SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 22 April 2013

Takziah untuk Kak Niza


Salam semua...

Pagi ni aku dan rakan pejabat dikejutkan dengan kematian ibu kak niza....arwah meninggal akibat jangkitan kuman selepas pembedahan jantung kerana buah pinggang arwah tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi hari ni aku dan teman2 pejabat sempat meluangkan masa melawat kak niza dan keluarga serta menghantar jenazah sehingga ke tanah perkuburan.

Untuk kak niza, salam takziah dan redhakan arwah pergi. Mudah-mudahan dapat bertemu kembali di akhirat nanti. Buat yag masih hidup ni kenalah teruskan perjuangan di muka bumi. 

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.
Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"


 sumber gambar: google

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...