SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 27 Ogos 2012

Catatan Perjalanan Umrah 2012 : KL- Madinah


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan limpah rezekiNya aku telah selamat menjejakkan kaki ke tanah haram Mekah dan Madinah. Sebaik aku tiba, titisan air mata mengalir di pipiku. Dan sekarang aku telah selamat tiba ke tanah air dan telah memulakan tugas harian di pejabat. Rindu nak update entry terbaru untuk mencatatkan segala perjalanan sepanjang di tanah suci tapi maklumlah sebaik tiba di tanahair aku tidak berapa nak sihat (asik pening ajer di tambah pulak tengah period) dan mengalami cetlag. Waktu tidur pun masih tak menentu menyebabkan aku lambat untuk update blog ni.

Pada petang sebelum aku bertolak ke KLIA....aku dan suami serta pakcik aku yang turut serta tidur di rumah abang iparku di kg. Abu Bakar Baginda, Bangi. Kebetulan pulak semua adik2 dan kakak ipar berkumpul di sana...jadinya, kami dapat berbuka puasa serta bersahur bersama-sama. Anak aku Amirrul tak ikut sama sebab risau pulak dia akan menangis nak ikut kami nnti...amirrul aku tinggalkan di rumah dan akan dijaga oleh mak sedara aku. Pada malamnya ada aku call Amirrul sebelum berangkat esok paginya tapi Amirrul dah merajuk, taknak bercakap ngan aku sebab tinggalkan dia...xpelah...lgpun nk berjalan jauh nnti...orang kata x elok kalau nk bersedih2...

rumah abang ipar aku kat kg. Abu Bakar Baginda - kat rumah ni lah kami berkumpul adik beradik

Seronok jugak masa ni dan di samping tu terharu jugak sebab semua ahli keluarga berkumpul untuk sama-sama sebelum aku bertolak ke tanah suci. Thanks my lovely sister-in-law and brother-in-law, Suriza dan Noritanazima serta suami yg telah menghantar aku dan suami serta pakcik ke KLIA. Budi baik kalian sangat dihargai dan aku tak pernah lupa untuk berdoa kesejahteraan kalian dalam hidup. 
 
Untuk pengetahuan semua aku menunaikan umrah ini bersama-sama dengan big bos serta teman sepejabat. Alhamdulillah semuanya okay dan kami sama-sama tiada masalah di sana. Kami berjumpa dan berkumpul di KLIA lebih kurang jam 8.30 pagi. Pada hari tersebut, aku sepatutnya tiba jam 7 pagi di KLIA tapi terpaksa menunggu beg aku yang terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Putrajaya. Sebenarnya, aku sekeluarga menaiki kereta abang ipar manakala adik ipar yang bawak beg2 kami. Jadi, aku dan suami yang paling lewat untuk check-in....nasib baik yang lain still menunggu kami time tu....Masa kat KLIA nilah aku tengok ramainya umat Islam yang nak menunaikan umrah. Kami mengikuti agensi Tiram Travel Sdn Bhd dengan menaiki penerbangan MAS direct ke Madinah. Flight ini bertolak pada jam 10.00 pagi dan dijangka sampai di Madinah jam 1.30 tengahari (waktu madinah). Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke sana. 

 
 sedang menunggu flight setelah check-in

 big bos aku merangkap mutawwif kami....almaklum ler, dia dh banyak kali pergi jadi banyak maklumat untuk kami sebagai panduan

 group Akademi Mutawwif  Centre 

Di dalam flight aku tidak begitu nak melelapkan mata....agaknya terlalu excited nak sampai cepat ke sana. Makanan disediakan tapi semua dalam flight berpuasa...ada 2 atau 3 orang jemaah yang duduk di belakang ada kedengaran mintak air.....mungkin x puasa agaknya tapi x mengapa sbb semuanya musafir...he3...Masa ni aku dah mengalami sakit tekak sikit tapi masih boleh bertahan....mungkin sebab bulan puasa....7 jam dalam perjalanan memang memenatkan....teman pejabat aku pun sama. Sekejap berdiri, sekejap berjalan, sekejap tidur, sekejap tengok citer....sampai dah x tahu nk buat apa dalam flight sementara tiba kat madinah.

on board - MAS flight

 masa ni kami dapat duduk dekat-dekat antara satu sama lain

Lapangan terbang Antarabangsa Madinah

mula-mula sampai di Airport Madinah - terkejut ngan cuaca yang tersangat panas...45 darjah celcius

airport madinah

pakcik aku pun nak posing gak wpun cuaca panas

selepas 7 jam perjalanan, lebih kurang jam 1.50 tengahari....akhirnya kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah. Waktu ni memang amat panas....tengok kat screen dalam airport tu cuaca kat luar 45 darjah celcius....Kami kemudiannya berbaris ke bahagian imigresen, menunggu hampir sejam juga untuk cop imigresen. (airport kita mmg terbaik dari mereka). Selepas tu kami terus ke bahagian bagasi untuk mengambil beg-beg kami yang bergelimpangan di lantai x mcm kat airport kita.....setelah dapat beg-beg kami semua tiba-tiba datang pekerja Bangladesh/ Pakistan kat situ bergegas membawa trolley dan mengangkat beg-beg kami dan terus menolak ke bahagian checking dan nak menolaknya terus ke bas yang sedang menunggu.......kami yang tak tahu apa2 ni pulak terpinga-pinga ingatkan dorang nak tolong saje...., rupa2nya mintak duit 50 Riyal untuk servisnya menolak trolley yang tidak sampai 10 meter pun!! Setelah kami beritahu big bos dan Ustaz Yahya yang lebih arif, Ustaz Yahya terus bertekak dengan pekerja bangladesh tersebut....baru kami perasan kat dada mereka tertera harga untuk servis mereka tu cuma 10 Riyal. Ustaz Yahya bertegas dengan mereka.....beri 10 Riyal sahaja! Dia tak mau terima.....tapi Ustaz beri juga , take or leave it! Sampai ke bas mereka ikut untuk dapatkan duit upah mereka tu.

Kemudian dalam bas baru Ustaz Yahya beritahu kami, lain kali tolak sendiri jer sbb mereka akan minta upah yang memang melampau2.......kami yang tak tahu ni bukan tak nak tolak sendiri tapi dia datang bergegas memaksa kita gunakan servisnya, kita ingat tidak ada apa-apa!  macam2....

Dalam bas pulak sementara menunggu bas bergerak ke hotel, ada beberapa peniaga kad prepaid naik untuk menjual kad prepaid.....tapi seorang kawan yang sama pergi sekali menasihatkan lebih baik beli kat sekitar hotel nanti lebih murah harganya...


Sekarang kita berada di kota Madinah Al-Munawwarah. Bangunan pencakar langit berdiri gah di kota Madinah. Sejuk mata memandang dan lapang rasa di dada. Menitis air mata ku kerana dapat menjejak kan kaki ke kota madinah ini. Di sinilah tempatnya Junjungan Nabi Muhammad SAW wafat dan dimakamkan. Kita sebagai umat Nabi Muhammad kalau boleh nak sangat wafat di sini bersama-sama dengan baginda. Sebagaimana Nabi Muhammad sayangkan umatnya....kita jangan lupa selalulah berselawat ke atas baginda. InsyaAllah.



Di kota madinah ini, kami semua ditempatkan di hotel ini. Kami tiba di hotel ni lebih kurang jam 3.30 petang. Di hotel ni kami duduk 4 orang sebilik. Bagi aku, hotel ni amat selesa walaupun agak sempit sikit. x tahu lah pada orang lain. Sampai di hotel, dan dapat kunci kami terus ke bilik...kaum2 lelaki menguruskan semua beg-beg kami. sebaik selesai semua check-in bilik, aku yang memang x sedap tekak ni terus berbuka posa....makcik yang dua orang (mak mertua teman pejabat aku dan sorang lagi mak sahabat bos aku) yang duduk sebilik ngan aku pun awal2 lagi dh berbuka. Cuma teman sepejabat aku yang terus posa. Kalau ikutkan waktu aku berbuka tu dah lebih kurang pukul 10 malam waktu malaysia. Aku berbuka sebab dh x tahan rasa loya waktu turun dari kapal terbang lagi.  

inilah hotel penginapan kami

Semasa dalam bas sebelum tiba di hotel ni, mutawwif kami dah bagitahu terdapat perubahan jadual sebab keadaan cuaca yang agak panas di madinah. Jadi, kami akan stay kat madinah ni 2 hari 2 malam sahaja berbanding jadual asal kami, 3 hari 2 malam. Setelah tiba di hotel, kepenatan ketika itu hanya Allah yg tahu. Jadi, petang itu kami hanya berehat di bilik dan akan ke masjid nabawi untuk solat magrib.

Next entry, aku akan ceritakan pengalaman seterusnya di kota madinah. Tunggu yea..



UPDATE :
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Madinah (Part 1)

5 ulasan:

Crew Fathi berkata...

Harap2 suatu hari nanti.. dapat la wa jejakkan tanah ke sana... =)

JUJUE AHMAD berkata...

salam..
urmm cantik betul design umah tu dan bestnya tgk pic akak g mekah entah bila agaknya jue dpt jejak kaki sn utk wat umrah ek..

::YUSLINA berkata...

insyaAllah...semua antara kita akan sampai ke sana satu hari nnti...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..saya minta izin save page akak utk rujukn umrah saya..sgt berguna..thx..nk nangis sbb x sabar nk menikmatiap yg akak dh rasa kt sana...

ruqayya berkata...

Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

Anway, bagi jemaah wanita saya suka sarankan untuk menggunakan Tudung Werda SOLAT-READY . Tudung ni sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

Semoga ibadah kita dapat dilakukan sebaik--baiknya...Insya Allah

Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...