SAHABAT ALAM MAYA

Sabtu, 1 September 2012

Fenomena Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum....

Ari ni nak citer sikit pasal lakonan Aaron Aziz dan citer drama Adam Dan Hawa yang sedang hangat ditayangkan kat Astro Mustika HD. Actually, aku ni bukan lah peminat tegar si Aaron Aziz ni tapi ntah mcm mana satu hari tu tengah2 update blog tertengok pulak citer ni. Masa tu baru Episod 1....biasa lah kalau buat 2 keje dalam satu masa ni, on-off la nengoknyer tapi ada satu part dalam episod tu aku yang buat aku "tersuka" pulak menengoknye......huhuhu.

macam aku cakap ler, sebelum ni mmg aku penah dengar orang dok bercerita pasal Aaron Aziz dalam citer Elina tu sumer tapi aku xde ler beria men"search" pasal citer tu sbb aku x nengok dari awal...tapi citer Adam dan Hawa ni lain pulak jadinya....mmg aku suka sangat pulak nengok citer ni....dari tengok kat Astro sampai ler nengok secara online....yang aku tahu, citer ni diadaptasikan daripada novel Adam & Hawa karangan Aisya Sofea....


jom kita share sikit sinopsis citer ni...


Mengisahkan Ain Hawani (Ain @ Hawa) seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Semasa Ain bekerja di tadika itu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pulak seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala2 playboy sikit.

Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela. Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah2 benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.

Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego dan tak mahu terima Adam. Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.

Pelakon Adam Dan Hawa

Watak utama Adam Mukhriz dilakonkan oleh Aaron Aziz, manakala Ain Hawani dipegang oleh Nadia Nissa (pelakon filem Cun). Nadiya Nissa dipilih oleh penulis novel Adam dan Hawa sendiri iaitu Aisya Sofea bagi menjayakan watak Ain Hawani. Pelakon lain pula terdiri daripada: Anzalna Nasir (Dee), Elfaeza Ul Haq (Azie), DazrinKamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Rozie Rashid (Kak Zah), Aznah Hamid (Maria), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Lydiawati (Faridah) dan Puteri Sarah (Erin).

*******************

Yang buat citer ni makin best sebab dorang berlakon kat Madinah dan Mekah....so, malas nk citer panjang lebar sebab rasanya bagi sapa2 yang mmg fanatik Aaron Aziz mmg sanggup buat apa saja utk tengok citer ni kan??? huhuhu

cuma lagi satu aku nak share, bagi peminat Aaron Aziz yang tak melanggan Astro Beyond tu, bolehlah sama2 tgk citer ni yang diupdate setiap episod nyer kat DAILY MOTION. Korang bolehlah tengok start dari episod 1 sampai episod terkini yang telah ditayangkan kat astro tu. 


p/s: mmg x dinafikan dalam citer ni Aaron Aziz mmg ensem giler dan romantik...




5 ulasan:

Green Applez berkata...

tak penah pun bace novel nie, tapie tawu cite sbb member semua jenis yg suka storytelling hahaha...

nice!!!
visits mine!! :D

nur anis berkata...

waa..ada online ke..nak tengok lah...

Syaza berkata...

Syaza tengah layan drama Adam daan Hawa sekarang ni ! Hihi :P

'mitchie' yusoff berkata...

xpernah tngok jugak ... kena tngok nie ...

careno berkata...

demam adam hawa la pulak... aaron aziz jugak... huhuhu... (Nice blog!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...