SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 8 April 2013

Hari Terbuka ATM


Salam semua...

Hari terbuka ATM 2013 dah berlangsung pada sabtu dan ahad lepas. Sambutan kali ini diadakan secara besar-besaran  secara serentak di 32 kem seluruh negara. Aku pulak sebagai salah seorang warga Kuantan yang bersuamikan seorang anggota tentera udara ni pun tak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kenderaan tentera, jet, helikopter, senjata dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan ATM walaupun keadaan agak panas.

Kat Kuantan, program diadakan di Kem Batu 10 Jalan Gambang tempat Mr. Hubby aku kerja. So, secara automatik dia pun perlu ler terlibat sama. Setahu aku, program bermula seawal jam 8 pagi. Menurut rakan-rakan aku yang pergi di awal pagi tu, kereta dah memenuhi bahu jalan. Aku pulak pergi menjelang waktu tengahari yang mana jalan sememangnyer agak sesak. Nasib baik Mr. Hubby anggota kat situ...so, dapat ler paking dekat dalam kawasan pejabat berdekatan. Kalau tak, konfirm patah kaki mak ni nak berjalan jauh-jauh cenggitu.

Kali ini program dirasmikan oleh Perdana Menteri Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Razak dan turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan  Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin.

Anak aku pulak, apalagi....memang suka sesangat ler pergi ke tempat macam ni....Mama dia jer yang kurang tahan dalam cuaca yang agak panas....macam nak rentung aku rase time tu....tapi nak buat macam mana....layan jelah..




 








suka sangat dapat naik kereta ni..


#walaupun panas giler, orang memang ramai sesangat....aku jer yang rase nak pengsan dalam cuaca mcm tu....balik rumah jer muka dah berbelang....huhh..x sanggup aku nk g lagi....cukup ler sekali.




1 ulasan:

nurul storys berkata...

sekali sekala di dedahkan dengan aktiviti macam ni memang syokk :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...