SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 22 Disember 2011

NGKO RASE NGKO MULIA SANGAT ??


ASSALAMUALAIKUM...


Petang semalam lepas aku balik kerja, aku singgah kat satu umah jiran nih. Dah lama x jumpa mak die. Saje nak bertanya khabar berita. Dalam dok borak2, makcik nih mintak aku untuk menegur seorang hamba ALLAH yang berjantina perempuan tapi perlahan lahan cuba untuk menukar dirinya menjadi lelaki.
Hamba ALLAH ini masih muda maka ibunya meminta aku menasihatinya.
Aku pun nasihatlah sekadar yang aku mampu.
Aku tanya apakah cita-citanya hendak menjadi lelaki ?

gambar sumber google

sebelum kakaknya yang merupakan salah sorang kawan aku satu ketika dulu, keluar dan menegah aku dari menasihati adiknya. Kakaknya jugak menghalau aku keluar dari rumah dengan alasan aku xde hak untuk menegur adiknya itu. Aku x sempat menghabiskan ayat aku iaitu aku ada hak sebagai seorang Muslim untuk menegur muslim yang lain.
Walaupun kena halau keluar, aku keluar dengan bermaruah.
Minggu depan aku datang lagi sebab aku dh janji ngan mak dia.

Yang menjadikan cerita ini menarik kerana kakaknya berkata "Engkau pun dulu teruk juga kan".

Ya benar, dulu aku lah manusia jahil, aku lah manusia paling nakal, aku lah paling seksi dan meletop di kawasan tempat aku tinggal, aku lah yang paling susah senyum, aku lah segala-galanya, tapi aku dah berubah. Aku dah bertaubat.

Aku dah tak pakai seksi, aku dah perbaiki akhlak aku, aku dah senyum selalu, aku dah x sombong ngan sume orang, aku jd isteri mithali untuk suami dan anak aku, 
aku dah buang kejahilan aku dengan berusaha menuntut ilmu.

Aku cuma ada satu soalan, ngko ungkit masa silam aku, aku itu, aku ini, aku jahat, aku teruk,
yang ngko sendiri mcm mana?? sejak dari dulu hingga skang ni, ngko sendiri panggil mak ngko sebagai keturunan babi, ngko sendiri panggil ayah ngko sebagai &%^#(%(#(#, pukul adik-beradik ngko, memaki hamun orang, maki hamun laki ngko sendiri, panggil anak2 ngko anjing, ngumpat sana-sini, solatnya tidak, ngko pukul mak ngko, (aku rase x perlu aku bagitau sume).

Apakah ngko rasa ngko lebih baik dan mulia dari aku??

walaupun abu jahal sudah mati tapi sifat dan perangainya tetap wujud sampai kiamat.
Walaupun ngko kata macam2 kat aku,
aku tetap doakan agar satu hari nnti ngko akan dapat hidayah.

gambar sumber google

3 ulasan:

Abang Rambo berkata...

akak dipihak yg benar...so tabahkan hati...:)

Cik Sibuk berkata...

ish..mmg ada ke orang buat cam gitu dekat mak sendiri? adehh, ingatkan dalam drama aje.

orang cam gitu, jenis baget bagus lah. ada ke ngan mak sendiri buat cam gitu..

saya yang baca ni lak naik geram..

:: yuslina berkata...

itulah ragam manusia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...