Salam semua..
Episod terakhir aku di tanah haram. Fuhhhhh berentry-entry nak habiskan.
Al-maklum stay di sana 12 hari maka banyaklah cerita-cerita dan
gambar-gambar nak dipaparkan di sini. Banyak lagi cerita lain yang
pending sebab aku nak habiskan dulu entry di tanah haram ni.
Hari terakhir kami di tanah haram. Malam tu kami
ada briefing untuk penerbangan balik esoknya. Ketua rombongan kami,
Ustaz Yahya ada penerangan sikit pasal air zam zam, beg kami yg berat
sarat barat tu, jadual bertolak dan pasal tawaf widak esoknya. Flight
kami jam 3 petang keesokan harinya tetapi jam 8 pagi kami dah kena
berangkat meninggalkan tanah haram. So, pagi-pagi tu kami perlu melakukan tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal......meninggalkan
tanah haram. Kepada yang keuzuran, cukuplah hanya melakukan doa selamat
tinggal sahaja.
Lepas kami ada briefing pasal flight malam tu...aku sempat lagi turun ke kedai kat bawah hotel tu untuk membeli apa-apa benda yang patut untuk kali terakhir sebab
esok selepas melakukan tawaf dan doa wida' kami dah tidak boleh
membeli-belah apa-apa.
Pagi tu selepas solat subuh dan melakukan tawaf wida', kami terus pulang ke hotel dan berkumpul di bawah lobi hotel
bersama-sama dengan beg kami.
dari celah-celah tempat saie ini aku boleh melihat kaabah dan pintu
multazam. Aku berdoa selamat tinggal di sini. Tanpa disedari air
mata aku menitis lagi di sini....sebak rasanya hendak meninggalkan
kaabah dan tempat suci ini.
sumber gambar: google
perjalanan ke Jeddah mengambil masa sejam setengah. Kami sepatutnya berhenti di
Masjid Terapung Jeddah untuk solat jamak Zuhor-Asar tetapi disebabkan bas sampai agak lewat di hotel untuk mengambil kami semua, jadi Ustaz terpaksa batalkan untuk singgah di masjid terapung tu dan terus ke airport Jeddah.
Airport Jeddah dari kejauhan
keadaan di airport Jeddah sebelum check-in....memang kepanasan sikit kami kat sana
Mr. Hubby pun tak tahan dengan kepanasan kat airport tu. Disebabkan kami sampai awal di Terminal Haji Jeddah tu, masa memang banyak lagi....so hanya melepak aje kat luar. Sempat la jugak kami solat Zohor dan jama' sekali kat situ.
Alhamdulillah urusan check-in kami di sini berjalan dengan lancar.
Di dalam flight perjalanan selama 8 jam....aku hanya tidur ajer. Tidur
tak sedar diri...bangun hanya untuk berbuka puasa ajer. Siap steward tu kejutkan
aku nak bagi makanan...hahahaha. Alhamdulillah semua dah selesai ibadah
aku di sini. Aku juga dah selamat sampai ke tanahair. Sampai kat KLIA terus kami ambik teksi ke rumah abang ipar untuk ambik kereta yang kami tinggalkan kat sana dan terus balik kuantan sebab esoknyer pulak kami akan terus balik ke kampung untuk beraya.
Alhamdulillah....insyaAllah, jika dipanjangkan umur aku akan ke sana lagi bersama keluarga aku lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan