SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 21 Disember 2012

Mat Rempit: Calon Mati Katak!!


Salam..


sekadar gambar hiasan. sumber:google


bulan lepas masa kat traffic light Telok Sisek ada sorang mat motor atau lebih senang aku panggil mat rempit langgar side mirror keta aku sampai patah. Dah la tak reti nak berhenti mintak maaf apa, sengih jer macam kerang busuk.

 hari ni, masa aku drive balik keje lalu ikut Tanjung Lumpur, aku sempat dipermainkan oleh sekumpulan mat rempit di tengah2 jalan raya. Al maklum ler, jalan tu lengang sikit dan memang tu kawasan dorang. Dorang macam sesaje je halang aku untuk memintas dorang yang sedang 'buang tebiat" kat tengah jalan raya dengan pelbagai aksi murahan dorang tu. Dah la topi keledar pun tak pakai, bawak pulak "anak dara" orang dengan aksi2 macam tu. Kalau jadi apa2 kat anak dara orang tu, korang jugak yang teruk kena belasah ngan mak bapak dia.

Kalau lah aku ni jenis yang tak pikir panjang, ade aku langgar je dorang tu tadi. Tapi bila memikir, kalau jadi apa2 kat keta aku, ada insuran ke tidak dorang tu. Kalau setakat nak claim insuran motor dorang untuk cover kerosakan keta aku yang aku rase mungkin tak cukup, aku mengalah jelah.

Sungguh,...kalau lah jadi apa2 pada dorang ni, aku sikit pun tak akan rasa simpati dengan golongan2 yang sememangnya nak mati katak macam tu.

 # Nampaknya ada di kalangan kita yang masih belum pandai menghargai nyawa yang Allah pinjamkan sementara kepada kita.....!



4 ulasan:

MissNick berkata...

diaorang fikir ada nyawa spare kot...menyampah dengan gelagat mat rempit ni...

Unknown berkata...

patut snap gambar diorang tu skali ngn no plate. bukan letak gmbr hiasan tu ...

tak berbaloi simpati kt diorg ni

:: yuslina berkata...

bro MK Kimi, hajat hati memang nak snap gambar...tapi time tu la pulak bateri hp buat hal....next time kena standby compact kamera nk g mana2...

Mimie berkata...

kalo pe2 jd kat diorang, sy tlg smbil tuh dok perli kaw2 punye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...