SAHABAT ALAM MAYA

Sabtu, 4 Ogos 2012

Menjadi Tetamu Allah - Away for 2 weeks



Assalamualaikum..

Baru saja selesai satu majlis....nnti berkesempatan akan aku update kan kemudian.....buat entry terakhir ini, aku updatekan dulu tentang perjalanan aku ke tanah suci untuk mengerjakan umrah buat kali pertama.
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah.....InsyaAllah aku akan menjadi tetamu Allah buat pertama kalinya. Penerbangan aku ke tanah suci untuk mengerjakan umrah ialah pada hari Isnin ni (6 Ogos 2012). Esok pagi aku akan berangkat ke KL...stay kat umah abang ipar kat Kg. Abu Bakar Baginda sebelum ke airport keesokan paginya. Segala persiapan rasenya semua sudah dibuat. Mohon doa dari keluarga, saudara mara, teman-teman dan rakan-rakan di blog ini semoga perjalanan aku ke tanah suci dan semasa pulang ke tanah air dibawah lindungan Allah dan selamat hendaknya.. Juga mohon doa semoga urusan ibadah  aku di tanah suci dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang masalah dan penyakit. InsyaAllah amanah kiriman doa dari orang-orang berkenaan yang menghubungi aku akan aku cuba laksanakan sebaik mungkin....semoga termakbul.....aminn.

InsyaAllah aku akan berada di sana selama 12 hari. Nampaknya blog ini akan sepi seketika selama 2 minggu atau lebih...hikhikhik. Panjang umur dan sihat tubuh badan aku akan bersiaran semula di alam maya ini bersama rakan-rakan sekalian InsyaAllah. Minta maaf ku pohon pada semua jika ada kesalahan ku selama ini yang mungkin dilakukan tanpa sedar.

 sumber : google
sebenarnya aku semakin sebak dan tidak sabar untuk menjejak kan kaki ke tanah haram dan bersolat di Masjidil Haram ini. Alhamdulillah rezeki aku untuk menjadi tetamu Allah kali ini.

 sumber : google
Sangat rindu dengan kekasih Allah. Tidak sabar rasanya untuk solat di Masjid Nabawi, menziarahi Makam Rasulullah dan menjejaki Raudah (taman syurga). Ya Allah sebak rasa hatiku ketika ini.


Jumpa lagi after raya. Muahhh muahhh semua.


p/s - semoga Allah makbulkan doa-doaku di sana.


UPDATE:

boleh baca sini--->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: KL - Madinah


1 ulasan:

AL AZRUL berkata...

Ya Allah, berkesmpatan jga saudari ke sna ye, alhamdulillah.. one day, sya hrap sya jga mmpu utk ke sana, for umrah then haji, insyaallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...