SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 6 Mac 2013

Luahan Hati Perajurit Malaysia: Hormati perasaan kami keluarga ATM


Salam semua...


ORANG AWAM
kami bekerja waktu pejabat. jika rajin buat overtime. gaji kami besar. cuma perlu beri komitmen terbaik. kami sentiasa bersama keluarga. hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA
kami bekerja 24 jam sehari. Kalau malas baru kami dapat lelap2 ayam sikit. Gaji kami kecik tak setanding sijil dan masa perkhidmatan. Waktu perayaan kami akan dapat cuti jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. Tapi kami tetap kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Kami sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. Tubuh badan kami hanya utk negara, makanan kami ala kadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. Pakaian kami tak perlukan jenama.

APA YANG KAMI (TENTERA) DAPAT??
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.

betul ke aman?
aman bagi rakyat. tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. mental kami sentiasa diuji.

ORANG AWAM
boleh belahlah askar....penceroboh masuk senang-senang jer, askar buat apa?

TENTERA
kami tiada belas. ikutkan jiwa kami cincang penceroboh negara. tapi kami penuh disiplin. strategi kami demi rakyat yg tak berdosa. bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORANG AWAM
alaaahhhh..... polis kita dah mati.
giliran askar lah jalankan tugas

TENTERA
malaysia negara diplomatik. malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama. memang polis dah ada yang mati. tapi kalau tentera masuk campur. peperangan akan berlaku. bukan sahaja polis, malah org awam turut akan terkorban.

ORANG AWAM
dahlah.....memang kerajaan lembap....tentera pulak malas
kami rakyat ni yang ketakutan

TENTERA
inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami utk negara. tapi kami tetap setia kepada negara. nantikan arahan dan kami akan bertindak. tindakan kami ada strategi. polis pun hebat cuma mereka x diberi kuasa oleh undang2. rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi, kami mara. kerana Malaysia, kita yang punya.


#yang banyak bunyi nape x mcm tu....nape x mcm ni.....knape.....knape..dan knape??????? korang pikirlah dulu sebelum korang kuarkan status2 yg menyakitkan hati keluarga2 anggota keselamatan baik PDRM atau ATM... yang terpaksa berkorban untuk jaga keamanan negara...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...