SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 23 Jun 2015

Rezeki..

Salam semua...

Dah bermacam usaha buat tetap tak menjadi-menjadi.
Perkara yang hampir digenggam tetiba menjauhkan diri.
Dah hampir nak dibayar, namun disaat akhir berubah fikiran.
.
Pernah kan kita menghadapi situasi sama macam di atas ini?

Hurm, tapi KENAPA ini terjadi?
Lalu, kita pun terasa hati dan jatuh emosi menjunam. Kenapa dan kenapa terus berlegar.
Sebenarnya, ini jawapan nya.
"Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun),..."
(Maksud sebahagian ayat 21, surah Al Mulk).

Jadi, 
1) Janganlah bersedih.
2) Bersangka baiklah dengan takdir Allah
3) Teruslah berusaha sebaiknya dan carilah ilmu sehabisnya (tentang sesuatu perkara)
.
Boleh jadi apa yang kita fikir baik itu tidak baik sebenarnya buat kita.
Boleh jadi ada perkara terbaik sedang Alah susun buat kita seandainya kita tetap bersyukur dengan takdir Allah.







Isnin, 1 Jun 2015

Berhenti Kerja: Satu Tindakan Bijak??


Salam...


Jun 2015.....bermula segalanya. 
Setelah banyak berbincang, menimbang, bertanya dan berdoa, maka aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Aku TIDAK TAKUT untuk meninggalkan kerjaya setelah 15 tahun berkhidmat di "situ"…..melupakan apa yang dicita-citakan demi agama, suami, anak dan keluarga…..Aku TAK TAKUT kami miskin papa kedana apabila hanya suami yang bekerja……dengan rasa TIDAK TAKUT itu aku berkeras dan menolak jauh kebimbangan dan ketakutan keluarga apabila kami suami isteri sebulat suara…


Aku dapat rasa….suami sedikit gusar namun dia percaya pada keputusan aku dan yakin DIA …Allah tidak pernah kejam pada umatNya……aku tahu ramai yang memandang sinis apabila ditanya jawapan yang diterima “Rezeki Allah ada dimana-mana”………ini bukan bermakna aku hanya redha dan serah pada takdir untuk menentu segala……TAPI aku YAKIN dan PERCAYA…dengan usaha dan doa….Allah tidak akan biarkan umat yang memilih DIA ditempat pertama dan dunia menjadi no.2…
Aku berpegang pada KEYAKINAN yang Allah akan permudahkan hidup kami sekeluarga DENGAN NAWAITU aku berhenti kerja kerana mahu jadi isteri sempurna dan ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan agama…..dengan NAWAITU….memperbaiki aurat dan ibadat yang masih jauh dari sempurna…dengan NAWAITU….aku nak jadikan akhirat sebagai matlamat kami sekeluarga. 
Allhamdulillah….janji Allah itu pasti…walau aku masih gagal memberikan Hak DIA……masih tidak lengkap ibadat wajib aku, masih kurang sujud aku pada DIA……DIA sentiasa mencukupkan rezeki aku. Adakala datangnya tidak terduga……apa yang paling berharga, ternyata keluarga makin bahagia kerana 100% masa aku sepenuhnya dapat ditumpukan pada keluarga.
Bukan bermakna aku tidak pernah diduga …tidak pernah berduka….namun pada setiap kifarah yang menimpa hasil dosa-dosa yang tersisa….aku masih bahagia….bahagia bukan kerana wang semata-mata…tapi bahagia terasa sentiasa berada dalam KECUKUPAN….bahagia kerana kami masih diberi kesihatan olehNya….bahagia kerana kami punya anak yang sihat sempurna…..bahagia kerana masih punya tempat berteduh yang buat anak gembira dan yang paling penting kerana aku sentiasa ada disamping mereka.
YA!….cukup simple sebenarnya…..namun ketenangan yang aku ada hari ini tidak pernah aku kecapi walau disaat aku mendapat kerjaya yang diimpikan dan dilimpahi dengan kemewahan.
Ternyata, ketenangan itu bukan bermakna aku mampu miliki apa yang diimpi….bukan terletak pada makan pakai mewah yang dihajati…tapi APABILA aku tidak lagi merasa takut atau bimbang pada ketidakcukupan dan pada kemiskinan.
YA ALLAH…TERIMA KASIH DIATAS KURNIAAN MU…JALAN YANG KAU TUNJUK PADAKU DAN KETENANGAN YANG KAU ANUGERAHKAN INI PADAKU..
Ramai yang pelik dan bertanya kenapa aku sanggup melepaskan jawatan serta gaji yang aku ada bukan?? Nanti aku akan coretkan kemudian kenapa ini pilihan aku selain ingin menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dan ibu serta demi keluarga aku.



Isnin, 5 Januari 2015

Aku yakin dengan keputusan aku!!


Salam..


Walau apapun yang berlaku, keputusan yang aku buat kali ini dah MUKTAMAD.
Aku yakin, aku tidak pernah kesal dengan keputusan yang aku buat.
Percaya dan yakin, Allah akan sentiasa bersama aku dalam segala perancangan yang aku lakukan.

Aku ada Allah.
Aku Kuat.
Aku okey.
InsyaAllah....segala yang berlaku adalah dari Allah semuanya.







Khamis, 1 Januari 2015

Selamat Tinggal 2014 - Tahun yang penuh duka


Salam...

Tahun demi tahun silih berganti.
Namun tahun 2014 meninggalkan sejarah tersendiri. KESEDIHAN
Kejutan demi kejutan mengambil tempat. Dengan kehilangan MH370, MH17 yang terhempas, disusuli banjir besar yang melanda negara dan diakhiri dengan QZ8501.
Bagaimana air mata ini tidak mengalir jika kisah sedih menusuk hati bagaikan jarum berbisa.
Di saat ramai warga kota meraikan tahun baru dengan percikan bunga api menerangi angkasa tak henti-henti, saudara kita dirundung kesedihan akibat bencana banjir besar yang melanda.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kehilangan mata pencarian bagi mereka yang berkerja bergaji hari. 
Kemusnahan harta benda yang melumpuhkan segala kegiatan seharian mereka.
Lebih malang lagi ada di antaranya kehilangan orang-orang yang disayangi.
Walau aku tidak menghadapi keadaan itu, namun aku cuba mengerti dan menyelami kesedihan mereka yg teramat-amat sangat itu.

Kini terpahat dalam kenangan tahun sedih buat saudara/saudari aku dan ramai lagi warga Malaysia yang ditimpa musibah. Kami menangis dan meratapi atas kesengsaraan yang mereka hadapi. Doa dan harapan agar jangan Ia ia berulang kembali di masa akan datang.
WAALLAHUALAM.




2015 kini membuka tirai baru
Tutupilah kesedihan yang berlarutan dan digantikan dengan sinaran gemilang.

Hadirkan bintang kejora
Hadirkan cahaya bulan
Hadirkan pelangi indah
Hadirkan cahaya matahari

Selamat tinggal tahun kesedihan.


#First entry di tahun baru.
#Pray4 pantai timur


Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka Day...


Salam...

Punya lah lama tak hapdet belog aku ni....banyak betul dugaan yang datang bila nak update belog. Dari hari ke sehari. Ingat senang ke nk hapdet tiap2 hari??? nk kena ada mood jugak tau....
but. it's oklah....aku akan cuba pastikan belog aku ni x bersawang terus. hehehe

so, ambik masa nak wish kat korang sume selamat bercuti dan menyambut merdeka. Moga2 cuti yang korang dapat tu dimanfaatkan sebaik mungkin bersama family.


sempena merdeka ni jugak, kita hapdet sikit tentang Penghormatan terhadap lagu Negaraku di pawagam yang sekarang tengah HOT berlegar kat FB.

 Ada yang bermoral tinggi, bangun berdiri, sama2 bernyanyi.
Ada yang miskin peribadi, duduk silang kaki, buat tak peduli.


 Jika kamu tak reti hormat lagu negara sendiri, kamu tak layak berlindung di bawah negara Jalur Gemilang ini. How can you possibly expect this country to protect you, when you don't even know how to show a simple gesture of respect to our national anthem? 

pada aku, it's simple...
orang yang tak reti hormat national anthem bermakna either dia memang betul2 tak tahu cara hormat or dia mmg 'bodo takleh diajar, cerdik takleh dipakai'...


Selamat Hari Merdeka



Selasa, 22 April 2014

A part of me...


Salam...


 A part of me.... the bond between a mother and her children is forever... indescribable indeed....
I just love our adventures together...

Create beautiful moments and memories with your children. 


May Allah guide us to the straight path. To become good people of this world...
May we prepare them to face an uncertain future ahead...
As Muslims...may we prepare them and teach them the core fundamental of our belief...
the concept of Tauhid...
to have good akhlaq...to read, memorize, live and understand the Quran.
May we be guarded against the greatest fitnah yet to come. 


I love this picture. Just thought it's worth sharing.

Only hope that we'll be together until jannah. Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...