Assalamualaikum..
Apabila  muncul saja Ramadan, maka risalah kelebihan beramal di bulan mulia seperti  yg tertera di dalam keratan akhbar ini pun muncul jugak. Kedudukannya  umpama anak bulan Ramadan, anak bulan Ramadan muncul, dia pun muncul  juga. Mengenai kelebihan beramal yg disebut bermula dari 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan ini harus dipersoalkan:-
 1. Ini hadis Nabi atau apa?
2. Kalau hadis Nabi s.a.w siapa yang dirwayatkannya?
3. Kalau bukan hadis Nabi, siapa yg menetapkan kelebihan ini?
4. Ada yg mengaitkan ini diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a., namun  seluruh kitab2 hadis muktabar bermula dari Sahih al-Bukhari, Sahih  Muslim, Sahih Abu Daud, Sahih at-Tarmizi, Sahih An Nasai, Sahih Ibnu  Majah, Sahih al-Hakim, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah atau  Muwatta' Imam Malik 
TIDAK ADA SATU PUN HADIS FADILAT INI!!
5. Jika  dlm kitab2 itu pun tidak ada, ini namanya HADIS PALSU rekaan org jahil  yg berlagak nak jadi alim. Niat mereka bagus tapi menggunakan cara bohong dan  menipu. Umpamanya seseorang merompak bank, hasil rompakan diserahkan kpd  fakir miskin mcm citer Robin Hood tu...
6. Ada dua pembohongan di sini. Pertama menisbahkan  kpd sahabat yg mulia iaitu Saidina Ali r.a. walhal dia tidak pernah  meriwayatkannya. Kedua, dikaitkan pula kononnya Saidina Ali meriwayatkan  drpd Nabi s.a.w. 
Bagi pereka hadis ini termasuklah penyebar2  "hadis palsu ini"  sila fahamkan hadis yg diriwayatkan oleh al-Bukhari  ini: "Sesiapa menisbahkan sesuatu berita kepadaku sedang aku tidak  pernah menyebutkan, bersedialah tempat duduknya di dalam neraka."
Seterusnya: "Sesungguhnya pembohongan ke atas diriku tidak sama dgn  seseorang membohongi sesama yg lain, sesiapa yg membohongi diriku dgn  sengaja, bersedialah tempat duduknya di dalam neraka". 
Hadis menerusi  lafaz ini adalah Mutawatir.
Jelasnya, sesiapa sahaja yg   mengaitkan dgn nama Nabi s.a.w berkenaan apa-apa berita, kelebihan2  beramal, kelebihan surah-surah al-Quran, zikir-zikir, dosa atau pahala  sedang Nabi s.a.w tidak pernah menyebutnya, maka itu namanya pembohong  dan pendusta!! Hukumannya sahih dilemparkan ke dalam neraka.. 
Na'uzubillah!...moga2 kita dijauhkan dari semua tu..
Jadi, itulah tajwid hadis. Tajwid hadis mestilah  berita itu SAHIH drpd Nabi s.a.w. Sebab itu jgn lah kita begitu mudah sandarkan  apa-apa berita kpd Nabi s.a.w sama ada di dalam percakapan umum,  mengajar atau mengaji, motivasi atau motivason, ceramah atau  ceramih  keew....sedangkan kita sendiri tak tahu siapa yg meriwayatkannya dan tak tahu apa  darjat hadis itu....sebab kalau tak sahih atau palsu maka kita pasti  termasuk sebagai salah seorang pendusta dan pembohong ke atas Rasul s.a.w!!!
Pihak media harus juga berhati2 dlm bab ini, jika tidak puak-puak ahli  media pun dikira kaki autarr atau pembohong jugak ke atas Nabi s.a.w.
Kita semua terutama jurucakap-jurucakap FB, twitter, motivator2, penceramah2 malah  sesiapa sahaja patut mempelajari satu ilmu khas yg sangat penting iaitu  ILMU MUSTOLAHUL HADIS kerana ilmu itu  membimbing umat ke arah memahami  hadis menurut jalan yg benar. Ilmu itu membimbing umat menerusi  kaedah-kaedah tertentu utk mengenali atau membezakan antara hadis sahih,  hadis tidak sahih, hadis lemah atau hadis palsu.
Kerana itu Imam al-Bukhari meletakkan satu tajuk di Kitab Sahihnya iaitu: BAB BERILMU DAHULU SEBELUM BERCAKAP DAN BERAMAL.
 

