SAHABAT ALAM MAYA

Khamis, 27 Disember 2012

Ciri-ciri filem tamil dan hindustan...


Salam..

 Reaksi orang kita bila tengok citer Hindustan atau Tamil


Ciri-ciri filem tamil dan hindustan:

1- Mesti ada pasangan bercinta. Ada kalanya terhalang oleh faktor darjat/ kasta.

2- Bila bertemu, mereka pasti akan menyanyi bersama sebanyak beberapa kali.

3- Muzik lagu tiba-tiba muncul dan tidak dapat dikesan dari mana sumbernya.

4- Bersamaan muzik itu muncul pula beberapa penari tanpa diundang yang bertukar pakaian juga beberapa kali, entah siapa yang su
pport pakaian itu.

5- Muncul beberapa orang penjahat.

6- Perlawanan fasa pertama menyaksikan kekalahan pihak lelaki.

7- Dalam rangka menyerang balas, berlaku fenomena: Hujan lebat, Petir sambar menyambar, Setiap perkataan staring diikuti bunyi petir menyambar, Suara juga berpantul-pantul (ada eco).

8- Lokasi pergaduhan biasanya berhampiran buah-buahan dimana musuh dicampakkan ke atas meja buah-buahan.

9- Akhirnya pasangan bertemu dan menyanyi sebagai penutup cerita.

10- Hero tak kan MATI...


Betulkan???? :p

Isnin, 24 Disember 2012

Video: Banjir di Kuantan 24.12.2012


Salam...

Antara video yang sempat dirakamkan oleh sahabat FB mengenai keadaan banjir yang melanda sekitar bandar Kuantan hari ini.


  Video ini dirakamkan sekitar Pusat Badminton Semambu pada jam 12.40 tengahari...

Rakaman sekitar stadium Darul Makmur

 
sekitar Jalan Lim Hoe Lek berhampiran ECM




Video banjir yang menyebabkan banyak penduduk setempat mengalami kerugian beribu-ribu ringgit.
Dirakamkan di sekitar Indera Mahkota 8. Rumah penduduk di Taman Desa Samudera, air Naik Dalam Rumah Sampai ke Paras Pinggang.






 sekitar kuantan....semoga banjir akan segera pulih.


UPDATED: VIDEO OLEH BERITA HARIAN ONLINE





Banjir: Bandar Kuantan Hampir Lumpuh...


Salam..

Setelah hampir 48 jam hujan turun tak berhenti dari petang semalam, bermula malam tadi hujan turun selebat-lebatnya. Pagi tadi macam malas jer nak gi keje tapi memikirkan kunci opis ada pada aku, terpaksa redah jugak ler hujan yang lebat. Lebih kurang jam 10 pagi, hujan turun dengan amat lebat siap ngan guruh berdentum2 sampai kat pejabat tu blackout. Huuhhh...dah target confirm tempat rendah banjir kalau hujan berterusan...

Lebih kurang pukul 11.30, memang air naik dengan mendadak di pusat bandar. Itupun aku dapat message dari kengkawan melalui wasap. Memang teruk banjir kali ni....paling teruk rasenya daripada tahun 2004 dulu. So, aku dapat gambar-gambar yang dikongsikan oleh kengkawan melalui wassap dan juga FB hari ni. Mungkin ada tempat yg dalam gambar nih air dah surut dan mungkin jugak air makin naik... Gambar-gambar kat sini adalah gambaran sebenar mase kejadian... Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga semuanya selamat... INSYAALLAH!!

 petronas di Jalan Lim Hoe Lek

 Junction jln kemaman-semambu, jln tg muhammad, jln beserah

 depan megamall

 Bank Muamalat, Jalan Tun Ismail

 Nie kat jln lim hoe lek depan stadium darul makmur. banjir teruk dan ada kenderaan tersangkut di dalam longkang kecil di hadapan kedai plastik

 sekitar jalan beserah depan sekolah SABS

 Jalan Tun Ismail

 Jalan Tun Ismail depan megamall

 depan Kamdar

 depan megamall dan KMC

 Medan Tok Sira


 Pusat Bandar Kuantan


Cowboy Jalan Wong Ah Jang

ini pulak kereta kawan aku di tempat kerja dia....nasib baik bateri cepat cabut dan tak kena computer box....


nasib baik ada kengkawan yang tolong rescue keta tu towing ke tempat lain...tqvm

Depan megamall jugak

 Lorong 28, Perumahan Semambu

keadaan dalam rumah member aku

 parking ECM

kereta terkandas di tempat paking ECM

Jalan Galing


 Depan megamall

 Jalan Mahkota


Taman Polo, Indera Mahkota 8


 amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan

Kawasan Malay Town

sehingga aku balik kerja jam 5 petang tadi, hujan masih lagi turun.....kengkadang lebat dan kengkadang renyai2 tetapi masih belum berhenti.

Kejadian banjir ini setiap tahun memang dijangkakan oleh penduduk bandar Kuantan ini cuma penduduk hanya perlu bersedia menghadapinya pada bila-bila masa. Yang tak sedap di dengar bila ada sesetengah pihak mengaitkan keadaan ini dengan parti politik. addduuhhaaii..

memang tak dinafikan sistem perparitan yang ada di bandar Kuantan ni agak kurang bagus tapi tak perlu rasanya kita asik negatif terhadap pihak lain. Sebelum kita menunding jari pada pihak perbandaran, kena jugak kita check diri kita. Yang kita sendiri dok buang sampah dalam longkang dan parit tu apa cerita pulak kan?? eerrmm...
Apa-apa pun aku harap segalanya akan cepat beransur pulih. Awasi anak-anak kecik kita sebab masa macam ni lah dorang suka main air.



Jumaat, 21 Disember 2012

Mat Rempit: Calon Mati Katak!!


Salam..


sekadar gambar hiasan. sumber:google


bulan lepas masa kat traffic light Telok Sisek ada sorang mat motor atau lebih senang aku panggil mat rempit langgar side mirror keta aku sampai patah. Dah la tak reti nak berhenti mintak maaf apa, sengih jer macam kerang busuk.

 hari ni, masa aku drive balik keje lalu ikut Tanjung Lumpur, aku sempat dipermainkan oleh sekumpulan mat rempit di tengah2 jalan raya. Al maklum ler, jalan tu lengang sikit dan memang tu kawasan dorang. Dorang macam sesaje je halang aku untuk memintas dorang yang sedang 'buang tebiat" kat tengah jalan raya dengan pelbagai aksi murahan dorang tu. Dah la topi keledar pun tak pakai, bawak pulak "anak dara" orang dengan aksi2 macam tu. Kalau jadi apa2 kat anak dara orang tu, korang jugak yang teruk kena belasah ngan mak bapak dia.

Kalau lah aku ni jenis yang tak pikir panjang, ade aku langgar je dorang tu tadi. Tapi bila memikir, kalau jadi apa2 kat keta aku, ada insuran ke tidak dorang tu. Kalau setakat nak claim insuran motor dorang untuk cover kerosakan keta aku yang aku rase mungkin tak cukup, aku mengalah jelah.

Sungguh,...kalau lah jadi apa2 pada dorang ni, aku sikit pun tak akan rasa simpati dengan golongan2 yang sememangnya nak mati katak macam tu.

 # Nampaknya ada di kalangan kita yang masih belum pandai menghargai nyawa yang Allah pinjamkan sementara kepada kita.....!



apabila ayat Al-Quran diperdagangkan...


Salam...



ini lah namanya perdagangkan ayat al Quran. Al Quran dijadikan bahan jual beli....

Kenapa Ustaz jual agama ni tak baca surah yasin dan surah2 lain tu di empangan jer??? Biar semua warga Malaysia ni jadi bersih hatinya dan dapat hidayah!!! Lepas ni semua jin2 dan setan confirm lari jauh2 dari Malaysia sebab air sungai sume dah diberikan bacaan Al-Quran. 


# aku ni tak ler alim dan baik sangat tapi ce tanya ustaz-ustaz lain yang ada kat Malaysia ni....boleh ke jual beli ayat Al-Quran macam ni?? simpati untuk mereka2 ini.....semoga hidayah Allah menyapa kepada mereka...



Selasa, 18 Disember 2012

Takziah Jujue atas kehilangan...


Salam...

Hari ni aku ngan teman pejabat sempat pergi melawat sahabat kami yang miscarriage kandungan keduanya yang dah berusia 3 bulan di hospital al farabi. Masa kami sampai tu takde lagi ahli keluarga yang menemani dia kat hospital.....hehehe sakan le berborak.

apa lagi, dalam sedih2 pun sempat bergelak ketawa lagi tu....xpelah, nak menghilangkan kesedihan kata orang. Tak lama lepas tu, kebetulan masa kami nak balik dia nak kena hantar ke bilik OT untuk "dicuci" jadi sempatlah kami temani dia dalam lift sebelum balik ke pejabat.
Untuk Jujue, jangan sedey2 ye. Lepas ni ada rezeki lagi. In sha Allah.

sedih pun senyum sokmo...ditambah pulak lawak oleh nomie tu.

 serius bercerita...

 time ni nak tolak g bilik OT....ni bukan sedey tapi malu...huhuhuhu

 nasib baik misi cepat datang...kalau tak confirm kami yang tolong tolak turun g bilik OT tu



buat Jujue...
Ujian itu memang pahit.
Tetapi setelah kita melaluinya, kemanisan pasti akan hadir.
Sebab itu orang-orang yang sabar akan gembira...
kerana janji Allah itu terzahir dengan kesabaran mereka...
Mudah-mudahan....setiap kehilangan itu diganti dengan seribu keredhaan....

In sha Allah.




Isnin, 17 Disember 2012

Dalam kita mengharungi perjalanan hidup, pasti ada yang diuji...


Salam..


Sabarlah wahai sahabat

Hidup ini sungguh banyak ujian Allah swt buat kita..
bermacam-macam Allah uji kesabaran dan kecekalan hati kita..
 Namun dengan bersabar itu akan dapat mengindahkan iman kita....
Allah sekadar menguji keteguhan hati hambanya
Sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yg terbaik pada hambaNya dan 
mustahil Dia menjadikan sesuatu tanpa hikmahnya. 
Namun, cepatnya hati gelisah, cepatnya melupakan setiap nikmat dalam setiap saat..

astagfirullah..


Ahad, 16 Disember 2012

Extreme Wish Club : GTT 2012 yang aku melepas...


Salam..

sedey.....memang tak dinafikan bila terlepas untuk join program club kali ni. Tapi nak buat macam mana kan....family first dalam segala hal. Bukan sesaja taknak join tapi disebabkan amirrul baru check-out semalam, memang tak boleh nak join ler...apapun, congrats untuk sume kengkawan yang memeriahkan Grand TT club yang pertama tahun ni. 
Like before, "We are Not The First but We Are The Best".



Grand TT yang pertama ni, dorang buat kat Restoren Geng's Corner....tak silap aku kat Shah Alam ni...huhuhu..eeerrmmm tak merasa lah aku sampai ke sana.

 siap ada cup cake lagi....ini yang paling buat aku jeles kali ni....wwaaaaaaaaa...nak jugak..

dan lagi.....nak membakar jiwa aku sume nih tau...

 sessi memotong kek oleh big bos kelab...hihihi

AJK Tertinggi Kelab

Limited Edition...thank you Cikgu Wan sebab sudi belikan untuk aku dan mr hubby juga.
 
Super duper limited edition umbrella in conjuction of GTT 2012...memang rugi sape yang tak datang (termasuk ler aku) tapi aku tetap dapat sebab ada geng yang tolong belikan. TQVM sesangat.

Sebahagian geng yang datang GTT kali ni....seperti biasa, confirm sporting giler...

 and this group pulak, seperti biasa geng East Coast (EC) yang memang sporting sesangat. Kami dah macam adik beradik....u guys memang terbaik.

Walaupun aku tak dapat join GTT, tapi status memang sentiasa diupdate thru wassap. Salah satu cara buat aku berasap...hihihihi. Thank you very much atas persahabatan yang terjalin antara kalian semua. Kamu semua memang yang terbaek...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...