap di hati selamanya. 





Jumaat, 14 Jun 2013

Sama-sama doakan keajaiban untuk Angah..


Salam semua..

ANGAH.....satu nama yang cukup menyentuh perasaan bagi sesiapa sahaja yang mengikuti kisah penderitaan si anak kecil ini. Aku mengenali dan mengikuti perkembangan Angah yang di update ayahnya setiap hari melalui FB. Walaupun tidak pernah bersua muka namun hubungan di alam maya dirasakan seperti keluarga sendiri bermula dari episod duka Angah mengidap kanser sejak berumur 2 tahun dan apabila dubur Angah terpaksa di operate akibat jangkitan. Sejak itu, kisah Angah sering aku ikuti perkembangannya.

Angah yang comel




Namun, sejak minggu lalu setiap kali membaca status mengenai Angah, air mata ini pasti gugur.
Allahurobbi....sedih sangat apabila mendapat berita tentang Angah (MUHAMMAD AMIN FAHMI)....walaupun bukan darah daging @ pertalian saudara tapi kami semua yang mengikuti perkembangannya sangat menyayangi angah.....harapan kami semua terlalu tinggi untuk melihat angah sembuh tapi itu semua kuasa ALLAH....hanya ALLAH sahaja Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk angah....
  

 status yang di update oleh ayah Angah pada 12.06.2012 (hari ke 20 setelah kanser Angah disahkan tidak boleh diubati oleh doktor)

 sambungan status ayah Angah hari yang sama
 
kepada sesiapa yang terbaca entry ini diharap dapat mendoakan kesihatan adik Amin Fahmi (Angah)..semoga ada keajaiban akan berlaku walaupun doktor telah mengesahkan adik Mohd Amin Fahmi sudah tiada masa lagi ketika ini...kanser yang dihidapinya telah mula memusnahkan organ2 dalaman Angah. Saat ini dia sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak berumur 2 tahun......Air mata aku ni tetap deras mengalir setiap kali membaca post2 dan gambar Angah walaupun tak pernah bersua muka. Perasaan sayang dan kasih pada mujahid syurga ni hadir sejak mngikuti FB ibu dan ayahnya yang begitu kuat dan tabah. 
 
Semoga berlaku keajaiban anugerah Allah buat ANGAH! Ya Allah....selamatkanlah Angah dalam perjuangannya melawan KANSER! Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk Angah. Dah tak tertahan rasanya melihat penderitaan Angah.


 status terkini Angah sehingga entry ini ditulis.


 # untuk makluman, Angah kini berusia 6 tahun. In a sad mood....:(

Rabu, 8 Mei 2013

Wordless Wednesday #3


Salam semua...




# hanya ini hadiah yang termampu diberikan....harap2 tidak mengecewakan..
hadiah dari warga Randel untuk Ustaz muda kami...



Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Kita Tetap Rumah Kita..


Salam semua...

mari kita ambil sedikit pengajaran dari episode beberapa bulan kebelakangan ini. Episode sedih dimana kita sudah berpecah belah dalam 3 arah berlainan. Rumah ini rumah kita, jangan bagi orang lain jajah.

Marilah kita kembali bersatu demi anak cucu kita. Jika kita masih tidak boleh duduk semeja, tak kan ke mana pejuangan kita ini. Kita sama sama buang pekong-pekong dan nangka2 busuk di atas, tak kira dari parti mana kita. Kita humban mereka dalam laut.

Kita mahu lihat pemimpin-pemimpin muda yang boleh sama-sama jaga rumah kita agar tidak ada orang yang boleh curi makanan kita. Mereka datang dengan baik dan ikhlas, kita layan, mereka gigit tangan kita, kita hunus pedang.

Apa pun keputusan malam ini, hulurlah tangan tanda redha, tanda syukur, bersalaman dengan tekad, mahu jaga rumah kita... RUMAH KITA TETAP RUMAH KITA.
 
 

Tamat sudah tempoh mengundi...tunggu keputusan pulak



Salam semua...
Undi telahpun tamat dan pengiraan undi sedang berlangsung. Waktu kempen penyokong sudah tidak bermakna lagi. Apa jua keputusan, aku seru sahabat-sahabat untuk menerima dengan hati yang terbuka.

Jadilah insan yang mendamaikan dan bukan insan yang memburukkan keadaan. Firman Allah SWT;

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

(Al-Hujuraat 49:10)

Siapa jua pemenangnya, janji yang ditabur ketika masa berkempen harus ditunaikan dan jikalau gagal, maka mereka dan kita akan dipertanggungjawabkan. Mereka dipertanggungjawabkan kerana gagal menunaikan janji manakala kita dipertanggungjawabkan kerana berkempen bagi pihak mereka dan gagal mengingatkan mereka akan janji manis itu. Firman Allah SWT;

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

(As-Saff 61:2)

Apa-apapun, jagalah ukhwah sesama kita dan usah mula atau layan sebarang provokasi. Jikalau parti sokongan kita kalah, ingatlah bahawa hidup ini adalah ujian. Sekarang, marilah kita rapatkan ukhwah dan memajukan Islam bersama bakal pemimpin baru kita baik dari BN mahupun PR.
  
                                                                             sumber gambar: google

Mari pergi mengundi...


Salam semua...

AWAL PAGI PRU13 .... Bertukar kah nasib kita rakyat yang marhaen hari ini ? Kita tunggu jam 12 malam nanti...




Hari ni rakyat berbilang kaum keluar mengundi untuk tentukan masa depan Negara. Satu Undi Satu Harapan.

Hari ini, kami rakyat bersesak-sesak bukan untuk kamu mendapat pangkat, harta atau bela ibubapa kamu, tapi kami bersusah payah untuk kamu mula bekerja untuk kami. Jadi pastikan kamu menjalankan tanggungjawab setelah kami memilih kamu.

Hari ini, kami sudah buat apa yang perlu. Sekarang masa untuk kamu kotakan janji kamu, untuk kami. Undi kami bukan untuk kamu senyum lebar, bangga dan bongkak. Undi kami tanda mula kerja kamu untuk masa depan kami dan anak cucu.
  
Aku dah tunaikan tanggungjawab hari ni. Korang macam mana pulak?? Kita doakan yang terbaik akan menang...




Isnin, 22 April 2013

Takziah untuk Kak Niza


Salam semua...

Pagi ni aku dan rakan pejabat dikejutkan dengan kematian ibu kak niza....arwah meninggal akibat jangkitan kuman selepas pembedahan jantung kerana buah pinggang arwah tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi hari ni aku dan teman2 pejabat sempat meluangkan masa melawat kak niza dan keluarga serta menghantar jenazah sehingga ke tanah perkuburan.

Untuk kak niza, salam takziah dan redhakan arwah pergi. Mudah-mudahan dapat bertemu kembali di akhirat nanti. Buat yag masih hidup ni kenalah teruskan perjuangan di muka bumi. 

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.
Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"


 sumber gambar: google

Sabtu, 20 April 2013

Alhamdulillah...menjadi lagi kali ni...


Salam

Actually takde yang menarik nak direkodkan kali ni...tak tahu nak buat entry apa. Macam dah hilang ide nak menulis akibat badan yang selalu je keletihan sekarang ni....maybe banyak keje nak kena settle kat opis. Kali ni aku nak citer sikit pasal buah mangga yang en. somi aku tanam depan rumah tu. En. somi aku ler yang rajin menjaga dan membaja pokok tu...aku tahu makan jerrr...hukhukhuk


ni buah mangga depan porch rumah aku....eeerrrmmm menjadi lagik rupanya buah mangga ni tahun ni. Last year ingat dah takde buah tahun ni sebab pokok mcm di makan ulat lepas berbuah lebat tahun lepas. Nampaknya tahun ni masih ada rezeki untuk jiran-jiran aku lagi...sama-samalah dapat merasa buah mangga yang besar ni yek.

Tahun lepas buah-buahnya sebesar buah betik dalam anggaran 1.5kg sebiji...tahun ni pun lebih kurang macam tu jugak ler nampaknyer....alhamdulillah walaupun tak selebat tahun lepas buahnyer...



Isnin, 15 April 2013

Simple Birthday Party untuk Siti & Emma...


Salam semua...

Hari ni sempat lah aku meraikan hari lahir staf kat pejabat tu...majlis yang simple jer sebab last minit planning tapi sampai menangis si Siti tu sebab kejutan yang kami buat untuk dia.....hahahaha
Kelakar pun ada sebenarnya. Tengah hari tadi dia belanja kami semua makan nasi beriani tapi waktu tu sebenarnya kami dah ada kek untuk dia....cuma semua buat2 tak tahu jer...
Petang tadi dalam pukul 5 kengkonon ajak makan goreng pisang kat pantry....then, SURPRISE...ada kek ko kat atas meja...mana tak menangis minah tu yang memang terkenal dengan air mata....hukhukhuk..

 terkezut puan siti kita masa nih....hihihi

 surprise moist cake yang sempat kami beli

besday gurl hari ni....siti n emma

nasib baik tak nampak mata yang merah tu yek....huhuhuhu

si nomie ni akan ada kat mana2 majlis....penambah seri minah ni...sepi kalau dia takde


sebahagian staf je ni sebenarnya...


ini??? tak tahu pulak status nyer...wkakakakka

model SF Beauty sebenarnya....kihkihkih


untuk Siti dan Emma,

semoga Allah memberkati diri kalian berdua, keluarga serta kehidupan kalian
semoga Allah mengampunkan dosa2 kamu berdua, menerima segala amal ibadah kamu memperkenankan doa-doa kamu, melapangkan dada kamu, menenangkan fikiran kamu
menajamkan akal fikiran kamu, mententeramkan jiwa kamu, menyucikan rohani kamu
semoga Allah mengurniakan kamu dengan barakah dan maghfirahNya.
semoga Allah menjadikan kamu orang yang cemerlang di dunia dan akhirat
semoga Allah mencintaimu lebih dari kamu mencintai keluarga kamu
semoga Allah menunjukkan jalan kemudahan atas setiap kesusahan kamu
semoga Allah mengurniakan kamu suami dan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pendingin mata dan penyejuk hati kamu.
semoga Allah mengumpulkan kamu dan memberi naungan kepada kamu di akhirat kelak 
kerana berkumpulnya kamu dan berpisahnya kamu kerana kecintaan kepadaNya.

Aminn.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...