SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 30 Ogos 2012

Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Ziarah Kota Madinah



Salam..




Bersambung lagi.

Hari ke 2 di kota Madinah. Selepas solat subuh...menurut kata ketua rombongan kami, pagi tu ada aktiviti ziarah Kota Madinah. So, pukul 7.00 pagi kami semua bersiap sedia berkumpul di bawah lobi hotel dan terus naik bas. Kalau kat sini, pukul 7.00 pagi tu dah macam pukul 10.00pagi kat Malaysia. Mutawwif bagitahu kami semua akan pergi ke Masjid Quba' terlebih dahulu dan pastikan semua telah mengambil wuduk jadi bila sampai sana boleh terus buat solat sunat 2 rakaat. Dari dalam bilik aku dan rakan sebilik memang dah standby berwuduk supaya senang sikit boleh terus bersolat di masjid nanti.
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Mekah. Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasululluh. Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah SWT. Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali. Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Mekah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid al-Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba Madinah).

Sabda Nabi Saws.jpg lagi: " Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah." (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.) 

 sampai aje kat sana, kami semua terus di bawa oleh kak liza mencari pintu masuk bahagian solat jemaah wanita.
 
sebaik sampai kat sini...aku terkejut sebab ramainya jemaah sehinggakan nak masuk ke dalam masjid pun tak boleh...tersekat di depan pintu. Kena pandai2 lah cari ruang untuk solat sunat tu. Umrah di bulan puasa, aku memang banyak menahan kesabaran dengan manusia yg terlalu ramai dan banyak karenah. Subhanallah sesungguhnya aku diuji.
aku bergambar di sebalik Masjid Quba' bersama teman sebilik dan anak big bos. dari kiri, mak itam, makcik noraini, aku, teman pejabat aku sabariah dan anak big bos saniah. Miss u guys...

sebelum turun dari bas tu mutawwif ada pesan...hati2 dengan beg sandang jemaah semua. Kat sini banyak pencopet yang sangat licik. Even kita tengah bersujud pun sempat lagi dorang sambar beg jemaah. So, aku dan yang lain-lain mengambil langkah berhati-hati dengan meletakkan beg di tengah-tengah sejadah ketika solat. Ketika berjalan diingatkan gantung beg di leher.

di luar masjid kelihatan ramai yang meniaga pelbagai ubat-ubatan herba, buah-buahan dan kurma. segala jenis benda jugak ada dijual - tasbih, kopiah, stokin, serban, kekacang, kurma, ubat-ubatan penyakit....semua ada. Tapi kalau nak beli kita kena pandai mintak kurangkan harga.

belanja bukkk....belanja!!! Ketika ini aku perhatikan jemaah Indonesia pun ramai....sampaikan peniaga ni pun pandai berbahasa Indonesia. Kebanyakan peniaga kat sini memang pandai bertutur bahasa melayu dan indonesia. Kelassss gitu!!!


 aku nampak orang menjual kurma segar.....harganya sekilo- 10 Riyal (RM9)

Subhanallah nampak sedap sangat-sangat kurma segar ni. Kata seorang jemaah yang pernah datang sebelum ni, kalau bukan bulan puasa, bila kita mintak sebiji untuk rasa... peniaga tu akan kata "Halal". Aku ingat nak jugak beli...tapi ustaz kata nanti kami boleh beli banyak-banyak masa kat kebun kurma yang akan kami pergi ziarah. So, aku tak jadi ler nak beli. Kebanyakan kebun kurma memang tempatnya ialah di Madinah. Kalau di Mekah taklah kita dapat semurah dan semeriah kat madinah ni.


Selesai sudah bersolat di Masjid Quba'....kami bergerak pulak ke Masjid Qiblatain. Masa ni kami tak turun dari bas pun.....hanya lalu ajer di sini. Kata Mutawwif kami....masa dah suntuk sangat sebab lepas ni banyak lagi tempat nak singgah. Errrmmm.....nampaknya terlepas peluang nak bersolat di masjid ini.

Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Palestina. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekah
Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijrah hari Isnin bulan Rejab waktu zuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW tengah solat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al-Baqarah ayat 144, yang ertinya:
“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”

Setelah turunnya ayat tersebut di atas, baginda menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang ertinya masjid berkiblat dua.


Kemudian kami singgah pula ke Kebun Kurma. Sampai je kami kat sini, ramai jugak orang. Disebab ramai sangat orang dan keadaan kelam kabut sikit aku jadi terlupa nak ambik gambar pokok kurma tu dari dekat. Yang dalam gambar ni...gambar pokok kurma dari jauh jelah...inipun ambik dari dalam bas ajer hehehe. Kalut sangat aku ni. Jemaah punyalah ramai bersesak masa turun dari bas dan sampai dalam kedai kat kebun kurma masa ni. Kawan-kawan aku entah ke mana hilangnya. Semuanya bawa diri ajer.


Segala jenis kurma ada di sini. Yang mahal...yang murah semua ada. Pandai-pandailah kita nak membeli yang mana satu. Bila tengok ramai sangat orang aku jadi bingung. Ahhhhh.....takkan nak balik dengan tangan kosong kot. Kenalah aku membeli skit. Aku cari coklat kurma, kekacang, kismis, coklat dan 2 kilo kurma biasa. Kurma Ajwa/ Kurma Nabi aku tak beli sebab ustaz Yahya kata akan bawak group kami yang sebelas orang ni ke pasar kurma dekat dengan Masjid Nabawi....boleh dapat murah lagi. Tapi masa kat situ aku tak sempat snap gambar sebab kamera aku habis bateri masa tu. Dekat pasar kurma ni Kurma Ajwa/Kurma Nabi harganya ialah 100 Riyal (RM90) sekilo......perghhhhh mahal gilerrr tu. Tapi orang tak pandang sangat harganya....kurma ni memang mahal tapi banyak khasiatnya. Kita digalakkan memakan 7 biji kurma ajwa dan berselawat ke atas Nabi...In sha Allah boleh menghindarkan daripada gangguan sihir, syaitan dan iblis. 

taaadddaaaa.....kat sini, yang paling banyak aku beli adalah COKLAT ni...dekat 6 kilo jugak ler aku beli untuk kengkawan dan sedara mara kat kampung.
 
masa ni aku dah dapat apa yg aku cari...pastu aku snap gambar-gambar mana yang sempat. Tangan kiri pegang bakul...tangan kanan pegang camera ni. Azab plak rasanya masa ni. Nasib baik coklat yang berkilo2 tu mr hubby dah pegang. Huhuhu. Taukeh kebun ini orang Arab tetapi pekerjanya ramai orang Indonesia.



masa memilih nak beli apa memang best tapi tengoklah time nak membayar....betapa azabnya. Aku jadi peliklah dengan orang Arab ni....susah sangat ke korang nak buat satu undang-undang sikit kat kebun kurma ni....tulis signboard SILA BERATUR KETIKA HENDAK MEMBUAT BAYARAN. Signboard lain ko pandai plak menampal macam-macam kat sini. Nak membayar pun berebut. Aku sampai tahap mcm give up pun ada masa nak membayar. Sabarrrr jelah. Macam nak letak balik semua coklat-coklat dan kurma tu dan terus naik bas. Masa ni macam nak bergaduh ajer dengan yang si tukang cashier tu. Dorang ni mengira main sebut harga dalam kepala otak...bukan pakai calculator hokay!!! Kalau salah kira...nasib lah kira halal ajer. So, aku pasrah je masa ni. Lepas duk mengira dorang main longgok ajer barang2 kita atas meja tu. Pandai2 akulah nak kutip dan masukkan sendiri dalam plastik. Sekali balik hotel aku check balik.....ada sekotak kurma coklat aku dah tertinggal. Hmmmm....tulah byk sangat komplen minah ni hehehehe.

 kawan aku masa ni memang memborong sakan....maklum ler duit bawak berguni-guni la katakan...hikhikhik
  
Kemudian destinasi kami ialah ke Jabal Uhud. Dalam bahasa arab...Jabal tu maksudnya Bukit. 

di belakang kami tu bukit Uhud ye...


Hanya bergambar di kaki bukit Uhud. Nak naik bukit tu bukan tak larat tapi kami terpaksa berkejar masa dan dengan cuaca yang agak panas terik masa ni. Kalau kami naik confirm akan ambik masa jugak nanti. Kami cuma dapat singgah 20 minit je sini sebab masa tak mengizinkan. Takpelah, sekurang2nya dapat jugak kami sampai ke sini.
Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.
Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-SiddiqUmar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.

di Bukit Uhud inilah tempatnya ketika Perang Uhud terjadi dan para tentera Muslim telah mati dibunuh oleh kaum Quraisy - mati syahid



di sebelah kanan yang ada kepungan tu ialah kubur para tentera Muslim yang telah mati syahid tu.


Gambar di atas ialah makam para syuhada. Makam Saidina Hamzah yang mati syahid ketika Peperangan Uhud. Bagi yang menjejakkan kaki ke Bukit Uhud ini, pastinya tidak akan melepas kan peluang melihat sekitar makam para syuhada ini. Ditambah pulak, makam2 ini berbau sangat wangi dan bauan itu tetap kita dapat hidu walaupun dari celah tembok dan pagar ini.


kat bawah bukit tu pulak ramai betul orang yg meniaga....macam2 ada kat sini.
kalau nak cari ubat untuk hamil, ubat senang bersalin, ubat batuk herba, inai mekah, ubat kencing manis, ubat darah tinggi...di sinilah tempatnya. Cakap Melayu ajer...peniaga ni memang faham pun.

kurma pun banyak dijual. Aku perhatikan di sini lebih murah sikit harga kurma. Cumanya kualitinya kurang sikit berbanding di pasar kurma tadi. Bagi aku....tak kisahlah asalkan namanya KURMA.

ini ialah Kurma Nabi atau Kurma Ajwa...di kawasan Bukit Uhud ni harganya 70 Riyal sekilo.

Kami bertolak pulang ke hotel penginapan lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Kami semua terpaksa cepat kerana tak nak ketinggalan untuk solat Zuhur berjamaah pula di Masjid Nabawi. Masa dalam bas tu Mutawwif bagitahu kami akan bertolak ke Kota Mekah pada pukul 9 pagi esok. Kami terpaksa bertolak awal kerana takut bas tidak dapat masuk ke Kota Mekah sekiranya kami sampai ke sana selepas pukul 2 petang. Jika keadaan itu berlaku, kami terpaksa berjalan jauh ke hotel penginapan kami di sana nanti. Itu juga bermakna, hari ini merupakan hari terakhir kami di kota Madinah dan selepas subuh esok kami akan berdoa selamat tinggal untuk Rasulullah di masjid nabawi. Doa ini wajib dibuat sebelum kita meninggalkan Madinah. Umpamanya.....kita ucap selamat tinggal pada Rasulullah dan mohon doa pada Allah kita akan kembali lagi mengunjungi Rasulullah sekiranya umur panjang dan ada rezeki untuk datang ke sini lagi. Sedih pulak rasanya sebab aku rasa masih tak puas untuk bersolat di Masjid Nabawi. Ntah bila aku dapat kembali ke sini lagi. Ya Allah semoga ada rezekiku untuk kembali ke sini.

Ok bersambung lagi next entry okay. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Kota Mekah (Part 1)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...