SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 4 Februari 2013

Politik oh Politik!! Cukup-cukup Sudah...


Salam semua..


Sekarang ni kalau kita tengok kat page-page berkisar tentang politik dalam FB isu RM2,000,000 dibayar untuk PSY-Gangnam Style. Kesian jugak kengkadang tu. Ini pun boleh dijadikan modal jugak. Menurut kawan cina aku yang terlibat dengan program tu, yang sponsor tu adalah syarikat korporat, company Cina ni memang duit banyak. Yang datang tu nanti orang MCA, DAP dan semua yang berbangsa Cina, jadi, kenapa orang2 kita ni nak politikkan? Haiyoo..

Boleh ke orang yang berkata-kata serta mencaci tu keluar bukti resit Barisan Nasional bayar kepada artis tersebut dengan jumlah yang didakwa?? Malu aku dengan kawan cina aku tu. Ini ke yang kita perlu tunjuk pada kaum lain??? Orang-orang melayu yang suka caci mencaci satu sama lain??

Menurut kawan aku tu, Syarikat Mega Ultimate yang menjadi sponsor kepada program sempena Tahun Baru Cina yang akan membawa PSY-Gangnam Style di Penang. Syarikat ini dah selalu buat event yang bertaraf antarabangsa dimana sentiasa membawa artis dari korea, hong kong untuk konsert, event dan mendapat sponsorship daripada Magnum, Toto, Loteri dan sebagainya.

Pelik....Yang kita orang Melayu nak mempersoalkan cara sambutan mereka ni kenapa? Kalau rasa tak perlu datang atau katakan melalaikan tak payah datang. Kita hormati kaum lain untuk menyambut Tahun Baru mereka dengan cara mereka. Sejak bila kita mempersoalkannya? Sejak bila ada artis kpop datang, artis hongkong datang Malaysia selama ni buat konsert di Sunway, Genting
tak pernah dipersoalkan?

Yang lebih sedihnya bila tengok orang-orang melayu kita ni bergaduh sesama sendiri mempertahankan pendirian politik masing-masing. Tak terpikir ke kita yang bangsa lain di luar sana ketawa terbahak-bahak melihat gelagat orang-orang kita bergaduh sesama sendiri??? 

Pada aku sebenarnya, takde ape yang kita nak heran kan bila BN penang (MCA) nak bawak PSY buat show kat sana. Bukan ke sempena Chinese New Year.....kalau chinese nak jemput Pussy Cat Doll or artis seksi pun buat apa kita nak kisah sebab kita tahu dorang agama apa. Lagipun sempena chinese new year.....lagipun, dorang tak guna duit rakyat pun seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Dorang guna duit sendiri....duit judi dsbnya....lain la kalau jemput PSY time nak buat majlis maulud atau apa-apa majlis agama kita...masa tu, kalau kita nak pertikaikan pun dah pasti tak jadi masalah...
Tapi biasalah kan...mainan orang2 politik...tambah2 dah dekat PRU. So apa2 saja yg boleh dibuat isu akan di highlight kan. Infact, anjing mati tergolek tgh jalan pun akan dijadikan isu. Tak percaya tengokkan aje..Poyo betul mentaliti!

# MCA, DAP dan parti politik bangsa cina lain boleh bersatu dalam satu program besar anjuran bersama, kenapa tidak orang melayu kita??? UMNO, BN, PAS dan PKR bila lagi??? tak malu ke kita?? caci mencaci sesama sendiri dah jadi sebutan dibibir mulut golongan yang fanatik politik ni...fikir-fikir kan lah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...