SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 22 April 2013

Takziah untuk Kak Niza


Salam semua...

Pagi ni aku dan rakan pejabat dikejutkan dengan kematian ibu kak niza....arwah meninggal akibat jangkitan kuman selepas pembedahan jantung kerana buah pinggang arwah tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi hari ni aku dan teman2 pejabat sempat meluangkan masa melawat kak niza dan keluarga serta menghantar jenazah sehingga ke tanah perkuburan.

Untuk kak niza, salam takziah dan redhakan arwah pergi. Mudah-mudahan dapat bertemu kembali di akhirat nanti. Buat yag masih hidup ni kenalah teruskan perjuangan di muka bumi. 

Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.
Rasulullah SAW bersabda "Sebelum berlakunya Hari Qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"


 sumber gambar: google

Sabtu, 20 April 2013

Alhamdulillah...menjadi lagi kali ni...


Salam

Actually takde yang menarik nak direkodkan kali ni...tak tahu nak buat entry apa. Macam dah hilang ide nak menulis akibat badan yang selalu je keletihan sekarang ni....maybe banyak keje nak kena settle kat opis. Kali ni aku nak citer sikit pasal buah mangga yang en. somi aku tanam depan rumah tu. En. somi aku ler yang rajin menjaga dan membaja pokok tu...aku tahu makan jerrr...hukhukhuk


ni buah mangga depan porch rumah aku....eeerrrmmm menjadi lagik rupanya buah mangga ni tahun ni. Last year ingat dah takde buah tahun ni sebab pokok mcm di makan ulat lepas berbuah lebat tahun lepas. Nampaknya tahun ni masih ada rezeki untuk jiran-jiran aku lagi...sama-samalah dapat merasa buah mangga yang besar ni yek.

Tahun lepas buah-buahnya sebesar buah betik dalam anggaran 1.5kg sebiji...tahun ni pun lebih kurang macam tu jugak ler nampaknyer....alhamdulillah walaupun tak selebat tahun lepas buahnyer...



Isnin, 15 April 2013

Simple Birthday Party untuk Siti & Emma...


Salam semua...

Hari ni sempat lah aku meraikan hari lahir staf kat pejabat tu...majlis yang simple jer sebab last minit planning tapi sampai menangis si Siti tu sebab kejutan yang kami buat untuk dia.....hahahaha
Kelakar pun ada sebenarnya. Tengah hari tadi dia belanja kami semua makan nasi beriani tapi waktu tu sebenarnya kami dah ada kek untuk dia....cuma semua buat2 tak tahu jer...
Petang tadi dalam pukul 5 kengkonon ajak makan goreng pisang kat pantry....then, SURPRISE...ada kek ko kat atas meja...mana tak menangis minah tu yang memang terkenal dengan air mata....hukhukhuk..

 terkezut puan siti kita masa nih....hihihi

 surprise moist cake yang sempat kami beli

besday gurl hari ni....siti n emma

nasib baik tak nampak mata yang merah tu yek....huhuhuhu

si nomie ni akan ada kat mana2 majlis....penambah seri minah ni...sepi kalau dia takde


sebahagian staf je ni sebenarnya...


ini??? tak tahu pulak status nyer...wkakakakka

model SF Beauty sebenarnya....kihkihkih


untuk Siti dan Emma,

semoga Allah memberkati diri kalian berdua, keluarga serta kehidupan kalian
semoga Allah mengampunkan dosa2 kamu berdua, menerima segala amal ibadah kamu memperkenankan doa-doa kamu, melapangkan dada kamu, menenangkan fikiran kamu
menajamkan akal fikiran kamu, mententeramkan jiwa kamu, menyucikan rohani kamu
semoga Allah mengurniakan kamu dengan barakah dan maghfirahNya.
semoga Allah menjadikan kamu orang yang cemerlang di dunia dan akhirat
semoga Allah mencintaimu lebih dari kamu mencintai keluarga kamu
semoga Allah menunjukkan jalan kemudahan atas setiap kesusahan kamu
semoga Allah mengurniakan kamu suami dan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pendingin mata dan penyejuk hati kamu.
semoga Allah mengumpulkan kamu dan memberi naungan kepada kamu di akhirat kelak 
kerana berkumpulnya kamu dan berpisahnya kamu kerana kecintaan kepadaNya.

Aminn.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT...


Sabtu, 13 April 2013

Selamat Pengantin Baru, Syafiq...


Salam..


Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Perkahwinan salah seorang staf Randel hari ni...
ustaz muda kami ni bernikah kat Penang sebelum ni dan kami tak dapat bersama2 sebab jauh sangat...kali ni, kenduri kat rumah dia, kami tak lepaskan peluang untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan nye...
Hari ni kami mengambil peluang untuk bersama2 konvoi ke rumah pengantin yang terletak kat Chenor......alhamdulillah, perjalanan konvoi kami berjalan lancar dari pergi hingga balik semula ke Kuantan.




antara sahabat yang menghadirkan diri....actually kami konvoi 5 buah kereta tapi masa ni kami je yang tinggal...jujue dan somi ke KL untuk menjemput ibunye balik dari Qatar manakala kereta yang satu lagi pulak menuju ke satu lagi majlis perkahwinan....

Kami semua mendoakan pasangan pengantin ini berbahagia dan kekal ke akhir hayat.

Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri ini. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Isnin, 8 April 2013

Hari Terbuka ATM


Salam semua...

Hari terbuka ATM 2013 dah berlangsung pada sabtu dan ahad lepas. Sambutan kali ini diadakan secara besar-besaran  secara serentak di 32 kem seluruh negara. Aku pulak sebagai salah seorang warga Kuantan yang bersuamikan seorang anggota tentera udara ni pun tak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kenderaan tentera, jet, helikopter, senjata dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan dengan ATM walaupun keadaan agak panas.

Kat Kuantan, program diadakan di Kem Batu 10 Jalan Gambang tempat Mr. Hubby aku kerja. So, secara automatik dia pun perlu ler terlibat sama. Setahu aku, program bermula seawal jam 8 pagi. Menurut rakan-rakan aku yang pergi di awal pagi tu, kereta dah memenuhi bahu jalan. Aku pulak pergi menjelang waktu tengahari yang mana jalan sememangnyer agak sesak. Nasib baik Mr. Hubby anggota kat situ...so, dapat ler paking dekat dalam kawasan pejabat berdekatan. Kalau tak, konfirm patah kaki mak ni nak berjalan jauh-jauh cenggitu.

Kali ini program dirasmikan oleh Perdana Menteri Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Razak dan turut hadir ialah Menteri Besar Pahang Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan  Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin.

Anak aku pulak, apalagi....memang suka sesangat ler pergi ke tempat macam ni....Mama dia jer yang kurang tahan dalam cuaca yang agak panas....macam nak rentung aku rase time tu....tapi nak buat macam mana....layan jelah..




 








suka sangat dapat naik kereta ni..


#walaupun panas giler, orang memang ramai sesangat....aku jer yang rase nak pengsan dalam cuaca mcm tu....balik rumah jer muka dah berbelang....huhh..x sanggup aku nk g lagi....cukup ler sekali.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...