Salam...
Alhamdulillah...akhirnya lepas doktor buat check-up pagi tdi, amirrul dah boleh balik rumah. Walaupun kuman dalam darah belum 100% hilang tapi dah banyak la kurangnya dan dalam paru2 pun dah takde tapi still guna masuk antibiotik lagi pagi ni dan tengah hari nanti. So, doktor kata dah boleh balik hari ni.....aaahhh..lega rasenya selepas dekat seminggu dok kat sepital ni...bosan tuh...huhuhuh
sempat jugak ler makan tengah hari sebelum check-out dan masuk antibiotik terakhir dalam darah.
keje biasa sementara tunggu nurse datang suntik antibiotik.
ibu jari yang kena jangkitan teruk dah start mengelupas kulitnya...
masih ada sikit yang masih belum baik sepenuhnya..
kawasan yang kena jangkitan kuman yang keras lepas masuk antibiotik start mengelupas...
dalam proses pemulihan...
keluar wad je malam trus gi makan kat luar...penat nak masak...
walaupun nampak macam takde apa2, masih tetap kena berhati2 bila dia batuk dan muntah2 sebab jangkitan kuman tu bila2 masa boleh datang semula. Walaupun dah keluar wad, tetap kena ambik antibiotik dan sapu krim pada semua jari2 yang kena jangkitan. Setiap pagi dan malam kena rendam jari2 tu dalam air ubat yang dibekalkan untuk matikan sume kuman2 yang tinggal. 22hb ni kena refer balik ke pakar untuk ambik darah lagi dan buat medical check-up. Hopefully sume akan berakhir....
tak dapat aku bayangkan macam mana ibu bapa yang ada anak yang sakit dan terpaksa jadikan hospital rumah kedua mereka. Aku yang seminggu ni pun rase macam dah tak sanggup...inikan pulak mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
2 ulasan:
luqman doakan supaya amirrul sihat dan sembuh cepat2..amin.
amin..terima kasih ;)
Catat Ulasan