SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 2 Januari 2013

Yeeaahhaaaa.......Back to School


Salam semua...

Hari ni mak ayah sume sibuk sebab anak-anak dah kembali ke sekolah.
Tak ketinggalan juga dengan aku. Amirrul pun start sekolah hari ni...still kat sekolah yang sama tapi dah masuk kelas 5 tahun pulak..
Kat luar rumah, pagi2 lagi dah bising bebudak tunggu bas sekolah. Xcited sungguh dorang walaupun hujan hari pertama sekolah ni. Sume bersemangat nak pegi sekolah terutama yang baru masuk sekolah...confirm ada yang sampai tak lena tido gara2 nak g sekolah dan pakai baju sekolah baru. Teringat pulak zaman aku dulu2.

Hari pertama di Tadika Seri Permata Gemilang hari ni, pelbagai gelagat dapat aku lihat. 
Haru biru pun ada tapi cikgu2 tetap tabah melayan....
 untuk anak2 semua, tinggalkan 2012 yang penuh dengan pengajaran, jadikan 2013 penuh dengan keazaman dan kejayaan.

 gambar kabur sebab henpon aku sejuk....kuikuikui
My boboi bergaya dengan beg baru.....kalau koyak jugak beg ni tak tahu ler aku...

 xcited nak gi sekolah....7.30 pagi dah siap..

tahun ni saya pakai kasut hitam ye kengkawan....

 cousin Amirrul merangkap kembarnya pun dah start sekolah tahun ni....all the best Harith

 sama tak macam Amirrul??? cuma sekarang ni Amirrul dah kurus...Harith je still maintain.
For sure Harith xcited sesangat hari ni...hihihi
 
 Dalam dok bercerita ngan sahabat2 tentang kegembiraan menghantar anak2 ke sekolah hari ni, teringat sorang kawan berkata....dia hantar anaknya ke satu sekolah Tadika Islam kat kawasan ni...
Cuma yang tak best hari ini satu pemandangan yang ganjil dapat dilihat jugak, si ibu antar anak ke tadika Islam, sekolah agama, tapi si ibu tidak bertudung....pakaian pulak tu seksi sesangat!! Kesian anak dia....malu bila ramai orang dok memandang si ibu.
 eerrrmmm...kata kawan aku, mungkin si ibu mengharapkan anak masuk syurga tapi membiarkan diri sendiri ke lembah dan jurang neraka pulak!! 
dunia akhir zaman...

Pada pendapat aku, kita doakan saja semoga si anak itu akan "mendidik ibunya". 
Walaupun dirinya begitu, ada secebis "iman" untuk mungkin melihat anaknya tidak menjadi seperti dirinya. Mungkin si ibu inginkan anak yang soleh/ solehah, yang akan mendoakannya bila dia mati. siapa tahu dalam hatinya terdetik rasa ingin berubah, tapi dia tidak tahu bagaimana. 
Kita tidak layak untuk menghukum.



3 ulasan:

Yana Sakura berkata...

selamat kembali ke sekolah kpd ank akak :)

comel je bdak2 nie..hehe

:: yuslina berkata...

tq yana...huhuhu

Jujue Ahmad berkata...

Wah seronoknya amirul masuk sekolah, teruja je tengok muka tu. Smart je pakai baju sekolah. Semalam pun Afiqah pun start masuk sekolah untuk 4tahun, gawat sungguh time anto sempat blari menyorok belakang wan, muka punya la sedih xnak masuk kelas. Adoi pening2, pujuk pn xmakan dah.. Sabor jelah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...