SAHABAT ALAM MAYA

Sabtu, 15 Disember 2012

Yeeaahhhuuu....dah boleh check-out



Salam...

 Alhamdulillah...akhirnya lepas doktor buat check-up pagi tdi, amirrul dah boleh balik rumah. Walaupun kuman dalam darah belum 100% hilang tapi dah banyak la kurangnya dan dalam paru2 pun dah takde tapi still guna masuk antibiotik lagi pagi ni dan tengah hari nanti. So, doktor kata dah boleh balik hari ni.....aaahhh..lega rasenya selepas dekat seminggu dok kat sepital ni...bosan tuh...huhuhuh

 sempat jugak ler makan tengah hari sebelum check-out dan masuk antibiotik terakhir dalam darah.

keje biasa sementara tunggu nurse datang suntik antibiotik.

ibu jari yang kena jangkitan teruk dah start mengelupas kulitnya...

 masih ada sikit yang masih belum baik sepenuhnya..

kawasan yang kena jangkitan kuman yang keras lepas masuk antibiotik start mengelupas...

dalam proses pemulihan...

keluar wad je malam trus gi makan kat luar...penat nak masak...
 
walaupun nampak macam takde apa2, masih tetap kena berhati2 bila dia batuk dan muntah2 sebab jangkitan kuman tu bila2 masa boleh datang semula. Walaupun dah keluar wad, tetap kena ambik antibiotik dan sapu krim pada semua jari2 yang kena jangkitan. Setiap pagi dan malam kena rendam jari2 tu dalam air ubat yang dibekalkan untuk matikan sume kuman2 yang tinggal. 22hb ni kena refer balik ke pakar untuk ambik darah lagi dan buat medical check-up. Hopefully sume akan berakhir....

tak dapat aku bayangkan macam mana ibu bapa yang ada anak yang sakit dan terpaksa jadikan hospital rumah kedua mereka. Aku yang seminggu ni pun rase macam dah tak sanggup...inikan pulak mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Khamis, 13 Disember 2012

Masih di KMC lagi...



Salam...

untuk entry kali ini aku masih lagi di hospital. Semalam dan hari ni aku dah start kerja kat pejabat. Anak aku mr hubby yang tunggu pada waktu siang dan malam pulak giliran aku pulak. Anak aku ni walaupun kena tahan wad tapi dia tetap aktif macam biasa je. Sebab tu aku tak ler risau sangat tinggalkan dia dengan mr hubby tu. Memang dari luaran nampak macam takde masalah pun.

Hari ni anak aku dah ok sikit. Neb dah dikurangkan setiap 4 jam sekali termasuk antibiotik ke dalam darah tu. Jari dia pun dh start boleh dibengkok kan dan nanah dalam ibu jari tu pun macam dah start hilang. Doktor kata kuman2 tu dah makin kurang. Alhamdulillah. 

Setiap hari, pegawai bertugas kat kem akan datang melawat. macam2 buah tangan dan makanan ada sampai tak habis nak makan. Kalau macam nilah, memang gumuk ler dok kat hospital ni. Dah la dapat makan sedap, buah tangan pun tak putus2.

rasenya 2,3 hari jugak lagi lah baru anak aku ni keluar wad bila tengok rekod doktor tadi. Takpelah...yang penting dia sihat. Esok giliran aku pulak jaga dia sebab cuti ehsan mr hubby dah tamat. Confirm bosan menunggu dalam wad ni. Harap2 line tenet ok lah esok. Kalau tak tentu terkulat2 aku kat sini....huhuhuhu
 
Tension sikit sebenarnya nak update entry dari wad ni sebab guna broadband jer....so, kengkadang bila nak upload gambar tu berkurun2 ler jugak nak tunggu siap tu.....setakat guna facebook tu xde masalah la sangat.



 ni jelah keje dia seharian dalam wad. Kalau tak makan, main game. memang gemuk kalau lama dok macam ni dalam wad.

ada yang tanya...kenapa aku tak ambik gambar jari2 dia yang bengkak dan bernanah tu....nak tahu kenapa?? takut nanti ada pulak orang tak lalu nak makan bila tengok gambar tu...

nantilah aku update gambar jari2 dia yang nak baik nanti. 
aku harap anak aku ni cepat2 dapat keluar dari wad ni dan sihat macam biasa hendaknya.

amin..






Selasa, 11 Disember 2012

Sekuat mana pun, pasti sakit jugak..


Assalamualaikum...


Sekuat macam mana pun orang itu, dia pasti sakit jua. Incik Spiderman pun terlantar jugak kat sepital...kuikuikui




# Sebenarnya nak sedapkan hati yang bosan kat hospital ni menunggu buah hati tersayang ni..sekarang ni buah hati sedang nyenyak tido lepas masuk antibiotik.




 

Hari Kedua masuk Wad


Salam..

Hari kedua kat wad ni, buah hati aku masih kena guna neb setiap 2 jam untuk matikan kuman dalam paru2. Tapi nasib baik dia cool je. Sejak masuk wad, kena pakai neb ke, kena suntik antibiotik ke, tak nangis langsung...hari ni aku terpaksa cutilah sebab nak kena menunggu dia memandangkan mr hubby kena lapor diri kat base pagi ni....lepas tu baru dia start ambik cuti ehsan. eerrrmm...kengkadang bila tengok buah hati aku ni, dia memang budak yang kuat semangat dan tak takut apa2 dari kecik...
alhamdulillah, tak penah menyusahkan aku dan mr hubby dari kecik.

tengah pakai neb pun selamba je tengok tv....kalau budak lain mesti dah merengek2

kepenatan lepas kena suntik antibiotik....mr hubby baru sampai kat hospital

sedang bekpes....tak kisah makan apa2 pun








Isnin, 10 Disember 2012

aduhai....bila si dia masuk wad


Salam...

first time neb untuk hilangkan kuman dalam paru2 selepas xray dan result darah keluar


kali pertama buah hati aku ni masuk wad. Mula-mula suspect kena jangkitan kuku tangan dan lidah kat taska...rupanya jangkitan kuman kat paru2 akibat batuk yang berpanjangan. Both of it. Dan yang membuat dalam fikiran aku macam2 perkara adalah bila doktor kata kuman dah merebak masuk dalam darah.

Tapi, alhamdulillah sebab masih di peringkat awal. Hati ibu mana yang tak resah bila dapat berita macam tu dari doktor kan?? Yang paling tak puas hati bila sebelum aku hantar anak aku ke Kuantan Medical Centre (KMC) ni, aku dah hantar dia ke klinik lain jugak. Doktor yang periksa kata dia batuk dan ibu jari dia yang bernanah tu sebab alergik atau gatal2 biasa je.
Eeerrrmm.......memang marah sangat bila ingat balik. Nasib baik aku cepat hantar ke KMC sbb tgk jari dia makin teruk. Kalau lah aku masih percaya kata2 doktor sebelum tu, mungkin lebih teruk lagi jangkitan pada anak aku ni. adoyaiii...

so, nampaknya malam ni aku akan bermalam kat wad lah dengan anak aku ni...
 
 masa ni kat rumah...minum susu dulu sebelum pergi hospital....balik kemas barang sekejap

lepas kena cucuk antibiotik....kita pulak yang ngeri tengok jarum...dia selamba jer...x nangis langsung

 mr hubby pun tak sampai hati nak tinggalkan dia kat wad tapi dia dengan selamba je main game...macam xde apa2 yang berlaku

lepas setengah jam masuk antibiotik....dh mula lali dan start neb setiap 2 jam....sedey hati ibu ni...huhuhuhu


peringatan untuk semua ibu2 di luar sana dan pengajaran untuk diri aku jugak....bawaklah anak anda terus berjumpa pakar jika anak anda tak sihat....kadang2 doktor kat klinik biasa ni mungkin periksa pesakit sambil lewa jer.....kalau tidak, tak kan anak aku ni doktor kata batuk biasa dan alergik je sedangkan masa tu dah kena jangkitan kuman.







Jumaat, 7 Disember 2012

Pisang Goreng bersama Cheese


Assalamualaikum

Rasanya dah lama tak hapdet pasal makanan kan?? walaupun tak hapdet, bukan bermakna aku ni tak memasak tau....no..no..no..masak tetap masak cuma malas nak hapdet. kihkihkih

arini aku hapdet salah satu eksperimen aku ngan pisang goreng.

taaaddaaaa...


resepi??? tak yah susah-susah...
kalau korang rajin, beli pisang dan buat macam goreng pisang biasa tu...

macam aku ni sebab terlalu rajin sangat, balik keje semalam perut rase lapar..so, aku singgah dan beli je pisang goreng yang dah siap kat warung simpang masuk rumah aku tu....
sampai rumah mr hubby cakap dia pun rase cam lapar, so, apalagi...mula ler eksperimen aku ke atas pisang goreng ni..

yang aku beli ni pisang nangka ye....aku rasa pisang lain pun okey jer..
so, memula tu aku susun pisang goreng ni pastu aku sprinkle sikit susu pekat
then, tabur grated cheese brand craft dan bakar dalam oven sekejap....lebih kurang 3-4 minit gitu ler.

Waalllaaahh....sedap pulak rasenya. Maybe sebab cheese tu crunchy. Rase garing, manis-manis lemak masin gitu. Memang sedaaappp.....tak caya??? korang cuba ler buat sendiri. hihihihihi
Nnggeeeeee



Rabu, 5 Disember 2012

Politik Malaysia : Cakap Lain Buat Lain


Assalamualaikum


Ramai yang pandai cakap tapi tak buat apa yang mereka cakap. Ramai yang jadi hero Facebook tapi zero di luar sana. Ramai yang konon berilmu tetapi ilmu entah hilang ke mana bila bab politik. Caci maki dan buka aib menjadi santapan harian mereka. Mencari dalil agama bagi menghalalkan perbuatan buruk mereka. Yang sepatutnya menjadi benteng agama kini telah menjadi benteng bangsa dan parti. Usah tuduh pihak lain tetapi cerminlah diri kita dahulu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"
(As-Saff 61:2)

Muhasabah untuk diri aku dan anda yang mahu mengambil iktibar...
 
gambar sumber :  MFR Studio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...