SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 20 Februari 2012

DOAKAN KESIHATAN ADIK FARIS


ASSALAMUALAIKUM...

Punya lah lama aku tak update blog.....sibuk sangat dengan mcm2 program dan badan pun tak berapa bermaya untuk mengadap PC start dari cuti raye cina tempoh hari. Demam, batuk, selsema dan mcm2 hal yang timbul. Suara pun baru kembali asal dua tiga hari ni. Sebenarnya sejak aku tahu berita tentang adik Faris 2 hari lepas, aku nk update cerita dia tapi aku tak berdaya bila tengok gambar2 dia masa sihat. Asal nak tulis je, air mata aku menitis. Tapi hari ni, aku kuatkan semangat agar dapat update tentang adik Faris.

Hati seorang ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat tubuh anak kecil berusia 6 tahun ini menanggung derita. Serious, aku sebak dan menangis bila tengok gambar2 Faris kat FB ayah dia. Wpun aku dan ayah Faris ni bersama2 dalam satu kelab, namun aku x begitu mengenali beliau dan keluarga malah Faris sendiri. Tapi aku sangat2 sedih bila terpandang gambar2 Faris.

Menurut ayah Faris, dia dimasukkan ke wad Sime Darby Medical Center Subang Jaya (SDMC) sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, BARAH DARAH. Masa mula2 Faris dihantar ke SDMC, ayah Faris x tahu punca sebenar sakit tu dan dicover oleh insurance. Tak sampai 2 minggu kos perubatan dah mencecah RM75K.

Masa aku dapat tahu sabtu lepas, doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak dan dia bergantung 100% pada bantuan oksigen sebab x dapat bernafas sendiri. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mula gugur...YA ALLAH....

Menurut ayah Faris yang kami panggil ABAH, mereka dah x mampu menanggung bil rawatan Faris yang begitu tinggi dan memang telah bercadang utk transfer Faris ke hospital kerajaan minggu lepas tapi disebabkan keadaan Faris yg sgt kritikal & atas nasihat doktor serta tak mahu mengambil risiko, buat masa sekarang dia terpaksa kekalkan faris di SDMC sehingga keadaan dia mengizinkan utk dipindahkan ke hospital lain....

Oleh itu, bersama2 lah kita berdoa agar adik Faris ini segera sembuh. Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.

Berat mata memandang, berat lagi penderitaan adik faris ni. Sayup dan sebak melihat air mata adik Faris yg hampir jatuh ke pipi dalam menahan kesakitan dan dugaan yg Maha Esa.

Untuk abah dan keluarga, teruskanlah berdoa, berdoa dan berdoa. Tabahkan hati, kuatkan semangat kalian! jika aku yg tak pernah bersua muka dgn adik Faris boleh menitis airmata....apatah lagi kedua ibu bapanya...
  
Berusaha dan berusaha, bertanya kepada mereka yg pernah mengalaminya...aku dan keluarga mendoakan yg terbaik kpd adik Faris, Allahuakbar!!

Entah mcm mana lah yg dirasa oleh adik Faris, berikan dia semangat, janganlah kalian tunjukkan linangan airmata di depan adik Faris....Kau kuatkanlah semangat sahabatku ini ya Allah...


Kita mungkin tidak mampu mendermakan wang ringgit untuk membantu tapi doakan lah kesihatan untuk adik Faris semoga dapat kembali ceria seperti sediakala.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).



5 ulasan:

Liyana Izzati berkata...

InsyaAllah. Sama-sama kita doakan untuk adik Faris :)

Ain Zulaikha berkata...

Ya Allah semoga Engkau mendengar doa-doa mereka yang memerlukan bantuan dari Engkau. Sesungguhnya kami meminta pertolongan dari Engkau. Tidak pula kami berpaling dari Engkau. Ya Allah, sembuhkan lah adik Faris. kurangkan lah derita dan bebanan adik Faris. Amin....

ATIQAH MOHAMAD berkata...

YA ALLAH sedihnya tengok. semoga adik faris cepat sembuh. amin

ahmad berkata...

Ya Allah selamatkan lah adik faris ..
amin ~~

Unknown berkata...

Yang membaca ni turut rasa sebak.. Anak sekecil itu pasti ingin menjalani kehidupannya dengan sihat walafiat.. Insya allah, hanya doa yang mampu kami kirimkan untuk adik fariz... moga ada hati2 yang mulia membantu keluarga mereka... semoga adik fariz cekal dan kuat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...