SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 29 Ogos 2012

Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Madinah (Part 2)




Bersambung entry di bumi Madinah.

Kali ni aku nak tunjukkan gambar-gambar sekitar dalam Masjid Nabawi di mana terletaknya Raudhah dan Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Ini adalah ziarah dan umrah aku yang pertama seumur hidup aku. So, kali ini aku mengambil peluang untuk betul-betul untuk menghayati rumah Allah ini dan berazam untuk pergi menziarahi makam baginda sebanyak mana yang aku mampu. Walaupun pada umrah kali ini aku tak mampu untuk menjejakkan kaki ke dalam Raudhah serta menziarahi makam Baginda, tapi dapat bersembahyang di Masjid Nabawi pada kali ni pun aku rasa puas dan bersyukur sangat-sangat. Terubat juga rasa rindu aku pada kekasih Allah yang paling agung ini. Tidak beriman seseorang itu jika dia berkasih seseorang insan melebihi kasihnya kepada Rasulullah. Untuk menunjukkan rindu kita pada Rasululluh, hendaklah memperbanyakkan selawat dan doa ke atas baginda.
"Ya Allah, Kau letakkanlah Rasulullah di tempat yang tinggi seperti mana yang telah Engkau janjikan. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk mendapat syafaat nabi ku, Nabi Muhammad S.A.W di Padang Masyar kelak. Ya Allah, berilah peluang kepada ku untuk minum air dari telaga Al Kauthar, mudah mudahan dengan minuman itu aku tidak akan haus buat selama lamanya" 


 di dalam Masjid Nabawi

kubah ini boleh tutup dan buka. Kalau sesiapa yang first time melihatnya pasti akan terkejut. Tadi tertutup....kenapa bila dongak ke atas semula dah terbuka (boleh nampak langit). Paling syahdu bila dongak ke langit bila kubah ni terbuka di waktu subuh.

 Di sepanjang 2 hari di sini aku lihat ramainya manusia mengunjungi masjid Nabawi, setiap waktu solat penuh sehingga ke perkarangan luar, jemaah dibulan puasa ni sesak macam musim haji.
Nak ke masjid perlulah awal untuk mendapatkan tempat di saf hadapan, jika tak mesti susah untuk masuk ke dalam dan mencari ruang kosong kerana sudah dipenuhi manusia. Mereka datang dengan berkerusi roda, bertongkat, tua, muda, yang capik semuanya ada......kita yang sihat walafiat ni rasenya tiadanya alasan bagi aku untuk tidak ke masjid setiap waktu dan berusaha untuk datang awal setiap kali, insyaAllah!


Untuk pengetahuan semua, setiap kali selepas solat kami berlima (aku, sahabat aku, mertua sahabat aku, isteri bos dan anak dia) cuba untuk memasuki Raudhah....tetapi setiap kali itu juga hampa disebabkan jemaah yang terlalu ramai berasak2...pernah aku bertanya kepada seorang jemaah yang bertuah kerana dapat menjejak kan kaki ke Raudhah berkata, sejurus selepas solat isyak dia cuba masuk ke raudhah dan hampir subuh baru dia dapat keluar. Tak sempat untuk dia bersahur. Apapun dia bersyukur sangat sebab dapat jejakkan kaki ke dalam Raudhah.

Selepas solat subuh hari terakhir tu sekali lagi.....aku bersama-sama yang lainnya dibawa oleh kak Liza (isteri bos aku) bergerak menuju ke hadapan untuk berkumpul sebelum pintu dibuka kepada jemaah wanita menuju ke kawasan Raudhah. Lihatlah betapa ramainya manusia. Bertolak-tolak, berhimpit-himpit. Masa ini lah kita kena banyak-banyak bersabar dengan kerenah manusia yang seakan-akan mementingkan diri sendiri. Aku bersyukur dilahirkan sebagai Muslim rakyat Malaysia yang dididik dengan sopan santun, berbudi bahasa dan jiwa penuh kesabaran. Tetapi apa jadi dengan bangsa di bahagian Timur Tengah yang hanya tahu mementingkan diri sendiri, tolak menolak sehingga tidak fikir bahawa di sekeliling mereka juga umat Islam yang sama-sama berhimpun mempunyai tujuan yang satu iaitu menziarahi Makam Rasulullah dan menjejaki Raudhah.

 Tetiba aku terfikir sejenak...Perlu ke kita bersesak-sesak, bertolak-tolak sesama muslim bahkan ada yang tersepit dihimpit, nak solat pun susah. Begitu ke sepatutnya sikap sebagai muslim?? Rasanya melihat keadaan sebegini, tentu Rasulullah saw merasa sedih dengan sikap orang Islam yang sedemikian yang tidak menghiraukan orang lain...ada yang tua, uzur dan tidak bermaya.


 tempat solat jemaah wanita

 ini pulak ialah pintu masuk dan keluar di Masjid Nabawi.
Kelihatan jemaah dari Turki di hadapan ini.


Untuk pengetahuan semua, sebelum aku bertolak ke tanah suci ini...aku sudah pun mengalami sakit tekak. So, maknanya semasa aku berasa di sini...aku memang sedang berjuang melawan sakit tekak tu....maklum lah, bila bulan puasa memang ramai yang sakit tekak sebab kurang minum air. Ditambah pulak cuaca yang panas. Ubat sakit tekak memang aku standby bawak dari Malaysia lagi. Minuman lain aku tak sentuh kecuali air mineral dan air zam zam. Dan air zam zam itulah yang paling banyak aku minum. Siap aku bawak bekas air untuk mengisi air zam zam bawak balik ke bilik. Itu ajer yg aku minum. Maha Suci Allah....selang 2 hari lepas tu, secara tiba-tiba aku terus baik dan tidak rasa sakit tekak lagi. Sesuatu yang miracle jugak sebab history aku sebelum ni...kalau sakit tekak tu memanglah sampai sebulan baru baik...siap ada batuk dan selesema semua. Kali ni Alhamdulillah aku tak kena batuk pun...syukur sangat. Itulah keistimewaan air zam zam.

UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Ziarah Kota Madinah



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...