Salam semua..
Bersambung lagi. Panjang sangat entry tentang Kota Mekah
ni kan??. Almaklumlah stay kat sana hampir 2 minggu....so macam-macam aktiviti
ibadah kami kat sana. Tujuan aku update entry ni untuk sama-sama berkongsi
pengalaman dengan sesapa yang belum pernah menunaikan umrah dan di
samping itu mengajak kawan-kawan semua tanam keinginan untuk sampai ke
sana dan beribadah di sana. Ada yg bagitau aku....ada yang belum terbuka
hati ke sana....alasannya belum sampai seru. Tak boleh cakap mcm
tu.....bila bab-bab ibadah takkan nak tunggu sampai seru kot. Kalau gi
US, Europe, London, sydney ......boleh plak sampai seru ehhh. Kalau ada duit
lebih, rezeki lebih...cepat-cepat ler register kat travel agency buat
umrah atau haji. InsyaAllah satu jer keinginan aku yang belum kesampaian
iaitu menunaikan Haji rukun Islam ke lima.
Ok kali ni aku nak citer pasal shopping di sana plak. Cuma satu yang aku
nak ingatkan kepada jemaah-jemaah yang hendak ke sana. Tanamkan niat
datang tanah haram untuk memperbanyakkan ibadah dan jangan pulak
tanamkan niat nak shopping semata-mata. Kalau niat kita dah
salah......nanti sampai sana asik nak shopping ajer setiap masa.
Sehinggakan nak gi solat kat masjid pun liat.....dalam hati kata ahhh
solat di bilik jelah. Jangan mcm tu yea. Rugi rasanya kalau datang
sana tapi bersolat di bilik ajer. Satu lagi....jangan asik gi shopping
sampai kepenatan...lepas tu nak gi masjid pun dah tak larat.
ini ialah tempat diraja kat sebelah masjidil haram
masa ni lepas balik solat subuh.....cuaca memang agak sejuk...banyak pulak merpati kat tepi jalan ni
sangat merindui tempat ini dan rindu nak solat di sini
lakaran peta Masjidil Haram. Pastikan dari hotel masuk ke pintu nombor
apa...supaya senang masa nak keluar dari masjid. Jika tersilap
pintu...anda akan keluar di tempat lain..... tak mustahil boleh sesat.
Mohon pada Allah supaya dipermudahkan beribadah di sini. Masa di dalam
masjid ambil peluang meneroka di segenap sudut masjid....timba
pengalaman. Alhamdulillah, sepanjang kat sana tak pernah lagi kami tersesat pintu masuk ataupun pintu keluar.
bangunan hotel pencakar langit di kawasan berdekatan Masjidil Haram
di hadapan pintu Abdul Aziz ini ialah bangunan Al-Safwah....bawah tempat shopping dan atas ialah hotel
Al-Safwah
di hadapan ni punyalah ramai peniaga kaki lima
Gambar ni diambil waktu lepas solat subuh di kaki lima jalan dari Masjidil Haram menuju ke hotel aku tinggal. Kebanyakan dorang ni ialah penduduk tanpa sah di
sini...dorang ni meniaga curi-curi jer. Kalau polis ada kat situ....jangan harap dorang dapat meniaga. Ada sekali aku nampak ada yg kena tangkap semasa dorang sibuk
meniaga sebab tanpa disedari polis datang.
tidak dinafikan harga yg dijual di sini lebih murah berbanding beli dalam shopping complex
Ni dalam menara Safwah.
segala jenis dan jenama jam ada di sini. Aku sempat tengok jam Guess
dengan harga 500riyal (RM425). Kalau di KL harganya ialah RM550. Murah
weiiii....tetapi dengan syarat kena pandai tawar menawar. Dorang akan
letak harga sangat tinggi....jadi pandai2 lah kita nak tawar hingga
berapa. Pastikan anda tahu berapa harga jam tu di Malaysia. Jam yg
berharga beribu2 pun banyak. Jangan risau....semuanya adalah dijamin
original. Perfume dan minyak attar pun melambak2....
kedai2 dalam ni terlalu banyak. idak ler sempat kami nak jelajah semua.
penjual di sini ramai warga asing yang pandai cakap Melayu.....tetapi taukehnya ialah orang Arab
Sepanjang berada kat sini bulan puasa, kita kena pandai2 ler susun masa. Jangan asik memerap dalam bilik jer. Aku biasanya akan ambil kesempatan lepas subuh dan selepas zohor untuk merayap2 sekejap sekitar Masjidil Haram dan Menara Safwah biasanya sebelah petang. Lepas tu ke masjid semula untuk baca quran sementara masuk waktu solat. Keluar selepas asar dan solat magrib serta terawih di dataran. Terawih pulak biasanya kami buat 8 rakaat jer sebab lepas tu boleh rehatkan badan sekejap sementara nak solat tahajud malamnyer pulak. Kalau tak pandai arrange masa mmg flat ler badan korang jawabnyer.
UPDATE:
Baca sini -->> Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Kota Mekah (Part 5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan