bukan berpihak pada sapa2....
dan ini cuma hanyalah pendapat ikhlas...
dan ini cuma hanyalah pendapat ikhlas...
ekoran pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Siapa kata orang Islam yang menerima bantuan dan pertolongan bukan Islam itu salah? terutama bantuan gereja atau orang Kristian yang sedang hangat diperdebatkan hari ini, Jika itulah faktanya, bermakna sejak Nabi Muhammad SAW lahir, kemudian menjadi anak yatim piatu semasa kecil, siapakah yang membantu Baginda?
selepas dilantik menjadi Rasul pun, ketika itu, agama Islam baru sahaja diturunkan, siapakah orang di sekeliling Nabi? Orang Islam atau bukan Islam? Jawapannya, sudah tentulah orang bukan Islam. Siapakah bukan Islam itu? Ada beberapa kategori. Pertama, yang pro dan simpati dengan Islam. Kedua, golongan anti Islam, pura-pura baik kerana ada udang di sebalik batu. Ketiga, musuh Islam yang sebenar seperti Yahudi dan Nasrani.
Dalam kes gereja DUMC dan sebahagian Kristian, kategori manakah mereka?
Manakah satu kafir zimmi dan kafir harbi, fikir2kanlah sendiri.
Malah, sebelum nabi diangkat menjadi Rasul, Rasulullah menerima bantuan daripada bukan Islam yang simpati dengan Islam. Sebahagian orang bukan Islam ketika itu (termasuk Yahudi) tidak ada agenda tersembunyi atau ada udang di sebalik batu.
Yang paling menyedihkan Baginda SAW adalah pemergian Abi Talib, yang masih lagi tidak memeluk Islam, sedangkan pengorbanannya terhadap Islam tidak ada tolok bandingnya.
Jika Nabi bertindak tidak menerima bantuan bukan Islam, apakah mungkin Islam boleh berkembang? Hanya Allah SWT yang tahu.
Perkara pokok yang perlu dibincangkan sebenarnya bukanlah soal boleh atau tidak, orang Kristian membantu orang Islam atau orang Islam membantu Kristian! Tetapi perkara pokok adalah, apakah agenda tersembunyi, yang tersurat dan tersirat di sebalik bantuan tersebut?
Namun demikian, umat Islam kita sendiri juga patut dipersalahkan kerana ‘membenarkan’ orang Islam mencari orang Kristian untuk mendapatkan bantuan atau didekati oleh Kristian untuk dibantu. Jika orang kaya berperanan dan sedar diri, serta zakat diagihkan dengan betul, tidak ada orang Islam yang merempat di muka bumi bertuah ini.
Persoalannya, kenapa umat Islam masih merempat? Kenapa kita tidak mencari mereka? Kita hanya menunggu mereka datang meminta bantuan? Kita tidak bertindak seperti contohnya Khalifah Omar atau Umar Abdul Aziz. Khalifah-khalifah ini sibuk mencari orang miskin tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Yang ada dalam benak fikiran mereka, orang yang memerlukan mesti dibantu.
Sama juga soal dakwah. Mengapa kita tidak pergi berdakwah kepada bukan Islam dan hanya menunggu mereka datang menyerah diri ke pejabat agama atau PERKIM untuk memeluk Islam? Dakwah sebenarnya melalui banyak cara bukan pergi dan berdialog mengenai agama semata2. Perbuatan kita, tingkah laku kita, berdamping dengan mereka dengan cara yang baik...itu semua adalah dakwah. Umat Islam perlu mendekati bukan Islam, bukannya menunggu mereka datang menyerah diri. Jika begitulah keadaannya, bagaimana Islam boleh berkembang di zaman para Nabi?
Bagaimana kita berbeza dengan kristian?? Berbeza dengan Kristian, mereka keluar berdakwah mendampingi sasaran untuk menyebarkan dakyahnya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang Cina dan orang Asli beralih kepada agama Kristian. Missionari mereka tidak hanya datang dengan dakyah tetapi dengan bantuan wang ringgit sebagai penarik.
Kadangkala, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana memang menjadi tanggungjawab dan kewajipan mereka menyebarkan dakyah agamanya.
Sama seperti tanggungjawab kita menyebarkan agama kita.
Cuma silapnya Kristian adalah, mereka mendakyahkan agamanya kepada orang Islam yang dilindungi Perlembagaan. Jika mereka berdakyah kepada bukan Kristian yang lain, mungkin tidak banyak timbul masalah. Namun, mereka amat licik. Kristian tahu jika sekadar berdakyah kepada yang bukan Kristian (bukan Melayu), impaknya tidak seberapa. Justeru, mahu tidak mahu mereka mesti berdakyah kepada orang Melayu yakni Peribumi, walaupun dilindungi Perlembagaan. Sokongan Melayu amat penting untuk mendapatkan Melayu yang lain.
Bayangkanlah ketika seseorang memerlukan bantuan dan terdesak, tiba-tiba kita didatangi seorang penyelamat yang menghulurkan bantuan, tidakkah kita rasa terhutang budi? Nasihat yus, biasakanlah diri dengan kerja-kerja NGO, kita semua pasti akan tahu apa perancangan Kristian sebenarnya.
Sepanjang aku dan teman2 seperjuangan menjalankan kerja2 NGO tanpa bantuan mana2 pihak kerajaan, kami sebenarnya sedih sangat melihat masih ramai orang Islam kita yang hidup dalam keadaan yang begitu daif walaupun negara kita amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai..masih ramai sebenarnya yang masih keciciran tanpa dipedulikan oleh mana2 pihak.
meh aku tunjuk sikit antara golongan Islam kita yang begitu daif dan amat memerlukan bantuan dan masih dipinggirkan. Jadi mari kita fikir-fikirkan di mana sebenarnya silap kita...
rumah yang dihuni oleh pasangan suami isteri
rumah yang disewa RM50 sebulan tanpa bilik dan bilik air yang sempurna
rumah yang didiami oleh 6 orang ahli keluarga daif
rumah didiami oleh warga emas dan anak
mengapa keadaan ini masih ada dalam masyarakat kita??? Tepuk dada tanya selera..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan