SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 : Rakyat Malaysia Menangisimu


Salam..

Seluruh rakyat malaysia tidak dapat menahan pilu. Deraian air mata menjadi peneman setelah sidang media yang dibuat oleh PM Malaysia jam 10 malam tadi. DOA KHUSUS untuk MH370 dari TV AL-HIJRAH malam tadi juga teramat menyentuh hati ini.

Pada hari ini, kita berkabung dan berdukacita dengan musibah yang melanda negara. Kehilangan MH370 yang dijangka (assumed) terhempas di Selatan Lautan Hindi mengorbankan keseluruhan penumpang (sumber berita) dan anak kapal sewajarnya menjadikan kita lebih menyatu di bawah kepercayaan kepada kuasa Allah tanpa mengira agama. Sebak menerima berita ini atas nama kemanusiaan yang membuang senggat-senggat agama, bangsa, warna kulit mahupun perbezaan fahaman politik yang mengkelas-kelaskan kita sebelum ini. Redhakan dengan keadaan yang berlaku jika tak mampu untuk merasai perasaan mereka yang kehilangan. Hormati mereka yang pergi kerana kita juga bakal pergi nanti dalam keadaan yang belum pasti lagi bagaimana.
 
Buangkanlah ego kita, buangkanlah semua salah sangka, hentikanlah segala sengketa dan fitnah yang telah terjadi dari musibah ini. Mari satukan hati kita dengan iman, kita saksikan dan mendoakan semua yang telah pergi itu dengan iman, bahawasanya mati itu boleh menjemput kita dengan tidak semena-mena... tanpa kita sangka.Semoga semua yang terlibat, khususnya kaum kerabat yang kehilangan insan tersayang redha dengan apa yang berlaku. Sama-sama kita berdoa agar semua yang terlibat mencari turut diberikan keselamatan dan ketabahan meneruskan pencarian yang amat sukar ini.

******







Kerja yang lebih mencabar selepas ini ialah mencari apa sahaja yang boleh ditemui, khususnya mangsa dan Kita memohon pertolongan Allah agar kerja menyelamat dan mencari berjalan lancar dan dipermudahkan.
Tidak dapat kita bayangkan kesukaran yang bakal ditempuhi oleh pasukan penyelamat selepas ini. Lautan itu amat sunyi, jarang diterokai manusia, kedalaman dimaklumkan antara 5-7 km... ombak setinggi 3 tingkat bangunan, antara 30-50 kaki. Subhanallah.
Ya Allah dengan hati yang amat pilu, kami terima dugaan dan ujian ini. Bantulah, selamatkanlah para perwira kami, mereka yang bertugas dalam Misi SAR yang payah ini.
Jika ada yang sempat menyelamatkan diri, hanya kebesaran Allah sahaja mampu kita harapkan. Lebih 2 minggu tanpa makanan, minuman, terapung dengan ombak laut sebesar itu, dengan suhu sedingin itu.
Apapun, sebagai hamba, kita masih wajib berdoa dengan penuh yakin. Selagi mereka belum ditemui, mari kita doakan kesemua mereka, setidak-tidaknya pasukan penyelamat berjaya menemui jasad mereka, supaya dapat kita beri penghormatan terakhir yang sewajarnya.

 Innalillahiwaina Ilaihirojiun
Allahummaghfirlahum...warhamhum...wa'afihi wakfuankum..
Allahummaghfirlaha Warhamha waafihi wakfuanha..

Ampunilah kesemua mereka ya Allah.
Ampuni juga kami yang tinggal,
Dari Mu kami datang, kepada Mu jua kami Dikau kembalikan...
Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alaamin..



#Pray for MH370  #Doa untuk MH370




Rabu, 19 Mac 2014

Patin Masak Tempoyak


Salam

Rasenya dah lama tak update resepi. So, kali ni nak update resepi faveret aku yang sangat2 simple.
Sesetengah orang bila buat masak tempoyak, dorang akan tumis dulu bawang tapi kali ni aku buat stail kelantan yang cukup simple.
Jom jenguk2 resepi kali ni ye..


Bahan-Bahannya:

* 4 potong ikan patin yang dibuang perut dan di salut tepung gandum untuk hilangkan hanyir  dan basuh semula.
* cili api ikut banyak mana nak isi
* 1 inci kunyit hidup
* daun kunyit
* bunga kantan
* daun kesum
* garam secukup rase
* sekeping asam keping
* 3 @ 4 sudu besar tempoyak
* air


Cara memasak:-

Tumbuk cili api dan kunyit hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk, masukkan sedikit air kemudian tambah tempoyak (lagi masam lagi sedap) terpulang pada korang nak letak berapa banyak pun. Kemudian masukkan daun kesum, daun kunyit yang dikoyak2kan, bunga kantan dan asam keping. Gaul hingga bahan sekata dan kemudian masukkan ikan. Masak sehingga mendidih dan pekat (terpulang nak pekat macam mana) kalau agak2 terlalu pekat boleh tambah sikit air. Last sekali masukkan garam secukup rasa. Siap!!
Memang mabeles. Kalau aku, lagi pedas dan masam lagi best. Kepedasan tu bergantung pada korang ler. Selamat mencuba.






Selasa, 11 Mac 2014

Tribute Song: Pray to MH370


Salam...

Kesedihan masih melanda seluru rakyat Malaysia sehingga hari ini atas kehilangan MH370.


KESEDIHAN KINI MELANDA
SELURUH DUNIA MENANTI BERITA
HARAPAN SELAMAT KAMI PINTA
SEDIAKALA SEPERTI BIASA

SEGUNUNG DOA KAMI PANJATKAN
BERPOLITIK SINI BUKAN TEMPATNYA
TIDAK ADA YANG LEBIH BERKUASA
HANYA ENGKAU PENENTU SEGALA

ANDAINYA KAU DI LANGIT TURUNKANLAH
ANDAINYA KAU DI BUMI TEMUKANLAH
ANDAI DI ALAM LAIN SINGKAPKANLAH
PADA-MU ALLAH KAMI BERSERAH

MH370 MUNCULLAH...

-Lagu ciptaan AMAR & MAGICTAWAU ALIF



Sesungguhnya, kita orang beriman!
Memang hakikatnya, kita langsung tidak tahu apa yang berlaku dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui!
Ya, kita wajib berusaha tetapi dengan keyakinan bahawa usaha itu hanya akan berhasil dengan izin Allah s.w.t. semata-mata. Tiada daya upaya kita melainkan dengan-Nya.

 

#Pray for MH370

Sabtu, 8 Mac 2014

#Pray for MH370


Salam semua...

Hari ni kita dikejutkan dengan satu berita kehilangan pesawat MAS MH370 bersama anak kapal serta penumpang yang dalam perjalanan dari KL ke Beijing. Semua rakyat Malaysia bersedih mendengar berita ni.

MAS may have the best service. Best pilot. Best aircraft.
But....
Allah have the best plan. When Allah said, "kun faya kun".
Anything can happen in blink of eyes. Even the unsinkable Titanic sank.



"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Tiada Tuhan selainMu, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganNya, kau peliharalah keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang, juruterbang dan anak kapal yang terlibat. Kau lindungilah mereka dari sebarang keburukan, bencana dan marabahaya. Kau jauhkanlah mereka dari segala ancaman malapetaka yang zahir atau yang tersembunyi. Amin ya rabbal alamin."


#Doakan yang terbaik buat mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...