Salam semua...bersambung lagi untuk entry di Kota Mekah ni...
Seperti biasa lah bila kesibukan melanda maka aku memang tak sempat nak update blog setiap hari. Ini pun macam paksa diri sebelum tido untuk mengupdate blog. Banyak benda nak
diceritakan untuk entry perjalanan umrah ni. So ia memakan sedikit masa sehingga drag episod
demi episod.
Kali ni aku nak cerita sikit pasal makanan di sana. Sempatlah juga aku mencuba
makanan Arab kat Mekah ni. Aku bersama teman-teman sebilik dibawa oleh isteri big bos aku berbuka posa kat satu restoran
milik Felda di tanah haram ni iaitu D'Saji
yang terletak di Al-Safwa building - tingkat 2 (betul-betul berhadapan
dengan Pintu 1- Abdul Aziz) atau bersebelahan dengan Zam-Zam Tower. Di
restoran ini ada disediakan makanan Arab dan makanan Melayu kita. So,
tentulah aku nak cuba makanan Arab dulu uolsss.
menurut isteri bos aku, sekarang ni kat Mekah dah boleh makan secara terbuka untuk jemaah
wanita. Macam dulu tak boleh. kalau nak makan kena tapau. Hanya lelaki
ajer yang boleh.
lazat tak? ini namanye Nasi Mandi Chicken grilled. Memang sedap. Portion tu memang
besar...so aku makan share berdua dengan hubby. Tu pun tak habis.
ni pulak nasi minyak dengan Salmon grilled.....sedap!!! Saba dan mertua dia beli yang ni dan makan berdua. Aku ada jamah jugak ler sikit.
lepas tu aku nampak kebab ayam atau dipanggil Shewarma di sini.Kalau
daging panjang-panjang di bakar tu barulah dipanggil kebab di negara Arab ni.
Hari ketiga kami di Tanah Haram Mekah, kami diberitahu bahawa pagi
selepas Subuh akan diadakan Ziarah Mekah di kawasan Jaranah. So, pagi tu
kami berkumpul di perkarangan Hotel Saraya Iman sementara menantikan bas
sampai. Masa ni kalau ada sesapa nak buat umrah lagi boleh terus bawak telekung bagi jemaah wanita. Terpulang pada
masing-masing nak buat umrah atau tidak. Tapi aku dan yang lain-lain cuma buat umrah sekali jer sebab memang dah niat nak habiskan banyak masa di Masjidil Haram serta tak nak tinggal solat berjemaah di Masjidil Haram.
Ok...sambung citer ziarah pulak. Pagi tu kami bergerak ke Gua Hiraq yang
terletak di Jabal Nur iaitu tempat dimana wahyu pertama diturunkan oleh
Allah SWT melalui Malaikat Jibril kepada Rasul terakhir iaitu Nabi
Muhammad SAW.
Gua
Hira yang terletak di Jabal Nur adalah sebuah gua yang sangat terkenal
dalam sejarah Islam, kerana di dalam gua itulah Nabi Muhammad SAW
diangkat menjadi rasul, dan di situ pula turunnya ayat Al-Qur'an yang
pertama [Al 'Alaq 1-5]. Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal
Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5 km dari Masjidil-Haram, di
sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur adalah
sekitar 200 m. Bentuk gunung ini dilihat berdiri tajam. Disekelilingnya
terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.
kat sini kami tak turun pun untuk melihat secara dekat. Kami cuma lalu jer. Kata mutawif yang bawa kami tu, kalau nak mendaki bukit ini kena melalui jalan lain. Orang kata kalau nak naik mestilah mempunyai kekuatan
fizikal dan mental yang kuat. Jalan melalui lereng bukit yang kering
dan berbatu batan. tak mampu aku nak naik uolss!!
ramai betul jemaah yang singgah sini masa ni...kami lalu jelah...
seterusnya kami menuju ke Arafah......nampak tak apa benda di atas ni?
Ini ialah laluan LRT yang telah siap digunakan sebanyak 2 kali haji.
Tujuan pembinaan LRT ini ialah untuk mengatasi masalah kesesakan semasa
jemaah haji berkumpul di sini. So, dengan adanya LRT...jemaah boleh
sampai ke sini mengikut masa yang ditetapkan.
perjalanan menuju Padang Arafah
nampak tak sign board kuning tu? "Arafah Starts Here"
Ok....akhirnya kami dah sampai ke Jabal Rahmah - tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Jabal
Rahmah berada di bahagian timur Padang Arafah di kota Mekkah Arab
Saudi. Sesuai dengan namanya, jabal bererti sebuah bukit atau gunung,
sementara Rahmah adalah kasih sayang. Sesuai dengan namanya, bukit ini
di yakini sebagai pertemuan antara Nabi Adam dan Siti Hawa setelah
mereka dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah selama
bertahun-tahun setelah melakukan kesalahan dengan memakan buah khuldi
yang terlarang.
Konon
berdasarkan cerita ahli sejarah, Nabi Adam diturunkan di negeri India,
sedangkan Siti Hawa diturunkan di Irak. Setelah keduanya bertaubat untuk
memohon ampun, akhirnya atas izin Allah mereka dipertemukan di bukit
ini. Setelah pertemuan ini, Adam dan Hawa melanjutkan hidup mereka dan melahirkan anak-anak keturunanya sampai sekarang.
Untuk
menuju puncak tempat ini, kita boleh menempuhnya sekitar 15 menit dari
dasar bukit. Bukit batu ini berada pada ketinggian kurang lebih enam
puluh lima meter yang puncaknya menjulang. Di bukit ini terdapat sebuah
monumen yang terbuat dari beton persegi empat dengan lebar kurang lebih
1, 8 meter dan tingginya 8 meter. Menuju puncak bukit ini pemerintah
setempat telah membangun infrastruktur yang memadai sehingga memudahkan
bagi pengunjung untuk menikmatinya. Infrastruktur ini berupa jalanan
berbentuk tangga dengan 168 undakan menuju puncak tugu.
masa aku sampai ni...sangat terkejut sebab betapa ramainya jemaah kat sini.
sempat jugok bergaya dengan retis ni...memang glamer dia kat situ...
kalau nak bergambar dengan retis ni kena bayar tau....10 riyal utk naik belakang ni, ambik gambar sendiri...kalau guna photog dorang nnti kena caj 100riyal utk sekeping gambar.....memang cekik darah...mentang2 retis glemer
nak jugak bergambar ngan retis ni...Masa ni panas sangat....tengoklah muka aku dah terbakar semacam....hitam!!!
Puncak batu Jabal Rahmah sayup je nampak kat atas nun
sempat lagi tu....ambil gambar dari atas ni tapi bukan kat puncak lah...aku x naik pun kat atas tu...separuh jalan je sebab kat atas tu ramai sangat umat manusia...lagipun aku ingat pesan ustaz kat Mekah ni sebenarnya kita lagi banyak buat benda khurafat tanpa kita sedar...
so, berhati-hati lah....
nampak tak puncak tu?? inilah puncak batu di Jabal Rahmah. Menurut bini bos aku sekarang puncak tu dah jadi warna hitam putih plak sebab dah kena cat. Kalau dulu katanya penuh dengan tulisan kat sini. Sekarang pun sama. Kononnyer sesapa yang berdoa di sini akan ditemukan jodoh. Kengkadang terfikir jugak...kenapa nak berdoa kat sini?? Kenapa x berdoa je depan kaabah?? Ada dalam hadis dan Quran ke benda ni semua?? So, ada masa carilah kebenarannya.
wahhhh...sesapa nak naik ATV pun boleh. Ada disediakan perkhidmatan sewa.
ini ialah toilet awam di kawasan Mina. Hmmmm.....as what i mentioned here....kotor!!!
ini ialah Stesen Utama LRT di Mina
Mina Starts Here
kalau jemaah-jemaah tinggal di khemah semasa di Mina...tetapi pemimpin-pemimpin dunia dan raja-raja pula stay di sini.
penempatan di Mina
tempat melontar jamrah....aku tak pasni jamrah yg mana satu. Ustaz kata dah jadi 5
tingkat.
Dari sini kami terus pulang ke hotel. Sampai aje kat hotel dan letak beg, aku dan teman sebilik terus berwuduk dan terus ke Masjidil Haram untuk solat Zohor berjemaah. Alhamdulillah, memang kami tak pernah miss solat berjemaah sepanjang berada kat Mekah ni. Walaupun agak kepenatan, tapi kami memang seronok.
Malam nyer pulak, lepas solat terawih jam 11 malam, aku terus balik ke hotel untuk berehat dan tido sebentar sebab pada tu pulak kami ada solat Tahajud di Masjidil Haram pukul 1 pagi. Risau jugak kepenatan tapi aku dan rakan sebilik tak nak lepaskan peluang untuk Solat Tahajud.
Ok. sampai sini dulu ye...nnti aku sambung lagi..
UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Kota Mekah (Part 4)
Ok. sampai sini dulu ye...nnti aku sambung lagi..
UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Kota Mekah (Part 4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan