SAHABAT ALAM MAYA

Rabu, 12 September 2012

Catatan Perjalanan Umrah : Kota Mekah - Part 6



Salam semua.
Secara tiba-tiba aku jadi rindu apabila melihat baitullah ini. Rindu sangat-sangat. Di sinilah tempat yang paling indah di dunia tempat-tempat lain. Di sini jugalah tempat yg paling aku rindu hingga terbawa2 dalam mimpi. Di sinilah tempat yang sentiasa dalam ingatanku walaupun di mana saja aku berada. Ya Allah semoga ada rezeki ku untuk sampai ke sini lagi mengunjungi rumah Mu.
Setiap kali aku menelek album gambar kenangan umrah ini....gambar inilah yang membuatkan aku tidak jemu-jemu memandang. Di sinilah kiblat kita. Di sinilah kita bersolat menyembah Allah dan berdoa padaNya. Setiap kali jika selepas solat di sini...aku pasti akan singgah sebentar untuk melihat rumah Allah ini. Perlahan-lahan airmata pasti menitis sebak. Aku jadi sebak sebab perasaan gembira tidak terkata kaabah betul-betul berada di hadapan mata aku. Kita lihat betapa ramainya umat Islam bertawaf mengelilingi kabah dan berseru nama Allah Yang Esa. Perasaan yang kita tak boleh dapat di mana-mana melainkan di sinilah tempatnya.

dengan hanya memandang kaabah pun kita sudah mendapat pahala ibadah. Alhamdulillah. Ada 5 perkara apabila kita menatap atau memandang akan mendapat pahala iaitu: 1. Al-Quran 2. Kaabah 3.Air Zam Zam 4. Ibubapa 5. Alam semulajadi dan orang alim

umat Islam menunaikan umrah ketika ini dah mcm musim haji. Alhamdulillah

masa ni tak ramai sangat......rasanya di awal pagi selepas subuh

di dalam Masjidil Haram


selepas solat subuh sementara menunggu untuk melakukan solat dhuha yang mana selepas solat aku akan sentiasa berada di pagar ini untuk melihat kaabah sambil berdoa.

ini tempat saie...

saie - berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali. Nampak tak lampu hijau pada gambar di atas....jemaah lelaki disunatkan berlari2 anak di kawasan tersebut.

tempat ni sejuk ajer...kita akan rasa relaks sangat

pastikan sentiasa memegang buku doa kerana setiap kali kita berada di kawasan tertentu ada doanya.


kawasan saie ini juga terletak dalam Masjidil Haram


pengalamaan yg tidak boleh dilupakan ketika pulang dari solat Jumaat.....penuh umat Islam dari segenap sudut. Pertama kali pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram

ni pulak jalan di tingkat dua.....menurun terus ke bawah.

apabila tengok suasana macam ni aku jadi seronok sebab seluruh umat Islam dari satu dunia berkumpul di sini. Macam2 jenis bangsa dari pelbagai negara kita boleh lihat. Seronok sangat melihat senario mcm ni. Pengalaman yg kita tak boleh jumpa di mana2 negara kecuali di tanah haram ini.


Aku nak berkongsi lagi pengalaman menarik ketika aku berada di tanah suci ini. Ada sekali tu aku pergi menukar wang Riyal di Money Changer. Aku sajer tukar utk standby kalau kena excess masa nak balik di airport nanti. Masalahnya kat sana....tak banyak tempat money changer. Pelik pulak. Nasib baik Ustaz tolong bgtau aku kat mana nak tukar. Masa ni aku tukar di pintu hadapan bangunan Bin Dawood ada satu Money Changer. Punyalah ramai orang masa ni. Untuk jemaah wanita ada satu lane ajer....yg lain semua lane utk jemaah lelaki. Dalam money changer tu kelam kabut betul...huru hara. Orang money changer tu sambil dia mengira duit aku...dia duk berbual dengan rakan sebelah. Akhirnya nak tau apa jadi?

Aku menukar RM300 dan sepatutnya dia bagi 360Riyal. Tetapi dia bagi aku 560Riyal. Masa tu aku dah keluar dari barisan....aku duk mengira duit aku...ehhh!!! kenapa berlebih ni? Ishhhh tak baik ambil duit yg bukan hak kita....depan Masjidil Haram pulak tu. Anytime Allah akan ambil hak kita pulak nanti. So, aku kembalikan duit yg lebih tu. Pak Arab tu pun tercengang-cengang. Aku terus blah. Kita kena jujur sebab itu bukan duit kita.

So, keesokan harinya nak dijadikan cerita. Aku mendapat rezeki lain yang tidak disangka-sangka dari seseorang atas sesuatu urusan. Aku tak boleh cerita di sini sebab ia satu amanah yang hanya aku sahaja yang tahu benda ni. Nilai yang aku dapat itu sama dengan nilai duit lebih yang aku pulangkan malam tadi masa tukar duit Riyal tu. Ya Allah....inilah agaknya ganjaran yg aku dapat. Syukur sangat rezeki yang tidak disangka-sangka. 

Apa yang kita boleh pelajari di sini....kalau kita jujur atas apa jua keadaan...kita akan mendapat balasan kebaikan juga. Kalau kita niat tak baik di sana.....time tu juga kita akan mendapat balasan yg tidak baik jugak. So, kena hati-hati di sana. Berbanyakkan membuat kebaikan di sana. Jangan lupa selalu bersedekah....Insya Allah murah rezeki kita nanti. Kat sana ramai pekerja2 am masjid yg memakai baju biru dan hijau.....setiap hari bersedekah lah pada pekerja2 tu atau pada pengemis-pengemis yg ramai kat luar masjid tu. Rezeki kita takkan putus kalau kita selalu bersedekah. Jangan kedekut dengan rezeki yang ada.

ok...sambung lagi wahai kawan-kawan. Next entry Insya Allah entry terakhir ttg kembara umrah ini.


UPDATE:


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...