SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 13 Disember 2012

Masih di KMC lagi...



Salam...

untuk entry kali ini aku masih lagi di hospital. Semalam dan hari ni aku dah start kerja kat pejabat. Anak aku mr hubby yang tunggu pada waktu siang dan malam pulak giliran aku pulak. Anak aku ni walaupun kena tahan wad tapi dia tetap aktif macam biasa je. Sebab tu aku tak ler risau sangat tinggalkan dia dengan mr hubby tu. Memang dari luaran nampak macam takde masalah pun.

Hari ni anak aku dah ok sikit. Neb dah dikurangkan setiap 4 jam sekali termasuk antibiotik ke dalam darah tu. Jari dia pun dh start boleh dibengkok kan dan nanah dalam ibu jari tu pun macam dah start hilang. Doktor kata kuman2 tu dah makin kurang. Alhamdulillah. 

Setiap hari, pegawai bertugas kat kem akan datang melawat. macam2 buah tangan dan makanan ada sampai tak habis nak makan. Kalau macam nilah, memang gumuk ler dok kat hospital ni. Dah la dapat makan sedap, buah tangan pun tak putus2.

rasenya 2,3 hari jugak lagi lah baru anak aku ni keluar wad bila tengok rekod doktor tadi. Takpelah...yang penting dia sihat. Esok giliran aku pulak jaga dia sebab cuti ehsan mr hubby dah tamat. Confirm bosan menunggu dalam wad ni. Harap2 line tenet ok lah esok. Kalau tak tentu terkulat2 aku kat sini....huhuhuhu
 
Tension sikit sebenarnya nak update entry dari wad ni sebab guna broadband jer....so, kengkadang bila nak upload gambar tu berkurun2 ler jugak nak tunggu siap tu.....setakat guna facebook tu xde masalah la sangat.



 ni jelah keje dia seharian dalam wad. Kalau tak makan, main game. memang gemuk kalau lama dok macam ni dalam wad.

ada yang tanya...kenapa aku tak ambik gambar jari2 dia yang bengkak dan bernanah tu....nak tahu kenapa?? takut nanti ada pulak orang tak lalu nak makan bila tengok gambar tu...

nantilah aku update gambar jari2 dia yang nak baik nanti. 
aku harap anak aku ni cepat2 dapat keluar dari wad ni dan sihat macam biasa hendaknya.

amin..






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...