Salam semua.
Bersambung lagi cerita di Tanah Haram Mekah.
Hari kedua kami di Mekah kami bebas buat aktiviti sendiri. Pagi tu selepas Subuh aku dan teman sebilik bercadang nak rehatkan diri dulu di bilik sementara menunggu waktu zohor. Hari tu juga ada antara jemaah kami yang buat umrah
untuk kali kedua. So, mana-mana yang nak buat umrah tu, dorang kenalah pergi
bermiqot di Tanaim. Kebanyakan jemaah yang datang bersama aku kali ni pun dah biasa mengerjakan umrah, jadi takde masalah bagi mereka semua. Kami yang pertama kali ni memang agak kepenatan sikit memandangkan ini kali pertama dan datang pulak bulan puasa. Memang mencabar sikitlah. Bagi yang nak bermiqot di Tanaim tu, ada yang naik bas, ada jugak yang naik teksi. Perjalanan ke sana pulak mengambil masa lebih kurang 20 minit macam tu. Tanaim ini terletak luar daripada
tanah haram.....dan dorang kena bermiqot di situ. Tambang pulak lebih kurang 10 riyal.
Aku dan teman sebilik pulak lepas berehat dan membasuh baju lebih kurang pukul 10 pagi kami bergerak menuju ke Masjidil Haram. Kali ni aku dah standby membawa compact camera dalam
pocket seluar panjang (dalam jubah). Menurut kata jemaah yang pernah datang mengerjakan umrah, selalunya dekat Pintu Abdul Aziz memang ada petugas masjid yang akan memeriksa beg dan baju jemaah. Pintu
lain tak periksa pun. Tapi aku tengok ramai jer yang mengambil gambar. Mungkin sekarang ni dah bebas sedikit berbanding zaman dulu.....Kalau dulu menurut mereka pemeriksaan memang sangat ketat dan kita memang tak boleh bawak masuk kamera dan telefon yang ada kamera. Kalau mereka dapat memang kena rampas lah.
Jadi, sementara menunggu waktu zohor tu kesempatan yang ada aku sempat snap gambar kaabah dan sekitarnya. Syukur Alhamdulillah ada gak kenangan aku di depan kaabah. Ambil
pakai compact camera ajer. So, kualiti gambar tidak begitu bagus sangat.
seni ukiran di dalam Masjidil Haram
di kawasan ini biasanya selepas selesai bertawaf.....kita akan terus solat sunat tawaf di belakang makam
Nabi Ibrahim. Lepas tu berdoa di hadapan pintu multazam....insyaAllah
doa akan dimakbulkan.
yang ada pintu warna emas di kaabah itulah pintu multazam....jika kita berdoa di sini Insya Allah doa kita akan dimakbulkan
Masjidil Haram ini tiga tingkat. Disekeliling masjid masih lagi
kelihatan bangunan pencakar langit sedang dalam pembinaan. Jika dah siap
nanti....maka pembangunan di Mekah ini akan lebih teratur.
jemaah wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan ini. Kalau dapat
solat sunat pun boleh sekejap ajer. Lepas tu dah kena halau. Sian kan kita jemaah wanita ni.
ketika ini jemaah sangat ramai.....Ini masih di awal pagi....kalau tiba waktu solat, masyaAllah...memang macam musim haji dah jadinye
Kaabah yang tersergam indah di Tanah Haram
ini pulak kawasan jemaah wanita....sementara menunggu azan zohor
tong air zam zam yang berada di mana-mana sudut. Minumlah sebanyak mana nak
minum pun. Biasanya aku siap bawak bekas air untuk isi air zam-zam ni dan bawak balik ke hotel untuk disejukkan. Kalau minum yang sejuk tu memang sangat2 best dan segar rasanya.
tempat letak kasut di dalam Masjidil Haram tapi jarang sangat kami guna sebab lebih prefer letak dalam beg kasut yang berzip....biasanya bila letak kat sini, orang pulak ramai, x mustahil hilang selipar kita tu.....nnti terpaksa lah balik berjalan kaki ayam ke hotel sementara beli selipar atau kasut yang baru..
di dalam Masjidil Haram
ni kat tingkat bawah....tempat ambil wuduk dan minum air zam-zam
Al-Quran banyak di sediakan kat sini. Kebanyakan darinya adalah Al-Quran wakaf. Aku sendiri pun sempat wakaf beberapa buah Al-Quran di sini dan di masjid nabawi.
sementara menunggu azan....kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca a-Quran
kurma ini adalah pemberian sedekah daripada warga Arab di sana......biasanya selepas asar dan hampir waktu berbuka puasa, kita akan dapat banyak makanan dan minuman sedekah dari jemaah kat sana. syukran Alhamdulillah.
UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012 : Kota Mekah (Part 3)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan