SAHABAT ALAM MAYA

Ahad, 31 Mac 2013

Politik...Apa nak jadi???


Salam semua...


sumber: FB Najib Razak

I saw this photo PM on FB was having lunch with his family......it's just a ordinary photo having lunch with his family in a restaurant.....just like any one of us....itu pun ada yang kutuk....semuanya berkaitan politik.....bila dibaca komen2 kat fb tu kita pasti dapat lihat manusia dengan komen2nya semacam hatinya digelapkan dengan politik.....apa nak jadi?

Jangan sampai kita ni terlalu taksub dengan politik sehingga hati pun gelap. People having lunch pun nak kutuk jugak....tak ke bangang namanya ni....apa kita rasa bila kita sendiri upload gambar kat fb dan orang yang kita x kenal kutuk2 dan caci kita....marah tak rasanyer?? Walaupun kita tak suka seseorang tu, tak bermaksud kita boleh sesuka hati kutuk mereka.


#note:  Semoga seluruh umat Islam di Malaysia diberi taufik dan hidayah dariNya. Aminn.


Ahad, 24 Mac 2013

Orang Malaysia tak reti bersyukur....makin melampau


Salam semua...

Bila tengok tajuk entry aku ni confirm ramai yang melenting...tapi ini adalah kenyataan yang kita semua perlu hadapi....tambah2 dah dekat PRU ni...
setiap hari kita boleh tengok status-status kat FB atau twitter tentang benda ni...aku malas nak buat semak entry aku dengan printscreen semua tu....pandai2 ler korang cari dan tengok sendiri...cuma harapnya kita semua tak macam tu...

 gambar sumber: google


Kenapa aku cakap orang Malaysia tak reti bersyukur??? sebabnya,....
Sejak dari kecik sampai ler sekarang aku tak pernah terima bantuan kerajaan walaupun keluarga aku bukan dari golongan kaya.....yang aku terima dulu bantuan buku sekolah jer seingat aku.....mak bapak aku susah payah berniaga kat pasar malam nak sekolah kan aku adik beradik....semua belanja sekolah, mak bapak aku yang bagi hasil jualan dorang tu.....langsung takde bantuan apa-apa dari kerajaan...
tapi orang sekarang ni terima bantuan mcm-mcm tapi terjerit-jerit kata kerajaan tak adil....i am not a  government lover tapi sekarang ni aku tengok orang malaysia dah jadi makin melampau-lampau.
  mungkin orang kita sekarang tidak diajar rasa bersyukur, berterima kasih,...... kalau gomen tak bagi pun gomen kene tibai, kalau bagi pun tetap kene tibai jugak..... aduiiii..

bukan nak kata apalah....tapi tu la kan....tak tau bersyukur, makin dilayan makin melampau....last2 indon dengan bangla yang datang cari rezeki kat negara kita jugak yang untung.



# so, pandai-pandai ler fikir demi kebaikan kita bersama



Rabu, 6 Mac 2013

Luahan Hati Perajurit Malaysia: Hormati perasaan kami keluarga ATM


Salam semua...


ORANG AWAM
kami bekerja waktu pejabat. jika rajin buat overtime. gaji kami besar. cuma perlu beri komitmen terbaik. kami sentiasa bersama keluarga. hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA
kami bekerja 24 jam sehari. Kalau malas baru kami dapat lelap2 ayam sikit. Gaji kami kecik tak setanding sijil dan masa perkhidmatan. Waktu perayaan kami akan dapat cuti jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. Tapi kami tetap kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Kami sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. Tubuh badan kami hanya utk negara, makanan kami ala kadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. Pakaian kami tak perlukan jenama.

APA YANG KAMI (TENTERA) DAPAT??
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.

betul ke aman?
aman bagi rakyat. tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. mental kami sentiasa diuji.

ORANG AWAM
boleh belahlah askar....penceroboh masuk senang-senang jer, askar buat apa?

TENTERA
kami tiada belas. ikutkan jiwa kami cincang penceroboh negara. tapi kami penuh disiplin. strategi kami demi rakyat yg tak berdosa. bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORANG AWAM
alaaahhhh..... polis kita dah mati.
giliran askar lah jalankan tugas

TENTERA
malaysia negara diplomatik. malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama. memang polis dah ada yang mati. tapi kalau tentera masuk campur. peperangan akan berlaku. bukan sahaja polis, malah org awam turut akan terkorban.

ORANG AWAM
dahlah.....memang kerajaan lembap....tentera pulak malas
kami rakyat ni yang ketakutan

TENTERA
inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami utk negara. tapi kami tetap setia kepada negara. nantikan arahan dan kami akan bertindak. tindakan kami ada strategi. polis pun hebat cuma mereka x diberi kuasa oleh undang2. rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi, kami mara. kerana Malaysia, kita yang punya.


#yang banyak bunyi nape x mcm tu....nape x mcm ni.....knape.....knape..dan knape??????? korang pikirlah dulu sebelum korang kuarkan status2 yg menyakitkan hati keluarga2 anggota keselamatan baik PDRM atau ATM... yang terpaksa berkorban untuk jaga keamanan negara...

Selasa, 5 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Ada jugak yang bodoh


Salam semua...



sebahagian yang sempat aku tengok di FB.....now we know that ramai rakyat Malaysia yang bodoh sebenarnya....dengan adanya kes pencerobohan Lahad Datu ni sebenarnya makin terserlah kebodohan kebanyakan orang kita. Harap belajar je tinggi2...hargai lah sikit orang yang jaga keamanan negara sendiri....

Supposed kita perlu naikkan iklan JAWATAN KOSONG macam ni:-
Di perlukan segera penasihat pertahanan negara. Mesti pandai post kat FB dan duduk dirumah sahaja sambil kutuk tentera dan polis yang tak pandai buat kerja di Lahad Datu. Lagi bodoh lagi bagus dan sangat layak.

 Perwira di sana bertempur melaksanakan misi....orang kat sini sibuk bermain dengan persepsi ....
Woiiitt!!! Sedarlah ini Negara Sendiri .. Jadilah rakyat yang mempunyai visi dan sama2 berdoa agar semuanya akan sentiasa dilindungi dan sentiasa harmoni..... 
Bukannya hidup penuh dengan rasa sangsi.

#Ya Allah...berikanlah kemenangan kepada perwira-perwira kami dan kekalkanlah keharmonian negara kami..


Jumaat, 1 Mac 2013

BR1M oh BR1M...dapat salah, tak dapat pun salah..


Salam...

Lama rasenya tak hapdet blog....almaklum ler, awal tahun memang aku busy dengan segala dokumen nak kena submit kat audit firm. Balik rumah jer, dah letih sesangat nak hapdet belog.

Rata-rata sekarang ni ramai orang tengah tunggu surat untuk ambik BR1M dan tak kurang pulak yang dah dapat pun BR1M tu kan??? Yang aku nak komen sikit pasal BR1M ni bukan ada kaitan ngan politik pun cuma nak ajak korang buat matematik sikit.....subjek ni memang aku suka sangat sejak dari sekolah dan sampai sekarang pun keje aku memang terlibat dengan segala angka ni.
aku hapdet kat belog ni sebab aku risau jugak sebenarnya bila aku komen kat FB nanti ada pulak golongan fanatik politik yang akan "meroyan" tak tentu pasal. Aku sebenarnya terkesan sikit nak bagi komen pasal BR1M berjumlah RM500 ni bila ada mulut2 sumbing yang kata BR1M RM500.00 bukan boleh guna untuk setahun.....
JOM!!! kita layan matematik golongan kurang kemampuan ni kejap ye kengkawan, pinjam formula sahabat aku kat FB....

1) Beras 10kg RM27.00 X 12 BULAN = RM324.00
2) Gula 2kg RM2.50 X 12 BULAN = RM30.00
3) Tepung 1kg RM1.35 X 12 BULAN = RM16.20
4) Minyak masak 1kg RM2.50 X 12 BULAN = RM30.00
5) Garam RM1.00 X 12 BULAN = RM12.00
6) Kopi RM3.00 X 12 BULAN = RM36.00
  Tambah lagi Teh RM3.00 .X 12 BULAN = RM36.00...

semuanya dalam setahun RM484.20...ada lagi baki RM15.80....boleh la buat simpan sikit atau boleh la masuk tabung mesjid sebulan RM1 lagi...mudah2an bertambah lagi rezeki...
so,....RM500 boleh lah guna untuk setahun kan???..kalau tahun depan ada lagi, alhamdulillah.....boleh ringan lagi beban...
aku tahu, bila tengok pengiraan ni, mesti akan ada lagi mulut2 yang berbunyi..."nasi je??? lauk xyah makan??" tapi korang kena la ingat jugak....BR1M ni untuk meringankan beban bukan nak tanggung semua...dan jangan pulak kita lupa yang penerima BR1M ni sume pun bekerja.....pandai2 ler dorang guna berjimat cermat. Kalau nak kaji ke lauk...memang la tak cukup...tapi sekurang2nya kalau mende yang sikit, kita jimat insyaAllah pasti cukup.....tapi kalau banyak, boros memang tak kan pernah cukuplah.....nama pun manusia kan...
 tapi maaflah.....aku ni bukan penerima BR1M dan memang tak layak pun....cuma aku sekadar berkongsi dari pengalaman menjalankan aktiviti bersama badan NGO untuk keluarga miskin ni dan itulah lebih kurang sifir golongan yang kurang kemampuan tapi pandai menggunakan apa yang dia terima dengan sebaiknya.....semoga diberkati semua mereka itu yang pandai bersyukur dan menghargai apa yang diperolehi....
#psssss.....bagi korang yang dapat BR1M, tapi bising-bising sebab makan ayam KFC seminggu sekali, makan Nando's 2 minggu sekali, pergi tngok wayang tiap tiap minggu, beli baju mahal, tukar telepon mahal, nak makan lauk sedap2, memang ler tak cukup duit BR1M RM500.00 tu.....
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...