SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 15 Januari 2013

Fenomena LISTEN - Syarifah - Bawani.


Salam...

Entry kali ini adalah sekadar pandangan peribadi aku terhadap Fenomena LISTEN yang melanda kita sekarang ni. Terpulang pada korang yang baca untuk setuju atau tidak.

Isunya adalah kononnya mahasiswa Bawani dimalukan dikhalayak ramai oleh Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) Puan Sharifah Zohra setelah berlaku sedikit debat.


Ini kononnya kenyataan dari wakil UUM 

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.






3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.

Tapi macam mana pulak dengan kenyataan di bawah ini:






Siapa Bawani???
Boleh rujuk kat SINI
menurut sumber, Mahasiswa bernama Bawani adalah pembangkang dalam UUM. maklumat lanjut korang baca sendiri kat link tu...




dan

dalam situasi berkenaan, kita tak tahu yang mana benar, yang mana salah....bermacam versi kita dengar. Adakah dengan berpandukan video dan gambar kita dah boleh buat kesimpulan??
Pada aku pulak, memang bagus untuk tampil menyokong. Tapi janganlah sampai melampau. Tak berapa cool pulak bila tengok certain pages dan blog yang create animasi/ dialog/ status/ gambar yang memalukan balik Puan Syarifah tu. Kalau nak tegur, guna medium yang betul. Pakat jagalah maruah dia even memang dia yang bersalah. Tak perlu nak troll dia over sangat. Silap haribulan, korang pulak yang kena LISTEN!! Molek kiranya andai pihak-pihak berautoriti/ front2 yang ada sediakan ruang, buka medan diskusi/ debat seluas-luasnya untuk sama-sama LISTEN dia berhujah. Tak semua sisi yang ada pada dia salah. Rugi kita kalau pandang isu ini dari 1 aspek jer. Tak salah kalau kita cedok ilmu-ilmu yang dia ada. 
Anyway, thumbs up to Bawani K.S yang berjaya alih perhatian rakyat daripada HKR 112 & adegan puji memuji laba daripada polis-BN-PR-Najib. Jangan lupa update yourself kes pergantungan kerja En. Azrul Azwar Ahmad Tajuddin. Sistem ekonomi yang baik datangnya daripada sistem sosial yang baik. In before, political based definitely kena bersih dulu. So, fight for your right!

Adab bertelagah jangan melampau.
Adab mengkritik jangan sampai mencerca.
Adab berdakwah jangan berkasar.
Adab menilai jangan bias.

# beringat sebelum nak menghina org lain..




Rabu, 2 Januari 2013

Yeeaahhaaaa.......Back to School


Salam semua...

Hari ni mak ayah sume sibuk sebab anak-anak dah kembali ke sekolah.
Tak ketinggalan juga dengan aku. Amirrul pun start sekolah hari ni...still kat sekolah yang sama tapi dah masuk kelas 5 tahun pulak..
Kat luar rumah, pagi2 lagi dah bising bebudak tunggu bas sekolah. Xcited sungguh dorang walaupun hujan hari pertama sekolah ni. Sume bersemangat nak pegi sekolah terutama yang baru masuk sekolah...confirm ada yang sampai tak lena tido gara2 nak g sekolah dan pakai baju sekolah baru. Teringat pulak zaman aku dulu2.

Hari pertama di Tadika Seri Permata Gemilang hari ni, pelbagai gelagat dapat aku lihat. 
Haru biru pun ada tapi cikgu2 tetap tabah melayan....
 untuk anak2 semua, tinggalkan 2012 yang penuh dengan pengajaran, jadikan 2013 penuh dengan keazaman dan kejayaan.

 gambar kabur sebab henpon aku sejuk....kuikuikui
My boboi bergaya dengan beg baru.....kalau koyak jugak beg ni tak tahu ler aku...

 xcited nak gi sekolah....7.30 pagi dah siap..

tahun ni saya pakai kasut hitam ye kengkawan....

 cousin Amirrul merangkap kembarnya pun dah start sekolah tahun ni....all the best Harith

 sama tak macam Amirrul??? cuma sekarang ni Amirrul dah kurus...Harith je still maintain.
For sure Harith xcited sesangat hari ni...hihihi
 
 Dalam dok bercerita ngan sahabat2 tentang kegembiraan menghantar anak2 ke sekolah hari ni, teringat sorang kawan berkata....dia hantar anaknya ke satu sekolah Tadika Islam kat kawasan ni...
Cuma yang tak best hari ini satu pemandangan yang ganjil dapat dilihat jugak, si ibu antar anak ke tadika Islam, sekolah agama, tapi si ibu tidak bertudung....pakaian pulak tu seksi sesangat!! Kesian anak dia....malu bila ramai orang dok memandang si ibu.
 eerrrmmm...kata kawan aku, mungkin si ibu mengharapkan anak masuk syurga tapi membiarkan diri sendiri ke lembah dan jurang neraka pulak!! 
dunia akhir zaman...

Pada pendapat aku, kita doakan saja semoga si anak itu akan "mendidik ibunya". 
Walaupun dirinya begitu, ada secebis "iman" untuk mungkin melihat anaknya tidak menjadi seperti dirinya. Mungkin si ibu inginkan anak yang soleh/ solehah, yang akan mendoakannya bila dia mati. siapa tahu dalam hatinya terdetik rasa ingin berubah, tapi dia tidak tahu bagaimana. 
Kita tidak layak untuk menghukum.



Selasa, 1 Januari 2013

Welcome 2013


Salam semua..

Pergi ke pasar membeli serai,
Pergi bersama haji jabar,
2012 sudah melabuhkan tirai,
2013 pulak menjelang tiba.

Biar bergaya walaupun papa,
Itulah trend orang sekarang,
Azam yangg lepas buat-buat lupa,
Tengah dok pikir azam ape lak yang nak datang.

Pergi menoreh sambil memburu,
Memburu bersama si tokey cina,
Selamat menyambut tahun baru,
Moga ianya memberi seribu makna.
 
semoga tahun 2013 lebih baik dan Allah Permudahkan segala urusan kita semua
...aminn...
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...