SAHABAT ALAM MAYA

Isnin, 15 April 2013

Simple Birthday Party untuk Siti & Emma...


Salam semua...

Hari ni sempat lah aku meraikan hari lahir staf kat pejabat tu...majlis yang simple jer sebab last minit planning tapi sampai menangis si Siti tu sebab kejutan yang kami buat untuk dia.....hahahaha
Kelakar pun ada sebenarnya. Tengah hari tadi dia belanja kami semua makan nasi beriani tapi waktu tu sebenarnya kami dah ada kek untuk dia....cuma semua buat2 tak tahu jer...
Petang tadi dalam pukul 5 kengkonon ajak makan goreng pisang kat pantry....then, SURPRISE...ada kek ko kat atas meja...mana tak menangis minah tu yang memang terkenal dengan air mata....hukhukhuk..

 terkezut puan siti kita masa nih....hihihi

 surprise moist cake yang sempat kami beli

besday gurl hari ni....siti n emma

nasib baik tak nampak mata yang merah tu yek....huhuhuhu

si nomie ni akan ada kat mana2 majlis....penambah seri minah ni...sepi kalau dia takde


sebahagian staf je ni sebenarnya...


ini??? tak tahu pulak status nyer...wkakakakka

model SF Beauty sebenarnya....kihkihkih


untuk Siti dan Emma,

semoga Allah memberkati diri kalian berdua, keluarga serta kehidupan kalian
semoga Allah mengampunkan dosa2 kamu berdua, menerima segala amal ibadah kamu memperkenankan doa-doa kamu, melapangkan dada kamu, menenangkan fikiran kamu
menajamkan akal fikiran kamu, mententeramkan jiwa kamu, menyucikan rohani kamu
semoga Allah mengurniakan kamu dengan barakah dan maghfirahNya.
semoga Allah menjadikan kamu orang yang cemerlang di dunia dan akhirat
semoga Allah mencintaimu lebih dari kamu mencintai keluarga kamu
semoga Allah menunjukkan jalan kemudahan atas setiap kesusahan kamu
semoga Allah mengurniakan kamu suami dan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi pendingin mata dan penyejuk hati kamu.
semoga Allah mengumpulkan kamu dan memberi naungan kepada kamu di akhirat kelak 
kerana berkumpulnya kamu dan berpisahnya kamu kerana kecintaan kepadaNya.

Aminn.


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...