Rumah Kita Tetap Rumah Kita..
Salam semua...
mari
kita ambil sedikit pengajaran dari episode beberapa bulan kebelakangan
ini. Episode sedih dimana kita sudah berpecah belah dalam 3 arah
berlainan. Rumah ini rumah kita, jangan bagi orang lain jajah.
Marilah kita kembali bersatu demi anak cucu kita. Jika kita masih tidak
boleh duduk semeja, tak kan ke mana pejuangan kita ini. Kita sama sama buang
pekong-pekong dan nangka2 busuk di atas, tak kira dari parti mana kita. Kita
humban mereka dalam laut.
Kita mahu lihat pemimpin-pemimpin muda yang boleh sama-sama jaga rumah kita agar
tidak ada orang yang boleh curi makanan kita. Mereka datang dengan baik
dan ikhlas, kita layan, mereka gigit tangan kita, kita hunus pedang.
Apa pun keputusan malam ini, hulurlah tangan tanda redha, tanda syukur,
bersalaman dengan tekad, mahu jaga rumah kita... RUMAH KITA TETAP RUMAH
KITA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan