SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 8 Mei 2013

Wordless Wednesday #3


Salam semua...




# hanya ini hadiah yang termampu diberikan....harap2 tidak mengecewakan..
hadiah dari warga Randel untuk Ustaz muda kami...



Ahad, 5 Mei 2013

Rumah Kita Tetap Rumah Kita..


Salam semua...

mari kita ambil sedikit pengajaran dari episode beberapa bulan kebelakangan ini. Episode sedih dimana kita sudah berpecah belah dalam 3 arah berlainan. Rumah ini rumah kita, jangan bagi orang lain jajah.

Marilah kita kembali bersatu demi anak cucu kita. Jika kita masih tidak boleh duduk semeja, tak kan ke mana pejuangan kita ini. Kita sama sama buang pekong-pekong dan nangka2 busuk di atas, tak kira dari parti mana kita. Kita humban mereka dalam laut.

Kita mahu lihat pemimpin-pemimpin muda yang boleh sama-sama jaga rumah kita agar tidak ada orang yang boleh curi makanan kita. Mereka datang dengan baik dan ikhlas, kita layan, mereka gigit tangan kita, kita hunus pedang.

Apa pun keputusan malam ini, hulurlah tangan tanda redha, tanda syukur, bersalaman dengan tekad, mahu jaga rumah kita... RUMAH KITA TETAP RUMAH KITA.
 
 

Tamat sudah tempoh mengundi...tunggu keputusan pulak



Salam semua...
Undi telahpun tamat dan pengiraan undi sedang berlangsung. Waktu kempen penyokong sudah tidak bermakna lagi. Apa jua keputusan, aku seru sahabat-sahabat untuk menerima dengan hati yang terbuka.

Jadilah insan yang mendamaikan dan bukan insan yang memburukkan keadaan. Firman Allah SWT;

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

(Al-Hujuraat 49:10)

Siapa jua pemenangnya, janji yang ditabur ketika masa berkempen harus ditunaikan dan jikalau gagal, maka mereka dan kita akan dipertanggungjawabkan. Mereka dipertanggungjawabkan kerana gagal menunaikan janji manakala kita dipertanggungjawabkan kerana berkempen bagi pihak mereka dan gagal mengingatkan mereka akan janji manis itu. Firman Allah SWT;

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

(As-Saff 61:2)

Apa-apapun, jagalah ukhwah sesama kita dan usah mula atau layan sebarang provokasi. Jikalau parti sokongan kita kalah, ingatlah bahawa hidup ini adalah ujian. Sekarang, marilah kita rapatkan ukhwah dan memajukan Islam bersama bakal pemimpin baru kita baik dari BN mahupun PR.
  
                                                                             sumber gambar: google

Mari pergi mengundi...


Salam semua...

AWAL PAGI PRU13 .... Bertukar kah nasib kita rakyat yang marhaen hari ini ? Kita tunggu jam 12 malam nanti...




Hari ni rakyat berbilang kaum keluar mengundi untuk tentukan masa depan Negara. Satu Undi Satu Harapan.

Hari ini, kami rakyat bersesak-sesak bukan untuk kamu mendapat pangkat, harta atau bela ibubapa kamu, tapi kami bersusah payah untuk kamu mula bekerja untuk kami. Jadi pastikan kamu menjalankan tanggungjawab setelah kami memilih kamu.

Hari ini, kami sudah buat apa yang perlu. Sekarang masa untuk kamu kotakan janji kamu, untuk kami. Undi kami bukan untuk kamu senyum lebar, bangga dan bongkak. Undi kami tanda mula kerja kamu untuk masa depan kami dan anak cucu.
  
Aku dah tunaikan tanggungjawab hari ni. Korang macam mana pulak?? Kita doakan yang terbaik akan menang...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...