SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 27 Januari 2014

Ibu - Penaja Syurga atau Neraka anak??

Salam semua

Manusia apabila ia telah Islam tetapi membuang keislamannya itu akan jadi lebih teruk dari binatang yang tak pernah masuk Islam lantas jahil dalam kebinatangannya. Bukan kali pertama, tetapi dah berkali-kali kisah anak mati ditangan "teman lelaki". 

Aku fikir, buaya betina sundal pun tak perlu masuk Islam untuk belajar jadi seorang ibu buaya yang baik kepada anak-anaknya. Maka hari ini, semua haiwan akan marahkan "manusia" ini jika kita menyamakannya dengan "binatang". Kerana binatang akan mencemuh kita kerana mereka tidak sebodoh makhluk ini.

sumber: google

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu? Jika ibu yang melahir dan memelihara anak-anak tahu dan sentiasa melangkah ke syurga, maka anak-anak yang mengikuti langkah ibu itu akan ke syurga lah jawabnya. Ibu adalah pusat sumber segala-galanya bagi seorang anak, secara muhkamat maupun mutasyabihat, tersurat mahupun tersirat . Ibu adalah guru nombor satu. Contoh terbaik ialah isteri firaun, Mariam, Siti Hajar, Sayidatina Khadijah dan sebagainya.

Jika ibu bertabiat syaitan, nusyuz, ingkar lagi durhaka, maka langkah ibu begini adalah langkah neraka. Akhirnya anak-anak jagaannya akan turut digiring dan terhumban sama ke neraka juga. Tidak perlu kami hurai panjang kerana akal anda boleh membaca langkah bagaimanakah yang akan membawa ibu dan anak ke neraka. Contoh yang jelas ialah isteri Noh a.s. yang ingkar dan membawa anak-anak bersama ke neraka.



ANAK KECIL JADI MANGSA KEKEJAMAN YANG DITAJA IBUNYA

Kes liwat, rogol dan pembunuhan kejam ke atas anak kecil berusia 2 tahun semalam diberitakan juga turut melibatkan ibunya. Sebelum ini juga terlalu banyak berita yang sama, iaitu anak-anak dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Sebahagiannya turut di liwat dan dirogol oleh teman lelaki ibunya, termasuk hasil kekejaman Awang Hitam yang dijadikan jantan sewaan pemuas nafsu ibunya.


Belum lagi kita ceritakan hal kesemua kes pembuangan bayi dengan kejam juga oleh kejahilan dan kekejaman ibu sendiri. Ada yang hancur berkecai dibuang dari tingkat empat, ada yang disembelih, ada yang dibiar lemas di sungai, tersumbat di lubang jamban dan lemas di takungan najis terus, Nauzubillah. Itu semua kerja ibu.



PDRM DICEMUH BILA IBUBAPA ANAK DITAHAN

Ramai ibubapa yang turut di tangkap dan didakwa dalam kes-kes yang melibatkan jenayah melibatkan anak kecil yang diperlakukan kejam. Ramai yang memarahi keputusan PDRM kerana konon tidak berhati perut, tidak bersimpati dengan musibah yang menimpa ibu bapa tersebut. Habis segala ketidak puasanan hati akibat kena saman parking dan langgar lampu isyarat pun diungkit sama. 


Tapi kita perlu ingat, PDRM juga yang memberi khidmat nasihat dan maklumat tentang jenayah keluarga, juvana, dadah dan keselamatan negara kepada kita. Mereka juga yang tolong tolak kereta ibu-ibu yang rosak di tengah jalan, atau tolong belikan petrol kereta yang kehabisan minyak. Sebahagian mereka mengherdik, sebahagian lain datang membantu. Kita cuba fikirkan secara akademik, fikir positif untuk menenangkan hati. Jika penganiayaan dari PDRM terlalu berat, kita serah saja kepada bahagian tatatertib PDRM Bukit Aman atau SPRM.


Dalam kes penangkapan ibu bapa yang melibatkan kes jenayah kekejaman terhadap anak ini aku rasa komen yang menghentam PDRM lebih bersifat emosional. Bagi aku, PDRM ada SOP dalam menjalankan tugas. Mereka tidak boleh memasukkan sentimen kekeluargaan, perkauman, politik malah agama dalam urusan mereka. Jadi kita kena juga faham sedikti sebanyak tentang etika kepolisian sebelum menghambur kemarahan kita. Dalam banyak hal dengan jujur kami fikir kita harus beri penghargaan kepada kejayaan PDRM dalam menangani jenayah, khasnya jenayah berat. 


DOSA IBU TANGGUNGAN BAPA TAPI BUKAN SEBALIKNYA


Jika kita tengok ulasan2 di FB berkaitan berita sedih kes liwat, rogol dan pembunuhan kejam anak 2 tahun semalam, ada ratusan ribu pembaca. Ironinya ramai yang tersentuh adalah dari kalangan wanita. Di mana kaum Adam yang semacam tidak begitu perduli? 

Ingatlah wahai suami/bapa, setiap dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak, anda akan turut dipersoalkan dan turut menanggung dosanya. Untuk para isteri dan ibu, ingin kami kobarkan semangat kalian. Teruskan mencari pedoman.


Penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah kejam yang berterusan ini hanya bersifat pengawalan saja. Ia tidak akan menghapusnya kerana spesis ini telah bercambah dan melata dan sedang menunggu mangsa seterusnya. Kita semua ada tugas berat untuk menggantikan habitat penjenayah ini dengan mendidik anak-anak generasi kita. Itu saja jalan keluar yang bersifat kekal untuk mewujudkan suasana syurga yang selamat untuk kita tinggalkan anak cucu kita hidup di dalamnya.


TANPA QURAN KITA MENGANIAYA DIRI SENDIRI


Kita masih kalut mengurus diri, keluarga, masyarakat dan negara. Perpecahan, jenayah, penindasan malah peperangan semakin berleluasa. Padahal Allah sudah hadiahkan manual kehidupan terhebat dan paling tepat utk kita guna. Cuma kita terlalu sombong, tidak MENSYUKURI dan menghargainya.


Surah An-Naml, 73:وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَDan sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mempunyai "kurnia yang besar" kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri.

Janganlah kita tipu diri sendiri. Mengaku kalah sahajalah kita dengan kekuasaan, kebijaksanaan Allah yang telah meminjamkan kebijaksanaan itu melalui kitabnya kepada kita. Berhentilah kita dari terus menerus menunjuk pandai, masih berdegil untuk terus menggunapakai kaedah yang kita reka sendiri, kaedah yang selama ini kita guna dan terbukti gagal untuk menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.


Surah An-Naml, 74:وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَDan sesungguhnya Tuhanmu, benar-benar mengetahui 'apa yang disembunyikan' oleh hati mereka dan apa yang mereka nyatakan.


Surah An-Naml, 75:وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍTiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan dalam kitab yang jelas nyata.


Pedoman utk urusan atasan/langit/pemimpin dan bawahan/bumi/rakyat semua Allah tahu dan sudah Allah ajarkan dengan sempurna kepada kita melalui nabi SAW. Buruk baik nasib kita telah ditentukan oleh kitab itu. Jika kita berbuat mengikut manual itu, maka Allah sudah tentukan nasib kita PASTI lebih baik. begitulah sebaliknya.



Semuanya telah jelas tertulis dan disempurnakan ajaran dan perlaksanaannya kepada kita melalui Rasulullah saw. Dalam khutbah wida' diberitahu yang Baginda juga sudah sampaikan seluruh risalah itu. Semua yang kita perlu tahu sudahpun Allah beritahu dalam kitab yang jelas (mubiin), yang telah diwariskan kepada kita.


KESIMPULAN 


Allah sudah lakarkan kaedah pengurusan alam ini kepada manusia melalui kitabnya. Di situ ada Allah sebagai pengatur yang ghaib, ada Malaikat yang mencatit, yang menjalankan fungsi tanpa kepentingan dan penuh taat, adanya nabi yang menerima berita besar (An-naba’) untuk Nubuwah mereka, ada rasul yang mendapat kebenaran (siddiq) dari berita besar lalu membawa amanah menyampaikan risalah itu dengan bijaksana dan ada umat manusia yang taat untuk mendengar dan melaksanakan segalanya.


Allah itu Maha Mendengar, Maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Tapi sistem Allah memerlukan Malaikat untuk mencatit dan melapurkannya, memerlukan rasul dan manusia untuk menjadi kakitangan di bumi melaksanakan perintahnya. Jangan kita jadi jumud meminta Allah melihat dan melakukan segalanya untuk kita, yang terus menerus duduk atas sejadah memuji dan memuja saja. Di ruang tamu anak kita kena perkosa pun kita masih atas sejadah lagi. Tiada fungsi malaikat yang mencatit dan melapur, tiada abal hakam yang menghukum dengan hukum Allah.


Bila hukum hakam telah Allah jelaskan dan minta kita menghukum dengannya, sering kita kata biarlah Allah saja yg menghukum… janganlah kita ambil kerja Allah. Lalu kemungkaran yang terlalu banyak berlaku depan mata, kita tengok dan biarkan saja.


Kalau begitu tentu kita masih tidak jelas. Ada lompong kefahaman tentang kitab kita sendiri. Samada tidak sudi baca berulang-ulang/TADARUSkan kemudian TAFAKURkan, TADABBUR dan TABAYYUNkan atau bagaimana agaknya? sehingga kitab itu sudah tidak jadi mubiin/jelas pada kita.


Surah An-Naml, 77:وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Ayuh cari pedoman dari kitab yg terang DAN lurus penjelasannya, agar ada petunjuk dan peta dalam perjalanan kita. InsyaAllah kita tidak bingung untuk mulakan perjalanan atau tidak kita terus menerus sesat dan kecundang dalam perjalanan hidup kita. Hargailah surat surat Allah, yang menjadi tanda cinta kasih dan pemurah (ArRahman) nya Allah kepada kita.

QS 17. Al Israa' 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.


QS 10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.


QS 36. Yaasiin 6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.


QS 17. Al Israa' 14. "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu."


15. Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah, maka sesungguhnya itu untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.


Telah Allah jelaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berusaha mengubahnya. Kita hanya perlu menggunakan manual Allah sepenuh-penuhnya untuk berjaya mengubah nasib kita. Itu cara Allah membantu kita. Allah katakan bahawa bencana dari kezaliman si jahil dan yang degil tidak mengira mangsa, ia akan turut menimpa kita semua.


DENGAN PENUH KESAL DAN BERDOSA, MARI KITA HADIAHKAN “ALFATIHAH” DAN DOA TULUS BUAT SEMUA MANGSA YANG TIDAK BERDOSA.





Selasa, 7 Januari 2014

Makanan di kantin sekolah naik mendadak??


Salam semua..

Entry pertama untuk tahun ini setelah hampir 3 bulan menyepi dari dunia blog akibat tekanan kerja yang agak tinggi. Berita menggemparkan awal tahun ni yang kita terima adalah kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

sumber: google

BERITA UTAMA menggemparkan ibu bapa apabila didedahkan situasi sebenar harga makanan di kantin sekolah yang naik secara mendadak tahun ini. Padahal ramai pembaca yang meminta kami mengulas berita pengumuman persatuan penjual alat tulis yang ingin menaikan harga baru-baru ini serta keresahan mereka dengan kenaikan tambang bas masih belum sempat kami ulas lagi.

Mengikuti berita TV3 semalam yang mendedahkan RM3 untuk harga sepinggan nasi di kantin sekolah benar-benar mengejutkan kami. Ramai ibu bapa yang mengatakan terpaksa memperuntukan sekurang-kurangnya RM5 sehari, untuk memastikan anak mereka tidak lapar. Yang berkemampuan mungkin tidak bermasalah untuk membekalkan RM10 bahkan lebih dari itu sehari sekalipun. Namun seorang bapa berkata beliau hanya mampu memberikan RM2 seorang dan anak mereka terpaksa belajar berjimat. Sebahagian lagi mengatakan tidak mampu sama sekali lalu terpaksa menyediakan bekal untuk anak mereka ke sekolah.

BERPENDAPATAN TINGGI TAPI TANPA KEBERKATAN

Fenomena kenaikan harga dan pengurangan subsidi yang berlaku sekarang ini nampaknya sudah tidak dapat dielakkan. Peperangan di kalangan parti politik pula telah banyak menyebabkan pembaziran dan memakan keberkatan ekonomi negara bertuah ini. Perbelanjaan yang tidak sepatutnya seperti penganjuran berbagai-bagai majlis, jamuan, pesta, serta perhimpunan untuk tujuan kempen, pembelian t-shirt, uniform, mencetak banner, banting, poster, perjalanan untuk berkempen dan sebagainya telah turut menyumbang kepada fenomena ini.

KEBERKATAN adalah bermaksud kecukupan. Dengan fenomena kenaikan harga ini jelaslah pendapatan yang tinggi seakan-akan tidak membawa sebarang erti lagi. Dahulu anak sekolah cukup dengan berbekalkan wang siling, kemudian terpaksa bawa wang kertas biru. Kini minima mereka perlukan wang hijau dan kebanyakkannya telah membawa wang merah untuk belanja ke sekolah.

BAGAIMANA MENGATASI KENAIKAN BELANJA PERSEKOLAHAN?

Bagi yang bertanya bagaimana orang2 miskin mengatasi masalah ini, apa yang dipaparkan dalam kisah ini adalah sama seperti apa yang kami amalkan masa zaman aku kecik2 dulu. Antaranya ialah mak ayah kami didik kami berpuasa sunat Isnin Khamis dan membawa bekal ke sekolah.

Apabila sesuatu gejala itu tidak boleh kita bendung, maka belajarlah untuk menjarakkan diri menjauhi gejala itu. Contohnya jika selama ini terlalu banyak pesta lagho dan banyak pula kes buang bayi 9 bulan selepasnya, maka masyarakat prihatin menegur pihak terbabit. Apabila tiada tindakan untuk menghentikan penganjuran pesta, maka lakukanlah usaha agar kita menjauhinya saja.

Merujuk kepada kenaikan harga makanan di kantin sekolah ini, ada lebih baik jika kita tukar pendekatan kita. Aku pasti ada yang tidak senang dengan pendekatan ini dan akan mengatakan tidak sanggup atas berbagai alasan. Aku sekadar kongsikan sahaja dan terpulanglah kepada masing masing untuk menimbangkan kewajarannya.

“Hai sekalian manusia, makanlah yang HALAL lagi BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” - QS: 2. Al Baqarah 168.

=========================
BEKAL

"Makcik saya nak makan nasi lauk ikan keli berempah, sayur dan air milo ais", pesan salah seorang anak muda di sekolah aku dulu. Fenomena inilah yang berlaku kepada anak-anak di kantin sekolah. Penggunaan duit belanja ke sekolah jadi fenomena biasa kepada anak-anak sekolah sejak berusia tujuh ke lapan tahun. Tahukah kita ke mana terbuangnya duit yang diberikan?

Apa yang boleh kita perhatikan sepanjang sembilan tahun bergelar pelajar, jarang melihat ada rakan-rakan sebaya untuk membawa makanan dari rumah untuk ke sekolah. Tapi aku dan adik-beradik faham dengan jelas mengenai hakikat 'bekal' yang sebenar.

Zaman sekolah aku, kami dididik tidak menggunakan wang ringgit ke sekolah.Mak aku bersusah payah untuk bangun awal dan memasak bekal kami semua. Sebenarnya di sebalik bekalan makanan yang diberikan ada pelajarannya yang kami sebagai anak-anak perhatikan. Kesudian, kesanggupan, komitmen yang tinggi, keikhlasan dan yang paling penting kasih sayang dalam masakan itu dapat dirasai setiap kali kami menikmati bekalan yang disediakan. Yang lebih penting lagi, bekalan nasihat, kata-kata semangat dan pantang larang sepanjang keberadaan kami di sekolah turut dititik beratkan bersama bekalan itu.

“Bangsa yang hebat adalah bangsa yang belajar daripada kekurangan dan sanggup mencontohi kekuatan bangsa lain”. Itulah pesanan yang sentiasa disemai dalam jiwa kami.

Bila dah besar, baru aku tahu dan menyedari hakikat ini, ibu-ibu yang menyediakan bekal utk anak2 dan keluarga telah mengambil uswah (suri tauladan ) daripada salah satu bangsa yang terkuat di dunia yakni bangsa Jepun. Salah satu budaya yang sering dipraktiskan oleh ibu bapa mereka adalah dengan menyediakan bekal. Budaya ini diamalkan semata-mata untuk membentuk penyambung legasi yang hebat. Hasilnya, kita boleh lihat generasi mereka hari ini sentiasa memanfaatkan masa dengan ilmu walaupun di atas keretapi. Ini kerana, penggunaan bekal ini mendidik mereka agar sentiasa memanfaatkan masa.

Dengan adanya makanan yang dibekalkan, kami tidak perlu kalut menunggu-nunggu waktu rehat untuk berebut berlari ke kantin akibat takut kehabisan makanan kegemaran. Kami juga tidak perlu berasak-asak membeli makanan dan mendapatkan tempat duduk. Banyak masa dan risiko boleh diselamatkan dengan adanya bekalan makanan dari rumah.

“Kamu adalah apa yang kamu makan”. Bahan yang dimakan mampu membentuk seseorang insan. Selain bekalan makanan yang tersurat, sebenarnya ada pengubahsuaian yang dilakukan oleh ibu-ibu Prihatin. Bekal yang dimaksudkan adalah bekalan makanan dan minuman sebagai pendinding. Pelik bukan?. Mari aku kongsikan dengan lebih mendalam lagi.

Bekalan yang disediakan bukanlah untuk kekenyangan perut semata-mata. Tetapi, bekalan ini adalah untuk pengenyang hati dan pendinding prinsip berupa pegangan hidup. Untuk tujuan ini, bekalannya bukanlah mee, bihun, nasi goreng mahupun roti. Tetapi berupa nasihat, seruan dan banyak lagi yang dibekalkan kepada kami. Sungguhpun perkara ini adalah yang terbaik, namun ia sering terlepas pandang oleh segelintir ibu bapa. Bekalan inilah sebenarnya yang ditagih oleh dan sangat diperlukan oleh anak-anak sekarang.

Di rumah aku yang serba kedaifan, setiap hari ‘bekalan’ inilah yang disemai ke dalam jiwa kami oleh ibu mahu pun bapa kami. Hasilnya, kami ‘sentiasa kenyang’ dan tidak mudah lapar dan haus bila berjauhan daripada kawalan mereka. Sekaligus kami terhindar daripada masalah sosial. Ternyata, bekalan ini lebih tinggi keperluannya berbanding bekalan wang yang berguni-guni tetapi sifar pengisiannya. Ini jelas kami lihat dari rakan-rakan kami yang mewah dengan wang lalu dengan wang itu juga mereka membeli rokok dan berpeleseran di pusat membeli-belah dan pusat video.

Dalam proses penyediaan bekal ini juga secara tidak langsung membentuk sikap para ibu. Mereka akan terdidik secara alami untuk bangun awal, ringan tulang dan sentiasa istiqomah dalam memastikan anak-anak ‘tidak kebuluran’. Kendati pun tiada kaitan darah daging, namun sikap keibuan ini secara tidak langsung mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam diri segelintir anak-anak yang sudah tidak mampu merasai sentuhan seorang ibu. Kasih sayang itulah juga yang membuatkan kami tabah menjalani hidup di rumah yang serba kekurangan.

Tugas sebagai seorang pengatur rumah tangga juga akan lebih tersemai dalam diri para ayah. Ayah-ayah akan sentiasa mengingati isteri masing-masing semata-mata hanya untuk memastikan kami ke sekolah dengan keperluan yang mencukupi. Hal ini menyebabkan kami bangga sewaktu ‘menikmati bekalan’ tersebut walaupun kadang-kala ada juga ejekan dan sindiran yang dilemparkan. 


Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Salam semua


Akhirnya tahun 2013 meninggalkan kita jua...
Perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan pahit, manis suka dan duka...hanya lipatan sejarah yang mungkin akan kita kenang selagi hayat di kandung badan.


Semoga kehadiran tahun 2014 ini kehidupan kita semua akan bertambah ceria dan dilimpahi rahmat olehNya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...