SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 28 Mei 2012

Amirrul is 4 years now


Assalamualaikum..

Lama x hapdet blog ni...macam xde mood pun ada..hihihihi
macam xde cerita nak buat entry pun ye jugak...
eceli kepenatan badan ni yang membuatkan aku jadi malas nak hapdet blog untuk setiap aktiviti..
lagipun nk kena buat watermark lagi untuk gambar...aduyaiii...
aku ni malas sikit kalau keje2 remeh macam tue..tapi akan ku cuba untuk gagahkan diri hapdet setiap aktiviti yang aku buat.....bukan apa, mana tahu, satu hari boleh ingat semula bila baca kenangan2 lalu macam tu...??? dulu xde blog2 sume ni...dah ada, guna lah sebaik mungkin...ye dak??

malam ni aku nk citer pasal besday amirrul la pulak...
eerrrmmmm...sekejap je kan masa berlalu...dah masuk 4 tahun rupanya anak teruna aku tu. Patut lah orang dok tanya bila Amirrul nak dapat adik lagi...jawapan aku; "dah proses tapi x menjadi lagik"...
boleh gitu?? huhuhuhu
besday amirrul kali ni aku tak sempat buat macam tahun sebelumnya...sibuk sesangat. Tapi nasib baik dia kecik lagi...tak kisah sangat benda-benda macam tu. Kalau aku buat pun, bukan sebab nk celebrate besday dia...cuma nak bagi jiran2 makan jer...cuma kali ni, aku berkesempatan bawak Amirrul ke KL jumpa sepupu2 dia kat sana....kebetulan pulak Amirrul ngan sepupu dia tarikh lahir sama...so, auntie amirrul beli kek jugak untuk dia...suka sangat lah dapat makan kek tu.

tujuan asal ke KL tu sebab nak jumpa mertua aku yang turun ke KL (rumah anak dia kat Putrajaya). so, sebab kami pun dah lama tak balik kampung, hubby ajak g KL...adik-beradik hubby pun buat la jamuan makan2 family kami....itupun kat bengkel abang ipar di Gombak. Siap BBQ kambing ..

 BBQ kambing dalam proses

ni bakar kambing ke posing maut??

Kek besday Amirrul & Zaim

sekali celebrate, 4 orang sekaligus....jimat gitu...ni pulak kek Alia & Balqis

Amirrul bersama cousin nya....masing2 x sabar nak tiup lilin tu..



 Tukang masak professional kami merangkap adik ipar aku...

 Mak Teh Amirrul sedang bahagi2 kan kek pada ahli keluarga dan sahabat handai yang datang

 suka sangat lah dapat jumpa si kembar dia ni...

wahh...tak sangka pulak Mak Teh siap belikan hadiah untuk Amirrul. TQ so much.

Untuk Amirrul, mama dan abah sentiasa doakan agar Amirrul dapat menjadi seorang anak yang pintar, soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.


Rabu, 28 Mac 2012

Salahkah saling mengingati???


Assalamualaikum....


Dah agak lama x hapdet blog....busy sesangat seh dgn keje yang bertimbun.
Pelik jugak aku tgk bila ada blogger yang boleh update 4 hingga 5 status setiap hari.....
aku ni nk update satu citer pun ambik masa berjam2 jugak lah....he3
so, kali ni aku nak share 1 status kat FB aku yang dah buat "seseorang" terasa...
nak kata pedas tu aku x tahu ler tang mana pedasnya....jom kita share status aku nih.....



korang yang baca status ni ada terasa pedasnya kerr???
kalau ada, aku mintak maaf banyak2 sebab pada aku, x salah kalau kita nak berkongsi nasihat....
status ni bukan nak kena kan sesapa pun....tetiba ada yang melenting x tentu arah...
ishk, ishk,ishk
aku pun xde sebut nama sesapa dalam status ni sampai nk kata aku buat FITNAH...

pada aku senang, buat baik jer ngan mak ayah walaupun mungkin penah ada ketikanya kita amat terasa hati dengan mereka. biar je yg tak baik itu berlalu sebagai mimpi ngeri..
 yg penting kita dapat berbakti pada mereka.

seburuk mana pun mak ayah kita, jahat mana pun mak ayah kita, tetap akan jadi mak ayah kita sampai MATI...x boleh sesekali kita nak nafikan sume tu....
bila aku tanya kenapa marah tetiba baca status aku; boleh pulak cakap

"la, nk komen pun salah ke....klu xleh nk bg pandagan, xyah la berdawah ngan fb...tulis dan luahkan je kt buku pastu simpan.....br xde org komen"

yang peliknya, bila masa pulak aku berdakwah kat FB ni.....
status cam gini kira dakwah ker?? bukan nasihat atau memperingati???
FB aku, so aku rase suka hati akulah nk tulis apa....aku xde buku nk luah sbb aku jenis yang suka share dengan orang...cuma xdelah sampai nk memfitnah...tapi
lantak korang lah nk cakap apa pun....ada aku kesahh???

 Kalau Nabi SAW itu hanya melihat kesalahan dan menjauhkan diri, hari ini kita semua akan berada dalam kegelapan. Da’wah itu melihat setiap manusia, sejahat/sejahil mana sekalipun dia, perlu dibimbing dan diberi peluang untuk berubah. Kerana ini, Nabi SAW berjaya membimbing musuh menjadi sahabat. Kesalahan manusia Baginda perbetulkan bukan persalahkan.


Khamis, 15 Mac 2012

Muhasabah Diri


ASSALAMUALAIKUM...


Aku juga insan biasa.
Aku bukan malaikat dunia.
Aku juga punya impian dan cita.
Aku hamba yang amat perlu padaNya.
Yang tak pernah lepas dari khilaf dan dosa.

Kita ini sama saja di mata Dia.
Yang membezakan adalah Iman dan Taqwa.
Jika mahu ke syurga, biarlah bersama sama.
Jangan kerana kita tahu (berilmu) tapi tak bantu,
mereka merana di neraka.
Jangan kerana kita tahu tapi takut dibaling batu,
ditarik kita terjun sama ke sana.

Marilah kita sama sama muhasabah kembali,
moga bertemu di Jannah nanti.



Setiap gambar ada cerita


ASSALAMUALAIKUM...




pada suatu hari nanti
jasadku tak akan ada lagi
tapi dalam bait-bait sajak ini
kau takkan kurelakan sendiri

pada suatu hari nanti
suaraku tak terdengar lagi
tapi di antara larik-larik sajak ini
kau akan tetap kusiasati

pada suatu hari nanti
impianku pun tak dikenal lagi
namun di sela-sela huruf sajak ini
kau takkan letih-letihnya kucari.
---------
Setiap gambar ada cerita. Ada lagu. Tanya Yuna, dia tahu...


p/s: sekadar mengisi belog sebab dh lama x update disebabkan kesibukan kerja.


Isnin, 27 Februari 2012

JANGAN JADI PEMALAS

ASSALAMUALAIKUM..


Rasenya dah agak lama aku x membebel dalam blog ni. 
So, hari ni aku nk membebel sikit pasal orang2 kita nih. Sebenarnya lebih buat "kawan" aku yang sorang nih..
Yelah, mana tidaknya, kalau kita tahu yang kita ni memang tak boleh kerja dengan orang,
makanya ambil lah peluang buat kerja di rumah. Buatlah apa sahaja asalkan halal, mengasuh anak orang ke, mengajar tuisyen ke, upah dobi ke, memasak ke, upah lipat baju ke, ambillah apa sahaja.
Jangan bagi alasan tak ada kerja. Jangan jadi pemalas.

kalau rasa kita ni mengidam nak beli emas beso lengan, carilah kerja sikit
jangan tahu mintak ngan somi jer....kesian kat somi nanti membebankan dia pulak
kerja aje lah kat rumah tu kalau somi izin
kalau somi tak izin bersabar dan bersyukurlah dengan apa yang ada dan somi bagi.

jadilah qana'ah



Jumaat, 24 Februari 2012

TENANGLAH KAMU DI SANA WAHAI ANAK...


ASSALAMUALAIKUM...


Sepi terasa dunia ni setelah mendapat tahu tentang kehilangan Faris selama2nya....selepas update entry terakhir semalam, air mata ni x mampu lagi dibendung....sering teringat wajah2 arwah yang ceria wpun Faris itu bukan anak aku namun naluri ibu ini tetap tersentuh.

akhirnya kamu pergi jua wahai anak.....menamatkan segala penderitaan yang kamu tanggung. Allah lebih tahu itu yang terbaik buat kamu. Semoga kamu aman di sana.... Allah sudah pasti menjanjikan syurga untukmu wahai sayang......buat keluarga Abah banyakkanlah bersabar......redha dan tabahlah atas ujian ini kerana sesungguhnya tiada yg kekal bersama kita di dunia ini. Ada yg diberi olehNya, dan sudah pasti ada yg diambil olehNya semula.

 Allah lebih menyayangi diri arwah....Semoga arwah tenang di sana dan tergolong dalam golongan orang2 beriman... Syurga Firdausi menanti kamu di sana Sayang...



perginya sebutir permata...tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata......walau warnanya semerah darah

tidak mengapa wahai ibu....... tidak mengapa wahai ayah
Faris menantimu disyurga......dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak....dengan senyum dan tawa

innalillahiwainnailaihirojiun

ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan Faris ya Allah
kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu danbapanya
dan kau teguhkanlah iman mereka........
Semoga dugaan maha hebat ini dapat mereka tempuhi bersama

salam takziah buat keluarga Allahyarham Faris Nur Daniel.
PERGINYA SEBUTIR PERMATA..




Al Fatihah...

Khamis, 23 Februari 2012

ALLAH LEBIH MENYAYANGI FARIS


ASSALAMUALAIKUM...



Pagi ini menitis jugak airmata bile tahu adik Faris telah pergi untuk selama-lamanya sebentar tadi setelah 23 hari menanggung derita.....Allah lebih sayang kan adik faris dari kita semua....Dari dia kita datang dan dari dia jugalah kita kembali.....Ya Allah kau tempatkan lah adik Faris ini di dalam golongan org2 yang beriman dan tempatkan lah ia di dalam surga firdaus mu......Buat keluarga abah, semoga kalian tabah & redha atas pemergiannya...Amin.



ALLAH telah memberi ujian yg berbeza kpd kita tp itulah tanda ALLAH syg kn umat-Nya yg redha dan yakin akan ketentuan-Nya.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Bersama-sama kita doakan agar arwah Faris tenang di sana. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...