tapi aku lebih happy mcm ni....bebas nk buat apa je....yang penting sentiasa bersama family aku.
Okeylah...nak citer sikit apa yang aku buat skrg ni..
So, now selain daripada uruskan kedai stationery aku yang ciput kat taman ni, aku start buat bisnes melalui hobi tersembunyi aku selama ni...nak tahu apa??
Mesin ni dah lama aku beli.....bayar secara ansuran bulan2...
sebelum ni, mesin ni aku guna bila terasa nak menyulam je...atau ada hadiah nak beri kat kengkawan..
sekarang, hampir setiap hari aku guna mesin ni untuk siapkan tempahan... Ini yang aku katakan daripada HOBI menjadi sumber pendapatan tambahan aku sekarang...
NV950 Bother
Haaa....yang ni pulak mesin ke-2 aku...mesin ni pun dh hampir setahun aku beli... mesin ni dwi fungsi.....boleh menjahit dan juga menyulam...
So, kedua-dua mesin aku ni sekarang banyak menbantu aku menyiapkan tempahan. Syukur alhamdulillah..
My new life begins....doakan aku agar perjalanan kali ini lebih mudah dan membahagiakan hidup aku dan keluarga.... Lupakan kisah lama....mulakan hidup baru..
Mungkin agak pelik kenapa tiba-tiba saje aku berkongsi tentang perkara ini. Mungkin dah kehabisan idea atau ingin berkongsi apa samada apa telah aku lakukan ini tindakan yang betul atau tidak iaitu BERHENTI KERJA !!
Semua yang mengenali aku pelik apabila aku mengambil tindakan melepaskan jawatan aku di syarikat sedangkan aku juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham syarikat.
15 tahun aku di syarikat tersebut daripada bermulanya sebuah syarikat yang kecil hingga lah menjadi sebuah syarikat yang besar. Betapa ramainya kakitangan yang bersilih ganti sepanjang 15 tahun berada di situ bermula selepas aku tamat belajar pada tahun 2000. Realitinya memang bukan sesuatu yang mudah kalau kita sudah bergelar Pengarah Syarikat !!
Apa Alasan Yang Kuat Untuk Aku Berhenti Kerja??
Ada kalanya aku rasakan seperti satu kerugian kerana syarikat itu tidaklah beri banyak masalah kepada aku dari segi kerja atau masalah dari segi kakitangan sekalipun. Aku masih boleh bergaul dan bekerjasama dengan semua peringkat kakitangan di situ. Aku sendiri pun kadang2 kesian melihat keadaan kakitangan yang kadang2 seperti dipergunakan oleh "pihak2 tertentu" di dalam syarikat demi kebaikan diri sendiri. Walaupun kadang kala aku mempertahankan kakitangan di dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, tetapi suara aku kurang didengari memandangkan aku satu-satunya Lembaga Pengarah wanita.
Dari segi income??? Tak sebanyak mana diperolehi "Pengarah" lain setiap tahun. Itu juga salah satu sebab utama untuk aku mengundur diri. Cukuplah aku "diperbodohkan".
Mungkin juga masalah ini berpunca daripada pihak-pihak tertentu atau mungkin juga aku sudah berasa "tepu" setelah sekian lama terperangkap dengan segala tugasan yang dibebankan ke atas bahu aku. Walaupun aku rase diperbodohkan oleh pihak tertentu namun aku masih terus menjalankan tanggungjawab sepenuh hati memikirkan hak aku di dalam syarikat.
Namun selepas beberapa ketika, aku mula rase ragu-ragu dengan niat aku untuk meneruskan keputusan untuk kekal bertahan di syarikat itu dan perlu memikirkan tindakan yang perlu diambil setelah melihat beberapa "perkara" yang tidak patut berlaku makin "meluaskan jajahan" dan aku tidak dapat berbuat apa-apa. Segala benda buruk dah keluar depan mata satu persatu tanpa sebarang tindakan atau perubahan. Apabila aku cuba memperbetulkan keadaan maka perbuatan aku pula yang dipertikaikan. Jadi, aku ambil tindakan mudah demi untuk tidak memeningkan kepala otak aku yang selama ni dh cukup serabut.
Kenapa Aku Perlu Berhenti Kerja??
1. Bosan dengan rutin dan segala tugasan yang dilonggokkan kepada aku sedangkan tugasan tersebut perlu diserahkan kepada orang lain.
2. Agak tertekan dengan sesetengah pihak yang agak macam setan menyakitkan.
3. Terasa dipergunakan dan diperbodohkan.
4. Hanya diperlukan apabila tugasan tersebut hanya aku yang boleh lakukan.
5. Tersekat pada satu-satu tahap sedangkan kita berhak untuk mendapat sesuatu yang lebih baik dan yang lebih bagus.
6. Keadaan sekeliling yang mendorong aku untuk berhenti dengan kerenah dan perangai yang menyakitkan.
7. Bosan dengan segala janji manis.
8. Income yang aku terima tidak sepadan dengan tanggungjawab yang perlu aku lakukan.
9. Kawan-kawan sekeliling yang tidak boleh dipercayai.
10. Terpaksa mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga demi tanggungjawab terhadap kerja.
Bila menghadapi keadaan ini, aku yakin dengan keputusan yang aku ambil. Cukuplah sampai di sini aku dalam syarikat tersebut. BIARKAN MEREKA DENGAN CARA MEREKA. InsyaAllah, rezeki aku di luar lebih luas. Yang paling penting, aku dapat menjalankan tanggungjawab aku kepada keluarga aku dengan sempurna.
Kadang-kadang terfikir di sudut hati sewaktu masih bekerja apabila stress dengan keadaan sekeliling....sampai bila aku nak kejar dunia...sampai bila nak jadi hamba kerja....sampai bila nak anak dipersiakan....hati ini tidak lagi rela meninggalkan anak dibawah jagaan pengasuh dan ayahnya dan hanya melihat wajah kita menjelang senja....bila anak dah meningkat ke alam persekolahan, hati mula menghitung sejauh mana anak pandai agama, mengaji dan solatnya...
Itu belum lagi terfikir bagaimana terabainya seorang suami tahkala si isteri sibuk di pejabat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh orang lain.
Jadi, aku ambil keputusan untuk meninggalkan segalanya dan mulakan hidup aku yang baru. InsyaAllah, Allah ada bersama-sama. Cukuplah aku sampai di sini berkorban untuk orang lain tetapi tidak dihargai.
Perbezaan pendapat itu perkara biasa. Tak perlu nak marah atau meroyan rasenya kalau pendapat atau pandangan orang itu berbeza dengan pandangan atau pendapat kita. Sama juga dengan video Zahra yang viral dalam Fb pada minggu ini. Maaf, rasenya ada beberapa perkara yang aku tak berapa nak setuju dengan Zahra yang kononnya mewakili pemikiran rata-rata anak muda hari ini.
Mungkin ada orang yang akan kata, yelah sebab ko dah senang....ko tak hidup dalam situasi yang anak muda sekarang lalui. Siapa cakap??
Apa yang Zahra cakap atau baca skripnya tu memang ada betulnya juga tapi kita kenalah tengok juga realitinya. Cuma, kita tak salahkan 100% generasi anak muda kini kalau dari kecik kita dah disogokkan dengan budaya; belajar rajin2, nnti dapat masuk U....keluar U dapat keje bagus dan pangkat besar serta gaji mahal.
Dalam dunia realiti, keluar U je ko mesti kena pandai rebut peluang....apa saje kerja yang datang, ko kena rebut. Jangan memilih. Ko pastikan dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Jangan tunggu kerja dengan gaji besar je yang ko nak rebut. Dan, korang jangan ingat dengan kerja makan gaji tu korang boleh survived. Korang tak boleh depend 100% dengan gaji yang korang dapat tu. Kalau gaji 2K sebulan nak survive di KL memang tak mampu especially fresh graduate. Sebab tu ilmu kewangan tu sangat2 penting untuk korang cari. Memanglah mula2 korang akan rase susah tapi sampai bila korang nak terus susah?? Walaupun fresh graduate dengan gaji 2K++ tapi kalau korang tahu tentang money management yang betul, 6-12 bulan korang dah mampu keluar dari kepompong kesusahan tu.
Hakak sendiri pun pernah jadi graduan jugak....jadi, kalau korang kata susah nak survive dengan gaji 2K++ sebulan di KL, hakak lagilah susah dengan gaji RM400 di Kuantan pada tahun 2000. Tapi alhamdulillah, hakak tak ambik masa yang lama untuk berada dalam kesempitan hidup.
Ubahlah mentaliti kita....zaman kita tak sama macam zaman mak ayah kita dulu. Dulu ada diploma, degree dah confirm2 keluar U terus dapat kerja. Zaman kita persaingan tu sangat sengit. Kita tak boleh nak survive kalau dok pegang mentaliti zaman 80an, 90an. Kita kena control apa yang kita boleh control. Benda yang kita tak boleh control, kita usaha dan tawakal je pada Allah. Nak harapkan TPM dan Abang Jibby kita tu sedar diri merupakan benda yang kita tak mampu nak kawal....apa yang kita mampu buat adalah ubah mentaliti, cara berfikir dan teruskan berusaha untuk ubah taraf hidup kita.
Dah jadik lumrah graduan kita, asal keluar U je mesti nak keje best....gaji ribu riban...realitinya x macam tu dik....ko masih tetap kena usaha lebih untuk berjaya. Jangan nak harapkan sangat bantuan orang lain. Masih banyak ilmu ko kena cari.
Dalam dunia realiti hari ni, ko xkan boleh berjaya dengan mudah kalau ko x usaha lebih. Ko nak mintak kerajaan kawal harga rumah dsbnya?? Harga simen pun kerajaan x mampu nak kawal dik...tapi xde salah jugak kalau ko try mintak...mana tahu, harga rumah boleh turun lepas ni. Untuk hidup dalam dunia sekarang ni, kita kena matang. Kena sentiasa mencari jalan dan peluang....bukan hanya bertongkat dagu menanti bantuan datang.
Zahra, sekurang-kurangnya bapak dia masih mampu beri pinjam kereta untuk g keje....sangat2 beruntung berbanding zaman hakak ko ni dulu...nak g kerja, terpaksa tunggu 2,3 biji bas untuk sampai ke tempat keje.....masuk keje jam 8.30 pagi, pukul 6 pagi dah kena siap tunggu bas depan bus stop.
Jangan sesekali kita ingat bila dah belajar kat U, kita dh cukup bijak dan harus dipandang tinggi....dalam dunia realiti, kertas yang kita dapat tu cuma satu kelebihan bagi kita kalau kita pandai guna peluang yang ada. Kadang2 kita boleh tengok makcik jual goreng pisang lagi banyak income daripada korang yang keluar U.
Baru start kerja, jangan berangan nak beli rumah mahal2.....dapat beli rumah flat atau apartment je pun dah kira cukup bertuah berbanding orang lain. Ramai dikalangan kita dah kerja berpuluh tahun baru mampu beli rumah besar dan harta. Rumah yang mahal2 tu untuk semua anak MELAYU bangkit dari TIDUR!! Cari ilmu untuk maju dan berusaha. Jangan asik nak harapkan bantuan orang. Alasan2 yang banyak dalam diri anak2 MELAYU perlu dibuang jauh2 supaya tidak merempat di tempat sendiri berbanding bangsa lain. Faham2 sendiri lah anak bangsa kita macam mana.
Mentaliti kebanyakan mahasiswa kita kini yang terlalu manja dan kurang semangat juang. Spoon fed syndrome. Masih perlu bersuap walaupun dah keluar U. Masih mintak itu dan ini untuk senangkan hidup tanpa perlu berusaha. Banyak peluang dan ruang diberi oleh kerajaan tapi diabaikan dan tidak dicari. Jangan ingat peluang tu akan datang bergolek ke kaki kita jika tidak dicari dan direbut.
Dalam dunia realiti ini, ko cepat, ko dapat...ko berusaha, ko kaya....jangan sentiasa berfikiran negatif...usah, usaha dan terus usaha untuk mencapai kesenangan. Korang masih muda...anak muda akalnya perlu panjang. Jangan cepat mudah putus asa dan mengalah jika tak mahu merempat dibumi sendiri. Kena cepat rebut peluang yang ada.
Sampai bila anak muda kita nak sedar bahawa dalam dunia realiti ini, hidup ini mudah dan adil jika kamu mencari dan berusaha. Tidak ada sesiapa yang menganiaya diri kamu melainkan kamu sendiri. Percaya Allah itu ada sentiasa bersama kita. Nak ubah nasib hidup kita bukan kerajaan tetapi diri kita sendiri.
Keluarga aku ni dulu lagi susah dari korang semua....kami pernah makan nasi berlaukkan garam jer sebab takde duit nak beli makanan. Masa tu aku terfikir kenapa xde orang yang nak tolong keluarga aku?? Kenapa kerajaan tak tolong?? Ayah aku ada kerja pun asik kena tipu jer..
Masa tu aku sedar, sebenarnya orang yang paling sesuai untuk bantu keluarga aku adalah diri aku sendiri sebab hanya aku yang faham apa yang keluarga aku lalui pada masa itu. Aku kena bangkit dan ubah taraf hidup keluarga aku. Aku terima ujian yang Allah turunkan pada keluarga aku dengan redha.
Aku bangkit, tanam azam untuk ubah segalanya. Sejak itu, bantuan Allah sampai kepada kami sekeluarga. Satu demi satu jalan Allah buka dan tunjuk. Aku bersyukur. Walapun aku dan keluarga tak sekaya mana, namun kami bebas dari kesempitan hidup.
Bersederhanalah dalam kehidupan supaya kita rasa nikmat bersyukur terhadap rezeki yang kita ada.
sumber: google
#ini pendapat dan pandangan aku...korang x suka tu korang punya hal...
Jun 2015.....bermula segalanya. Setelah banyak berbincang, menimbang, bertanya dan berdoa, maka aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Aku TIDAK TAKUT untuk meninggalkan kerjaya setelah 15 tahun berkhidmat di "situ"…..melupakan apa yang dicita-citakan demi agama, suami, anak dan keluarga…..Aku TAK TAKUT kami miskin papa kedana apabila hanya suami yang bekerja……dengan rasa TIDAK TAKUT itu aku berkeras dan menolak jauh kebimbangan dan ketakutan keluarga apabila kami suami isteri sebulat suara…
Aku dapat rasa….suami sedikit gusar namun dia percaya pada keputusan aku dan yakin DIA …Allah tidak pernah kejam pada umatNya……aku tahu ramai yang memandang sinis apabila ditanya jawapan yang diterima “Rezeki Allah ada dimana-mana”………ini bukan bermakna aku hanya redha dan serah pada takdir untuk menentu segala……TAPI aku YAKIN dan PERCAYA…dengan usaha dan doa….Allah tidak akan biarkan umat yang memilih DIA ditempat pertama dan dunia menjadi no.2…
Aku berpegang pada KEYAKINAN yang Allah akan permudahkan hidup kami sekeluarga DENGAN NAWAITU aku berhenti kerja kerana mahu jadi isteri sempurna dan ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan agama…..dengan NAWAITU….memperbaiki aurat dan ibadat yang masih jauh dari sempurna…dengan NAWAITU….aku nak jadikan akhirat sebagai matlamat kami sekeluarga.
Allhamdulillah….janji Allah itu pasti…walau aku masih gagal memberikan Hak DIA……masih tidak lengkap ibadat wajib aku, masih kurang sujud aku pada DIA……DIA sentiasa mencukupkan rezeki aku. Adakala datangnya tidak terduga……apa yang paling berharga, ternyata keluarga makin bahagia kerana 100% masa aku sepenuhnya dapat ditumpukan pada keluarga.
Bukan bermakna aku tidak pernah diduga …tidak pernah berduka….namun pada setiap kifarah yang menimpa hasil dosa-dosa yang tersisa….aku masih bahagia….bahagia bukan kerana wang semata-mata…tapi bahagia terasa sentiasa berada dalam KECUKUPAN….bahagia kerana kami masih diberi kesihatan olehNya….bahagia kerana kami punya anak yang sihat sempurna…..bahagia kerana masih punya tempat berteduh yang buat anak gembira dan yang paling penting kerana aku sentiasa ada disamping mereka.
YA!….cukup simple sebenarnya…..namun ketenangan yang aku ada hari ini tidak pernah aku kecapi walau disaat aku mendapat kerjaya yang diimpikan dan dilimpahi dengan kemewahan.
Ternyata, ketenangan itu bukan bermakna aku mampu miliki apa yang diimpi….bukan terletak pada makan pakai mewah yang dihajati…tapi APABILA aku tidak lagi merasa takut atau bimbang pada ketidakcukupan dan pada kemiskinan.
YA ALLAH…TERIMA KASIH DIATAS KURNIAAN MU…JALAN YANG KAU TUNJUK PADAKU DAN KETENANGAN YANG KAU ANUGERAHKAN INI PADAKU..
Ramai yang pelik dan bertanya kenapa aku sanggup melepaskan jawatan serta gaji yang aku ada bukan?? Nanti aku akan coretkan kemudian kenapa ini pilihan aku selain ingin menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu serta demi keluarga aku.