SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 6 Januari 2012

Kecoh Pasal Amalina

Salam...


Lagi2 pasal Amalina....dalam FB, dalam blog, dalam Twitter sume citer pasal Amalina.
Aku xnk menyokong sapa2....tapi komen2 yang aku baca tu betul2 mengaibkan dia.
Kesian kat dia. Kenapa kita nak cerca dan hina dia sebegitu rupa???
memang betul dia dah berubah.....jauh ke jalan yang salah....tapi kita ni betul sangat ker sampai hina dia macam tu sekali???

Kadang2 kita ni bila bercakap langsung xleh terima pandangan orang lain. Mcm ada sorang hamba Allah nih...Dah la dok bercherita, mengumpat pasal Amalina ni kat tepi longkang, bila di tegur, marah2 kita semula. Katanya, kita nih kalau x nk ambik tahu jgn dok sibuk.

Ya, betul...jangan sibuk. Tapi kalo rasa ikhlas nak bagi nasihat, gi lah beli tiket kapal terbang gi ke London sekarang jumpa ngan Amalina. Nasihat depan depan gitu.
Jangan dok kutuk2 tepi longkang.
Jangan mengutuk dia, jangan melaknat dia kerana dia tidak menutup aurat.
Yang kita nih tutup aurat tapi mengumpat dan melaknat orang sana sini apa cerita pulak??

Ya, kita benci perlakuan tidak menutup aurat, tidak menutup aurat adalah haram
tapi bukan sesuka hati ngko boleh laknat orang.

Ngko kena ingat sikit hadis yang Rasulullah saw yang tak bagi para sahabat melaknat seorang peminum arak.

‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh menerangkan bahawa pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terdapat seorang lelaki yang bernama ‘Abd Allah, manakala nama gelarannya pula adalah “Keldai”. Dia lazim (berjenaka) sehingga membuat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertawa.
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah merotannya (sebagai hukum hudud) kerana kesalahan minum arak. Pada satu hari dia dibawa menghadap baginda atas kesalahan yang sama, lalu dikenakan hukuman rotan.
Melihat yang sedemikian berkata seorang lelaki: “Ya Allah! Laknatlah dia! Betapa banyak kali dia telah dibawa menghadap Rasulullah atas kesalahan yang sama!”

 Namun Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:
Jangan melaknatnya! Demi Allah! Aku tidak tahu bila ternyata dia mengasihi Allah dan Rasul-Nya
(Hadis Shahih Bukhari)


kita ni utk menjadi sesat, tak payah mintak......tapi utk mendapat hidayat pulak kita kena mintak, walaupun bergelumang dosa, dlm hati mintak pada Allah utk keluarkan diri dari dosa,
InsyaAllah, Allah akan keluarkan, sebenarnya banyak lg saudara muslim kita yg tersasar,
bukan dia je...hatta keluarga kita yg terdekat pun mungkin terlibat.

sebab tu, jgnlah kita dok ngutuk2 dan cerca dia....doakan utk semua saudara muslim kita.
Amalina hanyalah 1 dari berjuta2 saudara kita, kita sendiri pun kena sentiasa cari diri kita.
belum tentu selalu gi mesjid, akidah dah betul, riyak, bersuci pun blom tentu sempurna.
siapa yg heboh2 menjaja cerita Amalina ni, harap2 niat tu betul la. 
jgn sebab nak kasi org datang tengok kat blog utk tinggikan traffik, dapat jugak sesen dua semata2....lepas tu jaja keaiban orang.....

ini pun tak betul. takde sape nak masuk neraka, cuma kantoi dgn ujian.
sebesar2 gunung pun dosa, Allah akan ampunkan, jika bertaubat, kecuali dosa syirik.
 kita ni pulak sesedap rasa je hentam org......
nilai seorang yang ade syahadah dlm diri dia adalah mulia dari seorang yang baik dari golongan yg tidak mengaku yang Allah swt adalah Waahidul Qahhar, dan Muhammad saw adalah pesuruhNya...
pikir2kanlah...


Jom kita dengar apa kata UFB.



2 ulasan:

Adzrien Shoppe berkata...

kesian budak tu...

Azzah berkata...

doakan saja yang terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...