SAHABAT ALAM MAYA

Selasa, 24 Julai 2012

Risalah ini muncul kembali



Assalamualaikum..

Apabila muncul saja Ramadan, maka risalah kelebihan beramal di bulan mulia seperti yg tertera di dalam keratan akhbar ini pun muncul jugak. Kedudukannya umpama anak bulan Ramadan, anak bulan Ramadan muncul, dia pun muncul juga. Mengenai kelebihan beramal yg disebut bermula dari 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan ini harus dipersoalkan:-
 1. Ini hadis Nabi atau apa?

2. Kalau hadis Nabi s.a.w siapa yang dirwayatkannya?

3. Kalau bukan hadis Nabi, siapa yg menetapkan kelebihan ini?

4. Ada yg mengaitkan ini diriwayatkan daripada Saidina Ali r.a., namun seluruh kitab2 hadis muktabar bermula dari Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sahih Abu Daud, Sahih at-Tarmizi, Sahih An Nasai, Sahih Ibnu Majah, Sahih al-Hakim, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah atau Muwatta' Imam Malik 
TIDAK ADA SATU PUN HADIS FADILAT INI!!

5. Jika dlm kitab2 itu pun tidak ada, ini namanya HADIS PALSU rekaan org jahil yg berlagak nak jadi alim. Niat mereka bagus tapi menggunakan cara bohong dan menipu. Umpamanya seseorang merompak bank, hasil rompakan diserahkan kpd fakir miskin mcm citer Robin Hood tu...

6. Ada dua pembohongan di sini. Pertama menisbahkan kpd sahabat yg mulia iaitu Saidina Ali r.a. walhal dia tidak pernah meriwayatkannya. Kedua, dikaitkan pula kononnya Saidina Ali meriwayatkan drpd Nabi s.a.w.

Bagi pereka hadis ini termasuklah penyebar2 "hadis palsu ini" sila fahamkan hadis yg diriwayatkan oleh al-Bukhari ini: "Sesiapa menisbahkan sesuatu berita kepadaku sedang aku tidak pernah menyebutkan, bersedialah tempat duduknya di dalam neraka."

Seterusnya: "Sesungguhnya pembohongan ke atas diriku tidak sama dgn seseorang membohongi sesama yg lain, sesiapa yg membohongi diriku dgn sengaja, bersedialah tempat duduknya di dalam neraka". 
Hadis menerusi lafaz ini adalah Mutawatir.

Jelasnya, sesiapa sahaja yg mengaitkan dgn nama Nabi s.a.w berkenaan apa-apa berita, kelebihan2 beramal, kelebihan surah-surah al-Quran, zikir-zikir, dosa atau pahala sedang Nabi s.a.w tidak pernah menyebutnya, maka itu namanya pembohong dan pendusta!! Hukumannya sahih dilemparkan ke dalam neraka.. 
Na'uzubillah!...moga2 kita dijauhkan dari semua tu..

Jadi, itulah tajwid hadis. Tajwid hadis mestilah berita itu SAHIH drpd Nabi s.a.w. Sebab itu jgn lah kita begitu mudah sandarkan apa-apa berita kpd Nabi s.a.w sama ada di dalam percakapan umum, mengajar atau mengaji, motivasi atau motivason, ceramah atau ceramih keew....sedangkan kita sendiri tak tahu siapa yg meriwayatkannya dan tak tahu apa darjat hadis itu....sebab kalau tak sahih atau palsu maka kita pasti termasuk sebagai salah seorang pendusta dan pembohong ke atas Rasul s.a.w!!!

Pihak media harus juga berhati2 dlm bab ini, jika tidak puak-puak ahli media pun dikira kaki autarr atau pembohong jugak ke atas Nabi s.a.w.

Kita semua terutama jurucakap-jurucakap FB, twitter, motivator2, penceramah2 malah sesiapa sahaja patut mempelajari satu ilmu khas yg sangat penting iaitu ILMU MUSTOLAHUL HADIS kerana ilmu itu membimbing umat ke arah memahami hadis menurut jalan yg benar. Ilmu itu membimbing umat menerusi kaedah-kaedah tertentu utk mengenali atau membezakan antara hadis sahih, hadis tidak sahih, hadis lemah atau hadis palsu.

Kerana itu Imam al-Bukhari meletakkan satu tajuk di Kitab Sahihnya iaitu: BAB BERILMU DAHULU SEBELUM BERCAKAP DAN BERAMAL.


Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...