Salam semua...

 
ORANG AWAM
 kami bekerja waktu pejabat. 
jika rajin buat overtime. gaji kami besar. cuma perlu beri komitmen 
terbaik. kami sentiasa bersama keluarga. hari perayaan kami sentiasa 
ada.
 
 TENTERA
 kami bekerja 24 jam sehari. Kalau malas baru 
kami dapat lelap2 ayam sikit. Gaji kami kecik tak setanding sijil dan masa 
perkhidmatan. Waktu perayaan kami akan dapat cuti jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. Tapi kami tetap kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, 
korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Kami sentiasa tiada masa 
bersama keluarga terutama ketika bertugas. Tubuh badan kami hanya utk negara, 
makanan kami ala kadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana 
kehilangan banyak hormon akibat lasak. Pakaian kami tak perlukan jenama.
 
 APA YANG KAMI (TENTERA) DAPAT??
 KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.
 
 betul ke aman?
 aman bagi rakyat. tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. mental kami sentiasa diuji.
 
 ORANG AWAM
 boleh belahlah askar....penceroboh masuk senang-senang jer, askar buat apa?
 
 TENTERA
 kami tiada belas. ikutkan jiwa kami cincang penceroboh negara. tapi 
kami penuh disiplin. strategi kami demi rakyat yg tak berdosa. bukan semua
 pertahanan kami dibenarkan.
 
 ORANG AWAM
 alaaahhhh..... polis kita dah mati.
 giliran askar lah jalankan tugas
 
 TENTERA
 malaysia negara diplomatik. malaysia sering gunakan perbincangan 
sebagai langkah utama. memang polis dah ada yang mati. tapi kalau 
tentera masuk campur. peperangan akan berlaku. bukan sahaja polis, malah
 org awam turut akan terkorban.
 
 ORANG AWAM
 dahlah.....memang kerajaan lembap....tentera pulak malas
 kami rakyat ni yang ketakutan
 
 TENTERA
 inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan 
keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami utk negara. tapi 
kami tetap setia kepada negara. nantikan arahan dan kami akan bertindak.
 tindakan kami ada strategi. polis pun hebat cuma mereka x diberi kuasa 
oleh undang2. rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi, kami mara. 
kerana Malaysia, kita yang punya.
 
 #yang banyak bunyi nape x mcm
 tu....nape x mcm ni.....knape.....knape..dan knape??????? korang 
pikirlah dulu sebelum korang kuarkan status2 yg menyakitkan hati 
keluarga2 anggota keselamatan baik PDRM atau ATM... yang terpaksa 
berkorban untuk jaga keamanan negara...