SAHABAT ALAM MAYA

Jumaat, 30 Disember 2011

JGN KISAH ORANG NAK KATA APA


ASSALAMUALAIKUM


Biasanya manusia tidak akan puas hati selagi kita x ikut cakap diorang. manusia ni mmg pelik...

Bila kita buat jahat, orang akan benci kita, tapi bila kita buat baik, orang akan meluat pulak.
Bila kita ikut suruhan agama, katanya kita berlagak alim, tapi bila kita ingkar suruhan agama,
orang akan mengeji, kata bukan2.
Bila kita ikut peraturan, orang kata kita skema, tapi bila kita langgar peraturan,
orang kata kita ni memang tak de masa depan.
Bila kita pakai sopan, orang kata kita macam kampung sangat, tapi bila pakai seksi,
orang kata kita tak de harga diri.
Bila bagi nasihat, orang kata bajet kita mcm bagus sangat, suka jaga tepi kain orang,
 tapi bila kita kasar, sindir tegur, orang akan kata kita kurang ajar.....

Nampak tak? Nampak tak?
Jangan kisah orang nak label kita apa, nak mengata kita apa.
Kita dilahirkan kat dunia ni bukannya nak puaskan hati semua orang.

Apa yang perlu kita fikir, apa pandangan Allah pada kita.

Yang penting, mana yang salah kita betulkan......



Isnin, 26 Disember 2011

TUDUNG BUKAN FESYEN


ASSALAMUALAIKUM..


aku bukanlah orang yang layak bercakap tentang tudung ni.....
just bercakap sekadar pandangan seorang muslim yang dah berubah dari x bertudung ke bertudung.....
wpun bukan bertudung labuh dan berniqab...

aku rasa ramai kalangan wanita islam @ melayu yang salah faham takrif menutup aurat.
Ia bukan bermaksud bila hang dah pakai selendang gaya Yuna maka hang dikira menutup aurat,
ataupun hang pakai shawl gaya Hana Tajima tutup dahi maka hang dikira tutup aurat.

Tudung dilabuhkan menutupi dada, bukan tutup dahi tapi dada terbuka,
pakaian pula menutupi tubuh badan kesemuanya kecuali muka dan tapak tangan,
bukan tutup dahi, kasi nampak dada, kasi nampak tangan, kasi nampak betis.

Semalam masa aku tengah outing, aku tengok ada orang pakai tudung,
tapi pakai baju ketat nampak pusat dan pakai pulak skirt kembang takat betis.

boleh ka lagu tuh??? tepuk dada tanya selera...
Hanya ALLAH sahajalah tempat kita meminta pertolongan.

kalau rase nk pakai tudung, pakai ler betul2...bukan pakai tudung untuk fesyen..

sekadar gambar hiasan. Sumber: google




TERCAPAI JUGAK...


ASSALAMUALAIKUM...


hari ni baru nk hapdet belog nih....bizi lah katakan...
diam x diam rupa2 dah nak masuk tahun baru......minggu depan anak teruna aku yang satu tu pun dah start masuk sekolah tadika....tapi risau gak....boleh ke dia tu g sekolah nnti....
risau ada, seronok pun ada..
apapun aku x sabar gak nk tunggu hari tu...

actually nak citer pasal hobi baru aku nih..
dah hampir 4 bulan aku join group bebudak g menembak nih....
cuma x berkesempatan nak upload gambar2 yg dh ditembak tu...

errmmm.....nilah hobi baru aku...

aku suka join dorang outing.....sesekali ngan budak2 remaja ni outing,
rase cam remaja pulak...hihihi
tapi aku salute kat group bebudak ni coz wpun remaja, dorang mesra....aku pun x rase terasing sgt....yelah, aku ni dh baya2 mak2 dorang....ada yg panggil aku akak, tapi yg x best ada yg panggil aku auntie....huhuhu...masa tu baru terasa yg aku ni dh tua sgt....he3

yang paling best, lepas course semalam, aku dh di"verified" sbg member dlm Persatuan Jurufoto Kuantan nih...mmg happy ler sesangat...wpun baru dalam photography dan ambik gambar ni just sebagai hobi, aku happy sbb diterima sbgi ahli.....dan yg paling best dapat ramai kawan baru.....


tersengih2 dapat sijil nih.....hikhikhik

Khamis, 22 Disember 2011

NGKO RASE NGKO MULIA SANGAT ??


ASSALAMUALAIKUM...


Petang semalam lepas aku balik kerja, aku singgah kat satu umah jiran nih. Dah lama x jumpa mak die. Saje nak bertanya khabar berita. Dalam dok borak2, makcik nih mintak aku untuk menegur seorang hamba ALLAH yang berjantina perempuan tapi perlahan lahan cuba untuk menukar dirinya menjadi lelaki.
Hamba ALLAH ini masih muda maka ibunya meminta aku menasihatinya.
Aku pun nasihatlah sekadar yang aku mampu.
Aku tanya apakah cita-citanya hendak menjadi lelaki ?

gambar sumber google

sebelum kakaknya yang merupakan salah sorang kawan aku satu ketika dulu, keluar dan menegah aku dari menasihati adiknya. Kakaknya jugak menghalau aku keluar dari rumah dengan alasan aku xde hak untuk menegur adiknya itu. Aku x sempat menghabiskan ayat aku iaitu aku ada hak sebagai seorang Muslim untuk menegur muslim yang lain.
Walaupun kena halau keluar, aku keluar dengan bermaruah.
Minggu depan aku datang lagi sebab aku dh janji ngan mak dia.

Yang menjadikan cerita ini menarik kerana kakaknya berkata "Engkau pun dulu teruk juga kan".

Ya benar, dulu aku lah manusia jahil, aku lah manusia paling nakal, aku lah paling seksi dan meletop di kawasan tempat aku tinggal, aku lah yang paling susah senyum, aku lah segala-galanya, tapi aku dah berubah. Aku dah bertaubat.

Aku dah tak pakai seksi, aku dah perbaiki akhlak aku, aku dah senyum selalu, aku dah x sombong ngan sume orang, aku jd isteri mithali untuk suami dan anak aku, 
aku dah buang kejahilan aku dengan berusaha menuntut ilmu.

Aku cuma ada satu soalan, ngko ungkit masa silam aku, aku itu, aku ini, aku jahat, aku teruk,
yang ngko sendiri mcm mana?? sejak dari dulu hingga skang ni, ngko sendiri panggil mak ngko sebagai keturunan babi, ngko sendiri panggil ayah ngko sebagai &%^#(%(#(#, pukul adik-beradik ngko, memaki hamun orang, maki hamun laki ngko sendiri, panggil anak2 ngko anjing, ngumpat sana-sini, solatnya tidak, ngko pukul mak ngko, (aku rase x perlu aku bagitau sume).

Apakah ngko rasa ngko lebih baik dan mulia dari aku??

walaupun abu jahal sudah mati tapi sifat dan perangainya tetap wujud sampai kiamat.
Walaupun ngko kata macam2 kat aku,
aku tetap doakan agar satu hari nnti ngko akan dapat hidayah.

gambar sumber google

JANGAN BERNIAGA DALAM MASJID


ASSALAMUALAIKUM...


Khas untuk orang-orang yang suka sangat berniaga di dalam masjid, kopiah ke,
apa menda sekalipun lah. Kalau nak meniaga sangat,jangan di dalam masjid, karang tak pasal- pasal dapat doa ini. Masjid didirikan BUKAN untuk meniaga di dalamnya tetapi untuk memperingati ALLAH, solat ,iktikaf ,baca al quran......

Bukan untuk jual kopiah dan macam2 di dalamnya, tapi kalau kat luar masjid tu lain cerita.

(TIDAK TERHAD KEPADA PERDAGANGAN KOPIAH SEMATA MATA)


Rabu, 21 Disember 2011

BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA



ASSALAMUALAIKUM...


Aku masa zaman kecil dulu susah, pernah makan nasi ngan garam jerk...aku tak merasalah main barbie doll ke, lego ke, kete tamiya ke, mainan yang mahal2 segala macam tuh....
aku main pasir jer..
Tapi aku percaya, ramai yang macam aku. Kita membesar dengan apa yang ada, kerana itu aku tak kisah walaupun aku tak pakai henpon yang paling canggih di dunia, lap top yang paling kelas, canggih dan mahal, tak bercuti ke luar negara (tapi aku tak cakap semua itu salah, ngko ada duit ngko pergilah)...
Tapi aku bercakap bagi diri aku dan orang2 yang sama macam aku. Bagi aku, kalau aku ada duit untuk membayar bil2 tiap2 bulan, dapat duduk dalam rumah, dapat makan nasi, menginfak setakat yang aku mampu. Itupun dah lebih dari mencukupi.
Bersyukur itu bukan kena tunggu kita ada Ferarri, bahkan bermula dari kaki yang kita miliki.
Jadi bersyukurlah.


TETIBA AKU RASE MUDE....


ASSALAMUALAIKUM...

tetiba aku teringat pada kata- kata suami aku :
'We are young couple"

Aku memang selalu rasa muda, aku tahu satu hari nanti aku akan tua, aku mahu jadi muda yang berilmu, seiring dengan bertambahnya usia aku.Aku mahu menjadi isteri yang celik Al Quran dan As Sunnah, aku mahu jadi umat islam yang tidak mudah ditipu. Jadinyer, aku kena cari ilmu wpun aku rase aku masih muda.




Isnin, 19 Disember 2011

BILA SI KEMBAR INI BERTEMU....


Assalamualaikum....

Lama gak x update n3 kat sini....hampir 2 minggu jugak lah yek...ingat last 2 week nk update n3 pasal adik bongsu btunang tu...last2 demam la pulak....seminggu badan x brape sihat sgt....nk ngadap PC pun malas...
malam nih ada masa free sikit so, nk update pasal si kembor yang x serupa nih.....diorang ni jumpe masa balik kampung ari tu lah....he3...jom tengok aksi2 mereka....





hikhikhik....actually diorang nih bukan kembor pun....kazen jerk...tapi bila dh berjumpe mmg orang ingat diorg nih kembor....xleh berpisah...muka pun nk hampir sama, berat badan, tinggi dan umur pun sama....yang beza, sorang tu aktif giler dan sorang tu "dalam hati ada taman"....tapi diorang boleh ngam bila bersama....ke mana saje mesti berdua...bila berjumpa, masing2 dh x ingat ibu diorang....asik nk berdua jer....







Diorang nih kalau dah berjumpe buat apa saje mesti sama.....kalau sorang pakai jubah, sorang lagi mesti nk pakai jubah...kalau sorang pakai t-shirt, sorang lagi pun sama..apa2 pun, harap dua2 jadi anak yang soleh dan berguna....amin.


Jumaat, 2 Disember 2011

Jom pakat makan BUDU...


Assalamualaikum.....

Pagi2 ni sebelum start keje sempat jenguk2 dan menjelajah kat facebook. Ternampak lak citer pasal budu...huhuhu
suka sangat bila baca pasal budu nih...yelah aku ngan hubby kan hantu budu....hikhikhik. Kalau xde lauk, makan nasi ngan budu dan ikan goreng je pun boleh...Rupa2nya budu yang ramai orang kata x sedap tuh ada fungsinyer... nak tahu??? meh baca;

**********************************************************************************


Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

kalau nak tahu lagi details korang baca info penuh kat makanlah-budu-sebelum-terlambat

jadi, pesan aku kat orang2 kelate yang kata diorang x makan budu tu, korang jgn rasa malu bila orang kata orang kelate suka makan benda busuk...untung makan budu nih....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...