Assalamualaikum...
Lama kan aku tak hapdet blog ni...hahhaha..bukan disengajakan..memang sekarang ni aku busy sesangat dengan keje dan baru-baru ni adik aku pulak terlibat dalam kemalangan...aduhhaiii..
Kereta memang hancur lah tapi nasib baik dia tak cedera teruk sangat....cuma luka-luka kecil kat lengan dan peha je...kat kepala pun sikit jer....yang teruk cuma lutut dia jelah. Seminggu jugak lah kena tahan kat hospital Kuala Krai aritu sebelum dapat transfer balik ke Kuantan.
Macam mana boleh exsiden??? memang tak boleh salahkan takdir lah kan bila nk kena tu...cuma sedikit terkilan, orang lain punya angkara, orang lain yang kena....eerrrmmm..apa2 pun sume dh jadik...syukur sangat2 lah adik aku tu xde apa2....risau giler masa dapat call 2hb tu...
Actually, dia balik kampung dengan bapa sedara aku tu...kenduri kawin anak dia (sepupu aku) ....masa on the way balik kuantan, dia baru je keluar dari rumah pakcik aku yg dok kat kelantan tu x sampai 5 minit pun...sampai kat satu selekoh tu, ada sebuah kereta wira memotong....depan kereta adik aku ada sebuah lagi kereta...so, kereta tu mengelak dan turun ke kaki lima sebelah kiri jalan (laluan adik aku)...masa kat situ pulak, dia nk mengelak daripada langgar sebuah kereta waja yang baru nak keluar simpang...jadi, dia terpaksa naik semula ke main road dan heret kereta adik aku tu.....
kalau tengok keadaan kereta tu, memang dah arwah ler...kereta tu memang dah TOTAL LOST....xpelah, kereta boleh beli lagi...nyawa??
kalau tengok kedudukan kereta ni macam adik aku je yang salah kan??? huhuhuhu
keadaan kereta di tempat kejadian....kereta adik aku yang warna biru tu...
kereta ni memang TOTAL LOST la....buat kereta track jelah lepas ni..
alhamdulillah, pakcik aku cuma cedera di bahagian muka jer...kena tahan wad pun sehari je kat hospital machang
dah macam robot cop dah masa kat sepital nih...
adik aku keluar dari bilik bedah.....operate tempurung lutut yang hancur tu..
before operation
cedera sikit kat muka
after operation lutut yang hancur..
pengeluaran darah kotor dari bahagian operation..
dah x sedarkan diri selepas operation..
kesan ubat bius after operation..
masa ni dah start demam sebab menahan kesakitan..
Hospital Kuala Krai yang jadi rumah kedua aku selama 1 minggu...
Kadang2 sebagai pemandu ni kita kenalah ingat orang lain jugak kalau kita tak sayang nyawa sendiri sekalipun...jangan disebabkan kita, orang yang tak bersalah menjadi mangsa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan