SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 23 Jun 2015

Rezeki..

Salam semua...

Dah bermacam usaha buat tetap tak menjadi-menjadi.
Perkara yang hampir digenggam tetiba menjauhkan diri.
Dah hampir nak dibayar, namun disaat akhir berubah fikiran.
.
Pernah kan kita menghadapi situasi sama macam di atas ini?

Hurm, tapi KENAPA ini terjadi?
Lalu, kita pun terasa hati dan jatuh emosi menjunam. Kenapa dan kenapa terus berlegar.
Sebenarnya, ini jawapan nya.
"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun),..."
(Maksud sebahagian ayat 21, surah Al Mulk).

Jadi, 
1) Janganlah bersedih.
2) Bersangka baiklah dengan takdir Allah
3) Teruslah berusaha sebaiknya dan carilah ilmu sehabisnya (tentang sesuatu perkara)
.
Boleh jadi apa yang kita fikir baik itu tidak baik sebenarnya buat kita.
Boleh jadi ada perkara terbaik sedang Alah susun buat kita seandainya kita tetap bersyukur dengan takdir Allah.







Isnin, 1 Jun 2015

Berhenti Kerja: Satu Tindakan Bijak??


Salam...


Jun 2015.....bermula segalanya. 
Setelah banyak berbincang, menimbang, bertanya dan berdoa, maka aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Aku TIDAK TAKUT untuk meninggalkan kerjaya setelah 15 tahun berkhidmat di "situ"…..melupakan apa yang dicita-citakan demi agama, suami, anak dan keluarga…..Aku TAK TAKUT kami miskin papa kedana apabila hanya suami yang bekerja……dengan rasa TIDAK TAKUT itu aku berkeras dan menolak jauh kebimbangan dan ketakutan keluarga apabila kami suami isteri sebulat suara…


Aku dapat rasa….suami sedikit gusar namun dia percaya pada keputusan aku dan yakin DIA …Allah tidak pernah kejam pada umatNya……aku tahu ramai yang memandang sinis apabila ditanya jawapan yang diterima “Rezeki Allah ada dimana-mana”………ini bukan bermakna aku hanya redha dan serah pada takdir untuk menentu segala……TAPI aku YAKIN dan PERCAYA…dengan usaha dan doa….Allah tidak akan biarkan umat yang memilih DIA ditempat pertama dan dunia menjadi no.2…
Aku berpegang pada KEYAKINAN yang Allah akan permudahkan hidup kami sekeluarga DENGAN NAWAITU aku berhenti kerja kerana mahu jadi isteri sempurna dan ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan agama…..dengan NAWAITU….memperbaiki aurat dan ibadat yang masih jauh dari sempurna…dengan NAWAITU….aku nak jadikan akhirat sebagai matlamat kami sekeluarga. 
Allhamdulillah….janji Allah itu pasti…walau aku masih gagal memberikan Hak DIA……masih tidak lengkap ibadat wajib aku, masih kurang sujud aku pada DIA……DIA sentiasa mencukupkan rezeki aku. Adakala datangnya tidak terduga……apa yang paling berharga, ternyata keluarga makin bahagia kerana 100% masa aku sepenuhnya dapat ditumpukan pada keluarga.
Bukan bermakna aku tidak pernah diduga …tidak pernah berduka….namun pada setiap kifarah yang menimpa hasil dosa-dosa yang tersisa….aku masih bahagia….bahagia bukan kerana wang semata-mata…tapi bahagia terasa sentiasa berada dalam KECUKUPAN….bahagia kerana kami masih diberi kesihatan olehNya….bahagia kerana kami punya anak yang sihat sempurna…..bahagia kerana masih punya tempat berteduh yang buat anak gembira dan yang paling penting kerana aku sentiasa ada disamping mereka.
YA!….cukup simple sebenarnya…..namun ketenangan yang aku ada hari ini tidak pernah aku kecapi walau disaat aku mendapat kerjaya yang diimpikan dan dilimpahi dengan kemewahan.
Ternyata, ketenangan itu bukan bermakna aku mampu miliki apa yang diimpi….bukan terletak pada makan pakai mewah yang dihajati…tapi APABILA aku tidak lagi merasa takut atau bimbang pada ketidakcukupan dan pada kemiskinan.
YA ALLAH…TERIMA KASIH DIATAS KURNIAAN MU…JALAN YANG KAU TUNJUK PADAKU DAN KETENANGAN YANG KAU ANUGERAHKAN INI PADAKU..
Ramai yang pelik dan bertanya kenapa aku sanggup melepaskan jawatan serta gaji yang aku ada bukan?? Nanti aku akan coretkan kemudian kenapa ini pilihan aku selain ingin menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu serta demi keluarga aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...