Masjid Nabawi di tengah2 kota Madinah
Assalamualaikum...
Kali ni aku nak sambung lagi entry di bumi Madinah.
Aku stay di Madinah ni hanya 2 hari setengah 2 malam je. Agak kelam kabut sedikit nak uruskan waktu di sini termasuk aktiviti ziarah di kawasan Madinah. Pada hari kami mula2 sampai tu, kami semua mmg kepenatan yang amat sangat. Maklumlah perjalanan kami yang agak jauh. Jadi kami ambil keputusan untuk solat asar serta berehat di bilik hotel je. Kemudian, kami berbuka puasa di hotel dan seterusnya baru ke Masjid Nabawi buat kali pertamanya untuk solat magrib berjemaah serta Isyak dan tarawih di sana. Melangkah sahaja ke dalam Masjid Nabawi, sekali lagi air mata aku menitis kerana akhirnya dapat aku menjejakkan kaki ke dalam Masjid Nabawi dan merasa berada amat dekat dengan Rasulullah tercinta dan para sahabatnya......Bila lagi aku akan diberi kesempatan semula?? Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki aku untuk datang ke sana lagi, insyaAllah!
Aku stay di Madinah ni hanya 2 hari setengah 2 malam je. Agak kelam kabut sedikit nak uruskan waktu di sini termasuk aktiviti ziarah di kawasan Madinah. Pada hari kami mula2 sampai tu, kami semua mmg kepenatan yang amat sangat. Maklumlah perjalanan kami yang agak jauh. Jadi kami ambil keputusan untuk solat asar serta berehat di bilik hotel je. Kemudian, kami berbuka puasa di hotel dan seterusnya baru ke Masjid Nabawi buat kali pertamanya untuk solat magrib berjemaah serta Isyak dan tarawih di sana. Melangkah sahaja ke dalam Masjid Nabawi, sekali lagi air mata aku menitis kerana akhirnya dapat aku menjejakkan kaki ke dalam Masjid Nabawi dan merasa berada amat dekat dengan Rasulullah tercinta dan para sahabatnya......Bila lagi aku akan diberi kesempatan semula?? Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki aku untuk datang ke sana lagi, insyaAllah!
Untuk pengetahuan, hotel kami dekat madinah ni agak jauh la jugak dari Masjid Nabawi. Lebih kurang 10 minit berjalan ler jugak. Balik dari tarawih, sempat ler kami menjenguk2 kedai2 di kaki lima hotel kami untuk mencari2 jubah serta sedikit makanan untuk bekalan dalam bilik nnti...
di antara jubah2 yang dijual di kedai2 sepanjang kaki lima hotel...tetapi harganya agak mahal (atas 200 Riyal)
kalau nak tau...shopping area di sini terletak dibawah perkarangan hotel aje. Melambak-lambak hotel kat area ni....so kedai membeli-belah jugak banyak. jubah2 yang dijual pun banyak. Kualiti jahitannya jugak kemas dan material kainnya bagus.
jubah hitam pun melambak-lambak.
Malam pertama tu kami xdelah shopping lagi....cuma tengok2 jer. Akhirnya malam kedua tu aku beli sebanyak 9 helai jubah. 2 helai untuk diri sendiri dan lagi 7 helai lagi untuk mak mertua dan adik beradik lain. Fuhhhhh~!!!!! Shopping di kedai pak arab susah sikit nak mintak tawar harga tetapi kalau gi kedai penjualnya berbangsa pakistan atau india.....senang sikit nak nego harga. confirm dapat harga murah. Pak arab ni agak bengis dan garang. So, try to avoid masuk kedai yang penjualnya Pak Arab.
Pada hari pertama tu......aktiviti bebas. So, aku bersama dengan teman-teman sebilik habiskan masa dengan solat berjemaah di masjid Nabawi dan planning nak gi ziarah dalaman iaitu ziarah Makam Rasulullah dan Raudhah. Untuk pengetahuan semua......jemaah wanita hanya dibenarkan masuk kawasan makam 3 kali sehari sahaja iaitu selepas Subuh, selepas Zuhur dan selepas Isya. Kelebihan untuk jemaah lelaki......dorang boleh masuk bila-bila masa tanpa mengira waktu....bestnya!!! Untuk solat di dalam Masjid Nabawi ni, kita perlu pandai menguruskan waktu dengan baik sebabnya, orang yang mengerjakan umrah pada bulan puasa ni terlalu ramai...jadi, kalau kita terlewat, alamatnya kita terpaksa solat di luar masjid jelah...
subhanallah cantiknya kannnn??? payung ini akan dibuka pada waktu siang sahaja...apabila nak masuk waktu maghrib payung ini akan tertutup.
suasana malam di masjid nabawi
masa ni aku nak gi solat maghrib pada malam kedua. First time nak masuk masjid tu aku tak bawak kamera sebab dah dipesan awal2 oleh kak liza (isteri big bos aku) yang kita akan di check di pintu masuk oleh petugas masjid. Kamera akan dirampas oleh petugas masjid jika didapati kita bawak kamera. Tapi malam kedua tu aku curi2 jelah bawak telpon yang ada kamera dalam beg kecik yang digantung dileher bersama duit di dalam telekung semayang. Tips yang aku boleh bagi.......sila sorokkan kamera atau telefon berkamera anda di dalam poket seluar (jika anda memakai jubah seluar atau dalam telekung semayang). Sebabnya petugas masjid hanya memeriksa beg yang kita bawak ajer....dorang tak sempat nak periksa badan kita.
ini ialah pintu masuk jemaah lelaki di Masjid Nabawi
sebaik aku sampai di sini....terkejut sangat sebab terlalu ramai umat manusia. Rasanya dah mcm suasana musim haji.
my hubby dengan teman sebiliknya (suami teman pejabat aku ler) sebelum ke masjid nabawi..sempat lagi tu posing depan hotel Madinah Hilton
suasana dalam masjid
masa ni dah berada dalam masjid untuk solat magrib. Gambar agak kurang sharp sebab snap guna camera telefon tanpa flash secara sembunyi-sembunyi. Risau jugak dirampas telefon aku ni sebenarnya tapi tawakal jelah. Punyalah susah nak ambik gambar secara sembunyi2 ni sampai teman pejabat aku dan isteri big bos pun x perasan aku ambik gambar ni sume...huhuhu. terror x aku??
Cantikkan senibina ukiran di dalam masjid ini.
Kebanyakkan masa pada hari pertama tu kami habiskan masa berulang alik dari hotel ke masjid nabawi dan cuba jugak cari2 masa terluang untuk masuk ke Raudah serta melawat Makam Rasulullah tapi umat manusia yang terlalu ramai amat menyukarkan kita masuk ke sana ditambah pula ada waktu2 tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. Tapi kami mencuba sedaya mampu....isteri bos aku mmg banyak sangat membantu. Dia cuba dapatkan peluang untuk kami masuk ke sana tapi mungkin bukan rezeki kami kali ini. Esok dan hari terakhir kami di madinah, kami akan cuba lagi. Biasanya masa yang terluang sebelum azan berkumandang dipenuhi dengan mengerjakan solat sunat taubat dan membaca Al-Quran. Tenang sangat rasa di hati.......sesekali air mataku mengalir. Sebak dan rasa bersyukur. Setiap kali kedengaran azan aku jadi sebak. Mungkin terkenangkan betapa banyaknya dosa yang pernah dilakukan. Bila dengar imam membaca fatihah dan surah pun aku jadi sebak. Apalagi ketika berdoa berderai-derai air mataku mengalir....nasib baik lah waktu berdoa di sana semasa sujud. xdelah nampak sangatkan??? huhuhuhu
sementara menantikan azan....kadang-kadang tu aku sempat melihat pelbagai ragam jemaah wanita dari setiap pelusuk dunia. Ada yg terbaring, ada yg sedang membaca Al-Quran, ada yg sedang berzikir, ada yg sedang berdoa dan ada jugak yg sedang berbual-bual. Segenap lapisan umat Islam serata dunia berkumpul di sini dengan pelbagai adat, budaya, bahasa dan tingkah laku. Bila bermacam ragam manusia ni....kita kena banyak-banyak bersabar. Kadang-kadang bila aku dah tak tahan sabar asik kena tolak, dilangkah kepala waktu solat, dihimpit....aku sound balik "please be patience!!" ataupun "sabarrrr la sikiittttt". Ehhhhh....sabarkah aku ni????
Ini baru Part 1 di kota Madinah. Ada lagi sambungannya di entry seterusnya. Aku akui semasa berada di Madinah ni kami agak sibuk sedikit sebab kami hanya berada di sini 2 malam sahaja. Aktiviti aku ialah ulang alik masjid setiap waktu solat, shopping lepas solat tarawih dan melelapkan mata. Berbuka puasa dan bersahur di kota madinah ni biasanya kami makan di dewan makan yg disediakan. So, aku gunakan masa yang ada sebaiknya.
UPDATE:
Baca sini --->> Catatan Perjalanan Umrah 2012: Madinah (Part 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan