SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 4 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah 2012: Kota Mekah Part 1




Salam semua...
Lately ni aku sangat lah busy. Yelah, dah mula masuk kerja semula katakan. Balik rumah dah hampir nak malam, nak kena masak lagi dan badan pun letih sesangat...asik ingat nak tidur je. Dengan anak lagi pulak tu nak kena melayan. Sebab tu kekadang aku tak sempat nak update blog ini. Nak update blog ni mesti mempunyai daya kerajinan dan daya ingatan yang tinggi untuk mengingati segala fakta. Sepanjang aku kat Kota Mekah dan Madinah...aku memang tak catat apa-apa nota pun. Cara untuk aku mengingati fakta penting ialah dengan melihat gambar-gambar yang aku snap satu persatu. Dari situ lah datangnya idea dan secara automatik aku boleh refresh balik memori-memori di sini. 

Ok nak sambung balik perjalanan kami dari Kota Madinah ke Tanah Haram Kota Mekah.
Hari ke tiga di kota Madinah ni sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh mutawwif sebelumnya, kami dikehendaki berkumpul jam 9 pagi untuk berangkat ke Kota Mekah. Tapi ntah macam mana, mutawwif kami dapat panggilan telefon dan suruh kami berkumpul pukul 7 pagi di lobi untuk bertolak ke Kota Mekah. Lepas kami solat subuh dan berdoa selamat tinggal di Masjid Nabawi untuk kali terakhir, kami terus bergerak balik ke bilik mengemas segala barang2 dan terus berkumpul di Lobi hotel dengan pakaian ihram.

 masa ni di lobi hotel sebelum berangkat ke Kota Mekah dengan pakaian ihram

Tapi entah macam mana, ada jemaah yang bersama-sama kami tidak mendapat makluman mengenai pertukaran waktu tersebut dan mutawwif serta ustaz yang bersama kami terpaksa mencari jemaah tersebut di Masjid Nabawi. Mutawwif kami takut kami semua lewat sampai dan bas tak boleh masuk ke Kota Mekah jika terlewat sampai. Nasib kami semua memang agak baik kerana ketika mutawwif sedang bersiap untuk mendapatkan jemaah yang tercicir itu, jemaah tersebut dalam perjalanan balik ke bilik hotel. Kami semua yang sudah bersiap sedia di dalam bas terpaksa menunggu jemaah tersebut mengemas barang di bilik. 

Lebih kurang jam 10 pagi kami semua sudah siap untuk berangkat ke Mekah. Aku sebak dan sedih masa ni. Dalam perjalanan masa ni....aku banyak merenung dan berfikir. Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah......permandangan kami dikelilingi oleh padang pasir dan bukit bukau yg berbatu batan. Agaknya macam manalah semasa zaman Rasululluh dulu semasa baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Terus aku terlelap....zzzzzzzzzzzzzzz.
Oh yea lupa nak bagitahu...semasa dalam perjalanan tu aku tidur-tidur ayam aje....sebabnya aku kena menjaga air sembahyang untuk bermiqot di Bir Ali. Sebelum bertolak dari hotel tadi tu....kami semua mesti mandi sunat ihram terlebih dahulu di hotel dan kemudiannya mengambil wuduk. So, maknanya aku dan suami serta jemaah lain masih dalam berwuduk ketika perjalanan ini. 

 masih di Madinah....dalam perjalanan ke Mekah.

 dari Madinah ke Mekah mengambil masa 4 jam lebih dengan menaiki bas melalui highway. Permandangan ialah bukit bukau yg berbatu batan dan padang pasir.

 di sepanjang highway ini juga kelihatan pokok kurma di tepi-tepi jalan.

 padang pasir pun ada.....

kami semua kemudian berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqot.

Untuk pengetahuan semua, untuk memasuki kota Mekah jemaah hendaklah dalam keadaan berihram iaitu mengerjakan umrah wajib. Untuk berihram kita bermiqat terlebih dahulu di luar kota Mekah dengan berniat ihram bersyarat. Jadi, kami semua singgah sebentar di Masjid Bir Ali untuk berniat ihram. Di sini juga kami mengerjakan solat sunat ihram 2 rakaat. Aku malas nak berebut-rebut semasa berwuduk di sini......sebab memang mutawwif dan ustaz dah pesan awal2 yang dekat Bir Ali ni memang ramai orang yang akan berhenti untuk bermiqot, maka sebab itulah aku berwuduk terlebih dahulu di hotel tadi. Dari Madinah ke Bir Ali ni pun tak jauh pun....lebih kurang 30 minit je.
Selepas berniat ihram...maknanya kita berada dalam ihram. So, kena jaga pantang larang....iaitu sebanyak 13 pantang larang kena jaga sehinggalah habis bertahlul. Then, barulah kita bebas melakukan apa sahaja. Di antara pantang larangnya ialah tidak boleh - membunuh binatang, menggugurkan rambut, memakai wangi-wangian, menutup muka dan banyak lagi. Agak berat jugak pantang larang tu....so, kalau boleh semasa dalam ihram kita hendaklah cepat-cepat selesaikan tawaf, saei dan bertahlul.....then selesai sudah satu umrah.......kita bebas. The next day, kalau nak buat umrah lagi....kita kena keluar dari tanah haram Mekah ke tempat bernama Tanaim untuk bermiqot sekali lagi. Lepas tu buat tawaf, saie dan bertahlul....selesai sudah umrah kedua pulak.
Semasa kami sampai di Bir Ali ini.....aku dan teman sebilik telah terpisah dengan jemaah lain sebab ada antara mereka pergi mengambil wuduk. Akhirnya kami ditinggalkan oleh mereka. So, kena ikut pintu lain pulak. Setelah selesai solat sunat....semasa nak balik tu rupa-rupanya jemaah-jemaah lain sedang menunggu kami di dalam bas...hehehe....kami semua berniat ihram di dalam bas sebelum bas bergerak menuju ke Kota Mekah.



Di dalam perjalanan tu aku asik melihat permandangan padang pasir yang kering kontang tanpa sebarang tumbuh-tumbuhan hijau. Kalau ada pun....pokok-pokok tu dah jadi kering. Ketika ini mungkin musim panas...so, cuaca sememangnya agak panas luar biasa di sini.
Lebih kurang dua jam selepas itu, kami berhenti di R&R tepi highway untuk menunaikan solat Zohor. Semua jemaah turun dari bas dan menuju ke surau. Surau tempat kami berhenti ni....eerrrmmm tak tahu nak cerita macam mana. Memang tak sempurna dan terurus langsung. Suraunya macam surau di tempat kita kat stesen2 petronas atau shell di Malaysia tapi cantik lagi surau kita kat sana. Hmmmmm pelik jugak aku....Arab Saudi ni negara kaya tetapi kenapalah dorang tak boleh pikir nak buat R&R yang cantik dan sempurna sikit untuk kemudahan jemaah-jemaah yang datang ke sini. Tempat ini satu2nya tempat persinggahan semua jemaah dari Kota Madinah ke Kota Mekah dan ada stesen minyak. Tapi itulah kan...susah nak cakap sebab walaupun kita sesama Islam tetapi pemikiran dan ideologi agak berbeza. Agak daif jugak keadaan surau di sini dan tidak terjaga. Toilet pun hmmmmmmmm.....susah nak cakap. Bab-bab toilet ni aku agak cerewet sikit sebab aku tak boleh masuk toilet yg kotor dan berbau...sanggup aku tahan nak membuang kalau tandasnya kotor. Aku memang tak kisah perut memulas macam mana sekalipun tapi untuk guna tandas yang macam tu memang tidak ler....

Setelah semua selesai solat zohor, kami semua meneruskan perjalanan menuju ke Kota Mekah. Kami bertarbiah semasa dalam perjalanan ini yang dipimpin oleh Ustaz Yahya. "Labaikkallah Hummalabaik Labaikkala Syarikalakalabaikkk.................Innal Hamdah Walnikmata Lakawalmurk Laasyarikalak" -  disebut berulang-ulang kali.....
lepas tu aku pun zzzzzzzzzzzzzzzzz......


Lebih kurang jam 3 petang kami sampai di kota Mekah. Aku terjaga selepas Ustaz membuat pengumuman bahawa kita sekarang sudah menghampiri Kota Mekah dan boleh nampak menara Masjidilharam. So, aku cepat-cepat bukak buku untuk membaca doa sampai ke Kota Mekah. Masa ni tetiba air mata aku mengalir...sebab aku bersyukur pada Allah akhirnya aku dapat jejak kan kaki ke sini dan selamat sampai ke sini. Bersyukur sangat masa ni. Dah tak sabar rasanya nak solat di Masjidil Haram.
Sewaktu kami tiba di Kota Mekah ni.....keadaan jem sangat teruk jugak masa ni. Sebabnya....ketika ini jemaah sedang berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat asar. Masa ni bas kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan kota Mekah dan terpaksa berpusing-pusing 3, 4 kali sebelum tiba di hadapan hotel penginapan. Pemandu bas kami sedaya upaya cuba untuk menurunkan kami di hadapan hotel kerana tidak mahu kami berjalan agak jauh dengan beg2 yang besar. Alhamdulillah, hampir jam 5 lebih akhirnya kami dapat turun menuju ke hotel. Ustaz bagitau, disebabkan kami tiba lewat dan menghampiri waktu Asar menyebabkan bas tidak boleh masuk ke kawasan tersebut kerana jarak hotel kami dengan Masjidil Haram cuma 5 minit perjalanan sahaja Setiap kali waktu solat, jemaah akan berpusu-pusu ke Masjidil Haram dan ada yang akan bersolat di atas jalan raya tersebut. Ohhhhh...patutlah bas dan kenderaan tidak dibenarkan masuk pada waktu ini.

Sebaik sampai....kami terus menuju ke Hotel Saraya Iman untuk bersiap sedia berbuka puasa. Masa ni berlaku sedikit masalah kerana bilik untuk kami tidak ada dan kami tak boleh check-in bilik lagi. Setelah hampir seharian di dalam bas, sampai ke hotel dengan keadaan lapar dan dahaga, tiba2 kami diberitahu oleh pihak hotel bahawa mereka tidak mempunyai bilik untuk kami, memang masing2 naik angin jugak lah. Tapi kami terpaksa bersabar kerana masih dalam keadaan ihram. Dugaan betul time ni.

Lepas berbuka puasa dan solat isyak di hotel, kami masih lagi terpaksa tinggal di ruang legar hotel menantikan bilik masing2. Alamak!!!! Awat jadi macam ni??? Aduhai.......sekali lagi dugaan datang. Banyak-banyak bersabar okay....jangan banyak songeh. Keadaan ini berlaku disebabkan pihak hotel tidak dimaklumkan perubahan jadual kumpulan kami. Lebih kurang jam 9.30 barulah kami diberikan kunci bilik. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak masuk ke bilik.

Sebaik sampai di bilik kami, alhamdulillah, biliknya agak selesa walaupun agak sempit hinggakan space untuk beg pun ngam-ngam je. Seperti di Kota Madinah, kami ditempatkan 4 orang sebilik.....Fuhhhhhhh....sabar jangan banyak merungut hokay. Kena bersyukur walaupun bilik agak sempit tetapi hotel kami boleh dikatakan agak dekat jugak dengan masjid. Aku just think positif bahawa kita datang ke tanah haram ini untuk beribadah dan bukannya nak tidur enak-enak di dalam hotel. Tujuan bilik tu sempit pun ada hikmahnya.....sebab kita disuruh bersolat di masjid dan bukannya bersolat di dalam bilik. Haah kannnnn....betul jugak tu.

inilah pintu hotel yang aku stay. Tak sanggup nak tunjukkan gambar bilik kami sebab dah mcm tempat kucing beranak heheheh. Nampak pintu hotel ni macam hotel budget kan??? Tapi sebenarnya hotel ni lebih kurang Hotel Seri Malaysia lah...agak selesa sebenarnya.


Lepas meletakkan beg dan berkemas serta berehat sekejap di bilik.....jam 11 malam kami pun bersiap untuk ke Masjidil Haram. Kami masih di dalam ihram dan kami kena cepat-cepat selesaikan membuat tawaf di kaabah, saei safa-marwah dan bertahlul menggunting 3 helai rambut. Kami pergi hanya sembilan orang secara berkumpulan dan dipimpin oleh Ustaz Yahya manakala jemaah lain telah terpisah daripada kumpulan kami.  Big bos dan keluarga kami pun terpisah sewaktu menerima kunci bilik di hotel. Kami tak dapat kesan dia dan nombor telefon dia sorang pun takde. Tapi kami tak kisah sangat sebab dia dah biasa menunaikan umrah. Jadi, kami sepakat untuk pergi bersama Ustaz Yahya sahaja.
Sebaik masuk ke Pintu 1- Abdul Aziz......Subhanallah aku dah nampak kaabah di dalam masjid. Ketika ini sekali lagi menitis airmataku.....syukur sangat aku diberikan rezeki untuk melihat kaabah secara live. Sebelum ini aku pernah terdetik di dalam hati, dapat ke aku melihat kaabah secara live sedangkan sebelum ini rasenya terlalu banyak melakukan dosa. Ketika ini aku perasan ramai di antara jemaah yang baru pertama kali mengerjakan umrah turut menitiskan air mata apabila terpandang kaabah. Ustaz Yahya terus bawa kami ke bawah untuk melakukan tawaf mengelilingi kaabah 7 kali. Masa ni aku memang jemaah terlalu ramai.....kata ustaz, dah mcm musim haji. Semasa mengelilingi kaabah, walaupun kami tidak dapat mengucup hajar aswad, alhamdulillah kami dapat melakukan tawaf dengan selesa walaupun pada awalnya kami terpaksa berhimpit2 dengan jemaah2 lain. Then, kami solat sunat tawaf di belakang Makam Nabi Ibrahim dan berdoa di depan Pintu Multazim.
Sebaik selesai tawaf, kami bergerak ke tempat saei pulak untuk melakukan saei safa-marwah sebanyak 7 kali. Kemudian bertahlul mengguntingkan rambut 3 helai. Selesai melakukan semua itu, maka selesailah sudah umrah kami yang pertama. Masa ni lebih kurang jam 2.30 pagi terasa agak penat sangat. Mata memang sangat mengantuk dan kami plan untuk bersahur kemudian berehat di bilik ajer. Subuh hari tu kami cuma solat di bilik je.

 Jam 10 pagi kami dah bersiap untuk ke Masjidil Haram....kami keluar hotel dan sempat jalan-jalan dulu di sekitar hotel. Banyak jugak tempat shopping di sekitar hotel kami ni. Jarak hotel kami dengan Masjidil Haram cuma lebih kurang 200 meter atau 5 minit perjalanan.

 yang dalam petak berwarna merah tu aku ingatkan Safron untuk buat nasi beriani tu...rupanya tembakau hehehe.



 sepanjang berada di sini, aku bersama suami serta rakan2 lain menggunakan prepaid Arab Saudi untuk berkomunikasi. Telefon memang amat penting untuk kami sepanjang berada kat sini.

 
kedai aiskrim yang memang akan menjadi tumpuan kami setiap kali balik sembahyang subuh atau berbuka puasa

  ais krim Arab yg sangat sedap...slurrrppppppppppppp

 dah nampak Masjidil Haram.....

 
 pembangunan pesat di Kota Mekah.......bangunan pencakar langit

 Zam Zam Tower



 pintu Abdul Aziz

 inilah tempat shopping Bin Dawood



 di dalam tempat shopping Bin Dawood




Sepanjang aku berada kat sana, setiap waktu solat memang aku akan solat berjamaah di Masjidil Haram. Pernah aku dengar, orang kata susah nak dapat tempat untuk solat dalam Masjidil Haram ni kalau kita lewat sampai ke Masjid tapi alhamdulillah, sepanjang aku dan sahabat2 di sana, kami memang sentiasa mendapat ruang untuk bersolat di dalam masjid. Yang penting, datang awal sebelum masuk waktu. InsyaAllah, ada tempat untuk kita.

Oklah....aku stop dulu...nanti sambung lagi cerita-cerita menarik di dalam Masjidil Haram.

p/s - Pesanan untuk teman-teman.....jangan asik duk keliling satu dunia tapi terlupa untuk mengerjakan umrah/haji di tanah suci. Di sini lah tempat yang paling tenang dan indah yang pernah aku sampai.

1 ulasan:

AyuYahya berkata...

subahanallah......ayu suka tango entry nie...ayu harap ayu punya rezeki ke rumahNYA juga....salam perkenalan, saya ayu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...